Showing posts with label Onigiri Thursday promo. Show all posts
Showing posts with label Onigiri Thursday promo. Show all posts

Wednesday, September 11, 2019

Hanya RM1 Bento Dan Onigiri Di myNEWS

Hi Korang, 

Apa aje pasal makan-makan yang kak lily tak tau kan, haruslah kena amik tau semua-semua ni. 

Rasa cam tipu tak bila kak lily cakap harga Bento dan Onigiri ni RM1?? 

Mesti korang cakap gilo apa akak ni kan, mane ada makanan jepun RM1, nak masuk toilet KLCC pun bayo RM2 tau hauhauhauha. 

Yesza yang ni akak tak tipu wokeh!! 


Memang ye korang boleh dapatkan makanan-makanan jepun ni di myNEWS tau. 

Sempena dengan bulan September ini sahaja myNEWS memberikan hanya RM1 untuk pembelian Bento dan juga Onigiri. So kaki makanan jepun haruslah jangan lepaskan peluang. 

Apa itu Bento? 


Bento ni macam mana ia adalah satu hidangan makanan yang lengkap ada nasi Jepun, lauk seperti ikan atau ayam dan sayur segar atau jeruk dalam satu bekas kotak tersusun. Bento yang jual kat sini ada macam-macam jenis seperti Bento Salmon Salsa, Spagthetti Spicy Belado, Mapo Tauhu Bento, Curry Laksa dan Bento Jumbo Chicken Cutlet. 

Bento Jumbo Chicken Cutlet 

Not bad sedap gak wei dan portionnya besar jugak 

Apa itu Onigiri? 


Onigiri ini adalah nasi Jepun yang dibentuk menjadi segitiga, bersama inti didalamnya dan dibalut dengan Nori atau rumpai laut. Onigiri ini pun ada banyak inti dalamnya ikut kegemaran korang lah. Kat sini ada jual Onigiri Smoked Salmon Cream Cheese, Onigiri Garlic Teriyaki Mayo Chicken, Onigiri Teriyaki Salmon, Onigiri Tuna Mayo dan Onigiri Tobiko Kani Mayo. 

Kedua-dua makanan jepun ini sangat sedap dan berkhasiat. 

Dekat myNEWS ni kesemua makanan-makanan ini di hasilkan secara segar setiap hari. Bagi kak lily senang nak makan sebab saiznya yang mudah dipegang, tambahan pulak kak lily ni jenis yang nak cepat manjang so singgah myNEWS beli then sambil jalan ke dalam kereta ke terus je makan kan pendek kata boleh on-the-go sajor. 

TAPI.. 

Promosi RM1 hanya di bulan September ni jer tau da bukan setiap hari wokeh. Ingat tuh, kang korang cakap kak lily tipu plak kan. 

Untuk Bento Tuesday RM1 hanya setiap hari Selasa bulan September manakala untuk Onigiri Thursday RM1 pula hanya setiap hari Khamis bulan ni juga. 

Kalau beli hari-hari lain harga jadi biasa lah kan. 

Sila dowload Aplikasi myNEWS 


Ok ada lagi syarat-syarat nak dapatkan RM1 tuh ek, korang kena kena muat turun aplikasi myNEWS dalam telefon korang dan daftar dalam aplikasi tu dan kemudian top-up duit di dalam e-wallet tuh ek. So bila nak bayar tuh, tit kan sajor phone korang kat mesin pengimbas tuh then dapatlah harga RM1 untuk Bento dan Onigiri ni. 

MARU KAFE 

Oh ye dalam myNEWS ada satu section yang di panggil MARU KAFE, kat section ada pelbagai jenis makanan jepun selain Bento dan juga Onigiri. Kat situ ada juga jual macam-macam produk bakes seperti Hokkaido Roll, Hokkaido Chocolate Roll, Hanjuku Cheese Cake, Hanjuku Chocolate Cake dan pelbagai jenis roti buatan cara jepun. 


Kak lily teringin nak makan Hokkaido Roll tuh tapi apakan daya, masa kak lily sampai je memang semua jenis kek habis, terus rasa kepunan nak makan tau huahauhauha 

White & Choco Bread


Milky Twist

So beli lah roti-roti jepun ni, sedap jugak tau. Kak lily makan cam tu sambil jalan ke kereta hari tuh heehee. 


Dah korang tunggu je setiap Selasa dan Khamis dalam bulan September ni ek. Make sure korang tau lokasi myNEWS yang terpilih ni tau, yang mana ada MARU KAFE tuh itulah tempatnya hehehe 

Senarai lokasi myNEWS yang terlibat korang boleh lihat di sini :

Bento Tuesday : 

Onigiri Thursday : 





Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut :

Facebook: 

Instagram :