Showing posts with label PBB dinner. Show all posts
Showing posts with label PBB dinner. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

TQ PBB - Dapat Beg Picnic Pulak

Hi Korang,

Penat nak citer bebanyak lah coz semalam je ada 3 event aku kena attend. Rasa cam nak tercabut kaki ni asyik duk tekan pedal minyak je kan. So aku citer sket  pasal Mr Big ek.

Eh Mr Big ada event jugak. Apa lagi annual dinner company dia lah kan. Seperti biasa aku di tinggalkan coz policy company dia tak leh bawak spouse kan. Khas untuk staff je. So aku jadi driver dia anta dan amik dia kan coz dia malas nak bawak kete, leceh katanya.


Tahun lepas, dia dapat beg pi haji as goodies bag. Berat plak tu coz memacam ada. Then tahun nie dia dapat beg picnic plak. Aku yang seronok, tambah lagi beg collection aku kan.


Ok gak kan. Kira macam tote bag gituh lah. Tapi bukan tu je, dalam beg picnic tu ada tong bir plak. Hehehehhe aku memain je. Gila apa nak bagi tong bir. Its actually stainless steel food container lah. Alah yang macam mangkuk tingkat tuh. 

Ermm now tengah tunggu dia balik, ntah apa plak lucky draw dia dapat tahun ni plak kan. Hopefully something meaningful untuk dia lah kan. Aku dah tiup2 tadi no lucky draw dia.

Oh ye, rasanya blogger tegar ni pun dapat sama gak cam Mr Big ek. Maklumlah diorg ni satu bangunan rupanya, baru aku tau. 

Fuh!fuh!fuh!.. memintak lah kena kan..


Monday, October 11, 2010

TQ PBB - Aku Suka Rezeki Lagi

Hi Korang,

Di hari isnin cam nie, entry kena sempoi2. Maklumlah monday blues kan. Semua orang mesti tension punye kan. So bagi nak mereleasekan tension korang, aku nak citer sket nie..

Sabtu lepas, Mr Big ada company dinner kat Mines. Dah 2 tahun company dia dinner kat situ. Maklumlah tempat je boleh menampung 4000 orang dalam satu2 masa. Ala dinner company, biasalah ada makan, minum, persembahan, goodies bag, lucky draw, staff award dan memacam lagi lah.


Tapi dinner kali nie, ada ke diorang bagi beg pi haji as  door gift. Terperanjat jugak aku bila dia hantar kat kereta nak tergelak pun ada. Bila pegang terasa berat plak. Mesti ada isi lagi nie.Hah, bukak punye bukak, bukan main memacam lagi ada lah. Korang tengoklah gambo kat bawah nie.


Pas tu, lucky draw plak. Aku rasa mrBig aku nie memang ada ong lah. Dah 2 tahun dia dapat hp free. Sebab tu aura dia tu dah jangkit kat aku. Ermm ramai orang suker suruh dia cabut no. Mesti dapat yang ong ong punya lah.


Ermm dapat Sony Hp. Jadi lah daripada tak de. Yang best tu, sape nak pakai hp nie. Aku baru je menang lucky draw hp masa kat LG Cookie Party hari tu dan mrBig plak baru je beli IPAD 2 minggu lepas. Maybe hp nie nak kasi mak mertua den kot, sebab bila ktorg call dia selalu tak dengar. Tapi x sure lagi..

Untung kan?

So pas nie, agak2 korang nak dekat tak dengan mrBig aku? Huahuahuahua....All the best. Kalau korang kaki kereta RC, dah confirm memang boleh satu geng dengan dia..