Showing posts with label PARENTING. Show all posts
Showing posts with label PARENTING. Show all posts

Friday, May 13, 2016

Senarai Panduan & Cadangan Hadiah Menarik Istimewa Sempena Hari Guru


Hi Korang,

Minggu ni mesti anak-anak sibuk mengajak parents mencari hadiah untuk Hari Guru yang akan datang pada 16hb Mei ni nanti. Aku ni dapat tau pun sebab group whatsapp sekolah aku ni ada cikgu sorang so yang mak-mak sibuk je tanya hal ni.


Even anak sedara aku si Aakif ni pun, mamanya sibuk jugak mencari hadiah nak bagi teacher kat sekolah, padahal nursery je tuh tau. Ermm untungnya jadi cikgu zaman sekarang ni ek. 

Lepas tu plak ada plak mak-mak dalam group aku tuh duk share satu website ni. 



Nah korang baca ni:-

Sudah semestinya pada saat-saat ini ramai guru-guru yang mencari idea untuk membeli hadiah sama ada dari pihak sekolah, atau untuk anak-anak murid kepada guru-guru. Lebih-lebih lagi para guru yang menguruskan majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

Jadi berikut di senarai pendek beberapa cadangan hadiah sebagai panduan mudah kepada semua guru.

a) Hadiah dari Pihak Sekolah atau Kelab Guru kepada semua guru. ( Khas untuk AJK KELAB GURU dan disarankan dicop dahulu dengan logo sekolah)

- Pen Hitam
- Beg sandang
- Selimut
- Tuala
- Topi
- Vast
- Set Marker
- Botol air
- Tupperware
- Set alat tulis ( kertas laminate, dll)
- Cawan / Mug

b) Hadiah dari Murid & Kelas untuk semua guru.
( Khas untuk Guru Kelas atau AJK Kelab Guru untuk jualan semasa hari guru) *boleh ikat reben, wrap plastik, dll

- Buah Epal
- Penanda Buku
- Bunga Plastik
- Pen hitam/ pen merah
- Marker

c) Hadiah untuk aktiviti Pertukaran Hadiah semasa guru.
(Khas untuk aktiviti hari guru sahaja. Tidak semua sekolah buat)

- Pakaian solat
- Sejadah
- Jam dinding
- Bekas makanan
- Periuk
- Buku

Sebenarnya, banyak lagi hadiah-hadiah yang boleh diberikan sempena Hari Guru ini dan yang kami senaraikan ini hanyalah sekadar panduan sahaja.

Akhir kata, semoga sambutan Hari Guru kali ini lebih meriah di sambut oleh para guru.

Nampak tak ?

Siap ada panduan lagi nak bagi cikgu-cikgu ni ape hadiah yang bersesuaian. So aku rasa tak delah korang pening kepala memikirkan apa yang patut ek. Kata kawan aku tuh, selalunya setiap tahun dia akan dapat mug melambak yang siap printed gambar tuh. Wah kemain bertuah ek

So bertabahlah wahai ibu bapa zaman sekarang ni ek hehehhehee

Jangan gelak-gelak mana tau, turn aku plak kena kan tahun-tahun depan…

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru sekolah aku dimana mereka jua berada..

Tuesday, April 21, 2015

“MAMIL® MOMME SATURDAYS” Workshop About Motherhood Journey

Hi Korang,


Aku memang malas sebenarnya nak ke event parenting ni sebab aku bukannya ada anak pun, yang ada #DakUban seekor tu je buah hati pengarang jantung kan. Since Janet PR banyak kali ajak, asyik aku tolak je so kali ni rajinkan kaki ke motherhood workshop ni. Untung-untung dapatlah ilmu baru kan.


So pepagi sabtu tu dah keluar rumah ke Talent Lounge, nasib baik sampai on time event baru nak mula. Sempatlah berselfie dulu kan hehehhehe


boleh cuba sample susu ek, aku pun minum jugak hehehe

Mamil® melancarkan siri bengkel “Mamil® MomMe Saturdays” untuk meraikan kebesaran para ibu, golongan wira yang tidak didendang dalam sesebuah keluarga, demi membantu mereka mengharungi cabaran keibuan. Siri bengkel yang bermula pada bulan April akan memberi tumpuan untuk membantu para ibu menangi isu-isu lazim yang berkaitan nutrisi kanak-kanak.


“Sebagai pakar dalam pemakanan kanak-kanak, kami di Mamil® sentiasa ingin meraikan para ibu dan menyokong mereka untuk mencapai potensi tertinggi dalam penjagaan anak-anak mereka. Siri bengkel ‘Mamil® MomMe Saturdays’ adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada para ibu yang memberi sokongan berterusan terhadap Mamil®. Ibu-ibu bukan sahaja menikmati sesi memanjakan diri yang ditawarkan tetapi juga dapat mempelajari perkara yang bakal membawa manfaat dalam kehidupan harian,” kata Caroline Yap, Pengurus Pemasaran Danone Dumex (M) Sdn Bhd.

ada ice-breaking game, seronok game ni

sessi soal-jawab mengenai anak-anak, aku dengar sajor

Peserta-peserta yang menghadiri pada bulan April berpeluang berjumpa dengan Jacki Siew, seorang jururawat dan bidan berdaftar (Britain) dengan pengalaman selama 15 tahun memberi kaunseling kepada para ibu mengenai cara-cara menangani masalah kanak-kanak yang lazim seperti demam dan selsema.




Berdasarkan hasil kajian Mamil® yang dianjurkan baru-baru ini, topik-topik tersebut merupakan masalah utama kepada kebanyakan ibu. Dengan peningkatan kes denggi di sekitar Lembah Klang, Jacki turut menasihatkan ibu-ibu mengenai kepentingan mendapatkan diagnosis yang betul daripada doktor, mengetahui perbezaan di antara demam dengan demam denggi, serta cara-cara ibu boleh melegakan gejala yang anak-anak mereka hadapi. 

with Aishah Sinclair, kurusnya dia. Comel je aku tengok

ada tak muka yang korang kenal

dengan blogger Baizura, lama betul tak jumpa dia

Acara MomMe Saturday Mamil® yang diadakan pada julung kalinya dihadiri oleh 30 ibu. Para ibu yang bertuah telah mendapat peluang berbual mesra dengan Aishah Sinclair, DJ MIX FM serta pengacara sesi tersebut.


Untuk pertama kali ni, memang banyak ilmu yang aku dapat tahu mengenai anak-anak ni. Eventho belum ada anak lagi, at least workshop sebegini memang sangat-sangat membantu aku untuk bersedia ke peringkat seterusnya. 

Insyallah hopefully…

Untuk maklumat lanjut berkenaan sesi bengkel Mamil® MomMe Saturdays atau Mamil®, sila layari laman sesawang www.mamil.com.my, www.facebook.com/DumexMamil atau hubungi Talian Pelanggan Mamil® di 1800 38 1038.

Cik Lily Terfikir : ermm bestnya kalau ada anak kan..

Wednesday, July 18, 2012

Pet Pet® EasyStart Programme Setia Melindungi Ibu Dan Anak Yang Baru Dilahirkan


Hi Korang,

Melahirkan anak merupakan satu kegembiraan yang tak dapat nak di gambarkan tetapi perasaan bimbang juga menghantui si ibu baru bila teringatkan dapatkan mereka ini menjaga anak mereka dengan baik sekali.  Jadi dengan itu Pet Pet telah memperkenalkan satu program yang di namakan Pet Pet® EasyStart Initiative bagi membantu dan memudahkan ibu-ibu ini menjalani kehidupan dengan si manja mereka


Pet Pet EasyStart Programme ini khusus di reka untuk si ibu yang baru sahaja melahirkan bayi berumur di antara 0 ke 3 bulan secara percuma. Program yang menawarkan perlindungan selama 365 hari setahun ini akan mengandungi perlindungan selama 365 hari di seluruh dunia dan juga RM100 elaun hospital jika si ibu mengalami kemalangan yang terpaksa di tahan di hospital.



Semenjak Pet Pet® EasyStart Initiative diperkenalkan, ianya merupakan cara yang mudah bagi si ibu memulakan perjalanan hidup dengan si manja dan pihak Pet Pet sendiri telah menerima sambutan yang positif di tahun 2011.


Bertepatan dengan Hari Ibu yang lepas, wakil dari Pet Pet telah pun membuat satu lawatan istimewa di Hospital Ampang untuk menghadiahkan Pet Pet® EasyStart edisi khas untuk ibu-ibu yang baru melahirkan. Setiap pek istimewa ini di datangkan dengan Pet Pet® EasyStart registration pack, diapers, a lovely baby romper, a congratulatory note and bright orange Pet Pet® balloons.

Menarik kan


Juga yang turut hadir pelakon, ibu, model Dynas Mokthar yang sekarang ini sedang mengandung anak yang kedua bagi menyokong lagi kempen Pet Pet EasyStart Programme ini.
 
Start Taking Care of Baby by Taking Care of Mom

Pet Pet® EasyStart Programme is exclusively designed for new mothers and is available at most hospitals nationwide. To sign up, mothers have to follow the simple steps found on the Pet Pet® EasyStart pack which can be found in the free New Mom Bag given to every mother with her newborn upon discharge. Upon every successful registration, every mother will be able to enjoy the exclusive benefits from the programme for a year.

Under the Pet Pet® EasyStart Programme, each mother will receive product samples and a worldwide plan that offers RM 100 hospital allowance per day up to 90 days if the mother is confined in a hospital resulted of an accidental injury. In the event of an accidental disability, the mother will be disbursed with accidental disability benefit of up to RM5,000. That’s not all, most importantly this plan offers worldwide coverage, 365days!

For more information on the Pet Pet® EasyStart Programme, head on over to Pet Pet® Facebook at www.facebook.com/PetPetMY - ‘Motherhood made Easy with PetPet’ or contact us at 1800 877 193 or enquiry@dsgap.com.

Bagi Aku:-
Kepada kengkawan mummies blogger sekalian, elok rasanya korang join kempen ni. Yelah mana tau jadi apa-apa kat kita masa melahirkan tu kan. Mintak-mintak tak de lah but masa depan tak boleh di jangka punyalah.

Jom support ye..