Showing posts with label PJ Hilton. Show all posts
Showing posts with label PJ Hilton. Show all posts

Saturday, January 12, 2019

Sambutan CNY 'Year of Blooming Abundance' Di Hilton Petaling Jaya

Hi Korang, 


Pada tahun ini, sambutan Tahun Baru Cina di Hilton Petaling Jaya akan memperkenalkan pemilihan masakan Cina dan menu makan malam yang lazat bertemakan “Year of Blooming Abundance”, yang mana Hilton Petaling Jaya akan membawa tetamu pada perjalanan gastronomi yang lain daripada lainnya. 


Jangan terkejut dengan versi masakan Cina asli yang diisi dengan pelbagai hidangan menggiurkan untuk dinikmati. 


Hidangan pelbagai jenis ini di restoran Cina Toh Yuen di tingkat 1, yang menghidangkan hidangan ‘signature’ seperti udang harimau goreng, makanan laut yang direbus, ikan berwarna oren yang dikukus jus dan hidangan Yee Sang yang akan dilambung untuk menyambut tahun baru penuh dengan kemakmuran, kesihatan yang baik, kekayaan yang baik dan banyak lagi. 


Toh Yuen Set Menu specials happening from 8th January – 28th February 2019 from 12pm – 2:30pm for lunch and 7:00pm – 10:30pm for dinner 

Pilih daripada menu set 9 kursus dari Kebahagiaan Kekal berharga RM 1,988 nett setiap meja 10 orang, Luck dan Joyfulness berharga RM 2,288 nett setiap meja 10 orang dan Abundance dan Prosperity berharga RM2,888 nett setiap meja 10 orang. 



Yee Sang specials at Hilton Petaling Jaya 

Salmon Sashimi Yee Sang berharga RM 148 nett (Biasa untuk 2 hingga 5 orang); RM 268 nett (Besar untuk 6 hingga 10 orang). 


Salmon Deep Salmon Skin dan Salmon Sashimi Yee Sang berharga RM 168 nett (Biasa untuk 2 hingga 5 orang); RM 288 nett (Besar untuk 6 hingga 10 orang). 

Salmon Sashimi, Soft Shell Crab dan Top Shell Abalone Yee Sang berharga RM 188 nett (Biasa untuk 2 hingga 5 orang); RM 308 nett (Besar untuk 6 hingga 10 orang).


Paya Serai Lunar New Year Delights 

Hi-Tea Day 1 dan 2 Hari Buffet Cina, 5hb. - 6hb. Februari 2019 yang berharga RM8 nett (dewasa), RM 78 nett (kanak-kanak berumur 6 - 12 tahun) dari 12:30 malam - 4:30 petang. 

Makan Malam Buffet Hari Pertama Cina dan Hari 2, 4 - 6 Februari 2019 berharga RM 138 nett (dewasa), RM 88 nett (kanak-kanak berumur 6 - 12 tahun) dari jam 12 malam - 2:30 petang untuk makan tengah hari dan 10:30 malam untuk makan malam. 

So malam tuh, dapatkan kak lily merasai beberapa hidangan authentic Cina ni ek, sedap-sedap jugak tau


喜氣洋洋 
LUCK & JOYFULNESS 

Nine-Course set 
RM 2,288 nett (per table of 10 people) 

(福星高照齐捞生)特式双文鱼生 
Prosperity “Yee Sang” with Crispy Salmon skin and Salmon Fish 
Prosperity “Yee Sang” with Crispy Salmon skin and Salmon Fish

Double Boiled wolfberry with Chicken minced meat and Dried Scallop Soup  

Braised Sangkan Oysters balls, slice shell abalone, Hericium mushroom, Sea Moss and Seasoning Vegetables

(如意得水吉星照)酱蒸长寿鱼 
Steamed New Zealand Orange Roughy Fish with Yellow Bean Sauce 
Steamed New Zealand Orange Roughy Fish with Yellow Bean Sauce

(十二金鸭齐贺年)古法红烧鸭拼花卷
Braised Oriental Style Duck served with Steam Flower Bun
Braised Oriental Style Duck served with Steam Flower Bun

Deep Fried Tiger Prawn Meat with Red Dragon fruits Mayonnaise sauce

Braised Seafood and Five Grain Rice and Yam with “Hock Chew” style

Combination crystal jelly Red Pomegranate fruits with crispy “Nian GAO”  

Hot Ginseng Red Date and Chrysanthemum with Wolfberry Tea


Untuk buat tempahan, boleh hubungi +603 7955 9122 atau e-mel PETHI_FB@hilton.com

Jom kita ke 

HILTON PETALING JAYA 
No 2, Jalan Barat, 
Petaling Jaya, 
46200, Selangor 

TEL: +60-3-79559122 
FAX: +60-3-79553909 

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website :

Facebook : 

Instagram :
https://www.instagram.com/hiltonpetalingjaya/?hl=en 


Thursday, September 13, 2012

Majlis Sambutan Hari Raya Sinar Cahayaku Garnier Bersama Selebriti Malaysia

Hi Korang,

Last week, aku ada hebah-hebahkan menda ni kat FB siapa yang nak pergi ke majlis ni. Ermm hampeh tak ramai pun nak join coz ramai yang cakap makan-makan je tak naklah pi.  Aku ok je lah. Tapi bila tengok gambar aku dengan Lisa Surihari tu, memasing sibuk bising2 cakap kenapa tak ajak? Ishk aku debik kang baru tau ishkk..


Sudah, meh baca je citer aku yang best ni tau.



Jumaat lepas bertempat di PJ Hilton Hotel, pihak Garnier telah mengadakan aktiviti amal menerusi program Sinar Cahayaku dengan sambutan raya yang cukup meriah dan menyentuh hati. Acara yang di hadiri lebih daripada 50 orang anak yatim, turut dimeriahkan oleh para peminat dari laman Facebook Garnier serta beberapa orang selebriti termasuklah duta Garnier, Lisa Surihani, penyanyi dan usahawan Heliza Helmi serta pelakon dan hos TV Irma Hasmie.


Sinar Cahayaku di mulakan oleh Garnier pada bulan Januari tahun ini dengan matlamat untuk memberikan hubungan persahabatan dan adik-beradik, sokongan dan nasihat bagi anak yatim perempuan ketika mereka meningkat dewasa. 3 buah rumah anak yatim telah dipilih untuk menyertai program ini iaitu Rumah Amal Limpahan Kasih, Rumah Anak-anak Yatim Asrama Damai dan Rumah Amal Siraman Kasih.


‘Kepercayaan Garnier dalam menjaga orang disekeliling serta persekitaran anda turut di realisasikan melalui program Sinar Cahayaku, di mana jenama ini memainkan peranan sebagai ‘kakak’ untuk menawarkan galakan, keprihatinan dan persahabatan bagi anak-anak yatim perempuan di rumah-rumah terpilih’ kata Low Chooi Hoon, Pengurus Besar bagi Bahagian Produk Pengguna L’Oreal Malaysia.


Lisa Surihani yang mengetuai usaha meningkatkan kesedaran bagi program bermakna ini melalui video dalam talian merupakan kakak angkat pertama yang melawat rumah-rumah anak yatim bagi program Sinar Cahayaku sebelum ini.


Heliza Helmi pula berkongsi bagaimana dia telah menetapkan objektif pada setiap tahap berbeza dalam hidupnya menerusi ceramah motivasinya yang kini telah membantunya mencapai impian untuk menjadi penyanyi dan usahawan.


Irma Hasmie, sangat mengemari sesi bergembira dan berinteraksi bersama adik angkat, meluahkan rasa gembiranya di jemput Garnier untuk melawat rumah-rumah terpilih tersebut.





Sebagai sebahagian daripada program ini, Garnier telah pun menyediakan sumbangan kewangan kepada ketiga-tiga rumah anak yatim yang dipilih. Setelah bengkel di akhiri, Garnier secara rasminya memberikan sumbangan sebanyak RM10,000.00 bagi setiap rumah tersebut.






Sambutan Raya Garnier ini diakhiri dengan hidangan yang lazat bersama selebriti dan adik-adik tersebut. Para selebriti juga menyampaikan hadiah raya kepada setiap adik-adik yang hadir sambil mengucapkan Selamat Hari Raya dan saling bersalaman.

Hah, begitulah citernya. Simple dan straight forward. Nak bagi korang paham apa di sebalik program Sinar Cahayaku dari Garnier ni.

So kalau ada lagi event sebegini, korang nak ikut tak? Haruslah nak kan. Jangan jadi bodoh sombong ye. Akhkahkhk




Saturday, September 8, 2012

Makin Cantik Lisa Surihani Ni

Hi Korang,

Saje je nak tunjuk sket gambo Lisa Surihani yang sempat aku jumpa masa event Garnier tadi.


Sweet je.

Comel sangat, peramah plak tuh. Siap boleh buat lawak lagi dengan ktorg masa event tadi.

Ok nanti citer la, Mr Big suruh tidur dah...

Have a great weekends




Thursday, August 4, 2011

Buka Puasa @ Paya Serai, PJ Hilton KL

Hi Korang,

Semalam sempat jugak aku buka puasa kat Paya Serai, PJ Hilton ni. Ala aku tolong wakilkan Hazman pegi coz dia rasanya x sempat nak pi dia cakap semalam.


Dia dapat jemputan tu dari Ivy selaku FOOD fanpage admin. So kiranya ini first time aku nak meet up with new faces kan. Nasib baik si Jard tolong temankan. 

 Ivy ( FOOD- Admin) and Shuian (PJ Hilton PR Marketing)

KY and Firdy

Ivy, Wilson dan Tian Chad

Lepas makan, apa lagi borak2 time

Budak charger camera rosak - Jard

Makan kat sini totally sedap lah. Mesti lah more choices kan. Nak makan melayu boleh, cina boleh, india boleh. Kiranya makanan satu malaysialah.

 Kambing golek bakar satu

Blom raya dah boleh makan segala jenis ketupat

Ayam tandori satu

Later update lagi gambo makanan dan more details tau, kasi korang teruja nak pi buka puasa petang ni nanti.

Nota : Hari ni buka posa lagi kat luar dengan family members plak.. yeah hah.. gemuk! gemuk! gemuk!