Showing posts with label Nuffnang blog awards 2011. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang blog awards 2011. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

Frame Kaca Comel

Hi Korang,

Masa aku pi NAPBAS Nite hari tuh, ktorg kenalah amik gambo dekat backdrop yang dah di sediakan. Memang cantik area tuh. So pose lah reramai. Ingatkan dapat gambo malam tu jugak but no kena collect later.


So rasanya 2 minggu lepas kot, aku pi office Nuffnang tuk collect gambo ni. Ingat kan bagi gambo je rupanya siap frame sekali. Yang best framenya kaca okeh. Tebal dan tak boleh nak jatuh lah kalau tiup angin.


Cantik plak gambo aku dalam gambo ni. Tunjuk dengan Mr Big, dia boleh cakap ape, yang dia ada pompuan gemuk pipi tembam je dalam gambo tuh. Kurrenngg tau.. Suka nau nak kecikkan ati aku yang beso ni. kahakhak

Anyway, thanks Nuffnang for this. Memang aku simpan elok-elok lah buat kenangan.

CLP notes : kalau tau hari tuh, amik gambo bebanyak kat situ lah.. Ruginya..


Saturday, December 17, 2011

Aku Menang Di Nuffnang Blog Awards

Hi Korang,

Penat semalam tak abis lagi ni. Mana taknya makan, minum, gelak-gelak, camwhore, make new friends. Ermm macam-macam betul.

Tapi yang penting


Aku menang juga awards di NAPBAS Nite nie.

Memang tak sangka betul, walaupun tak tercalon tapi aku berjaya tewaskan blogger2 yang hebat lah termasuk lah Beautifulnara.com

Huhuhauhauhauahauhauahuahuahau

Korang ingat senang ke nak menang award kat Nuffnang Blog Awards 2011 ni. Tercalon pun tidak ada hati nak menang konon. Its actually award tu Beautifulnara.com yang punya. Dia menang kategori Best Entertainment Blog. Aku ni kalau berangan memang tip top sampai di awang-awangan lah. Ok full story mengenai #NAPBAS ni aku update later.. So stay tune.

Kepada geng blogger yang aku jumpa semalam, kalau terbaca entry ni meh tinggalkan komen korang punya URL kat entry ni ek. Aku pun nak pi melawat blog korang jugak kan.




Friday, October 28, 2011

Nuffnang Blog Awards, Here I Come


Hi Korang,

Sepanjang aku bersama Nuffnang nie, belum pernah rasanya aku ke acara berprestij Nuffnang Blog Awards yang akan di adakan tidak lama lagi. Dengar-dengar ramai jugak bloggers dari negara lain pun datang jugak. Mesti best kan kalau turut ikut serta.



Apa itu Nuffnang Blog Awards?

“Come 16 December 2011, 500 bloggers from around the Asia-Pacific region will flock to Kuala Lumpur, Malaysia for the Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 in Putrajaya Marriott. The Awards aims to not only honour the region's best bloggers, but also to bring together blogger communities from across Asia-Pacific. The Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards is brought to you by Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott”

Aku pun tak mau lah ketinggalan kan untuk mengikuti acara berprestij ini. Di antara sebab-sebab aku teringin untuk ke Nuffnang Blog Awards ni kan. Jeng jeng jengg....


1.Nak jadi Blogger Host untuk event ni

Ermm satu-satunya gelaran yang hebat untuk blogger yang berjaya dapat title ni. Mana tak nya dpat jadi host untuk foreign blogger guests. Kalau aku terpilih untuk Blogger Host ini,  aku akan tunjukkan kepada mereka betapa untungnya menjadi blogger berdaftar dengan Nuffnang di Malaysia ni dan juga aku boleh ceritakan pada mereka tentang segalanya mengenai Malaysia dan lifestyle kita berblogging di sini. Manalah kalau jadi Blogger Host, dapatlah aku merasa naik kete Volkswagen kan..



2. Nak tau siapa pemenang bagi setiap kategori yang di pertandingkan

Ini penting ni, aku mesti nak tau siapa pemenang yang setiap kategori yang di pertandingkan. Sambil berkenalan dengan diaorang tu nanti sambil tu boleh korek-korek rahsia macamana diorang ni jadi blogger sebegitu tegar yang sampai boleh menang. Mungkin tahun-tahun depan aku pulak yang tercalon dalam Blog Awards ni. Siapa tahu kan.



3.  Nak sertai after-party di tempat rahsia di KL ini.

Siapa suka party? Haruslah aku kan. Aku totally memang suka berparti. Tengoklah boleh di katakan tiap-tiap minggu aku ke party sana sini. Tak kira lah event mengenai kecantikan ke automobile ke gadget ke, semua aku join. Dengan menyertai party ini aku boleh menambahkan lagi rakan-rakan bloggers dan jugak membuat networking dengan para media yang lainnya.


Are you ready? Im ready to party..

Hah actually banyak lagi aku nak tulis but biarlah aku simpan sket kan. So hopefully aku dapat jemputan untuk ke Nuffnang Blog Awards ni. Dapat jugak aku nak melaram dengan dress terbaru aku yang je aku beli last week.

Ermm memang tak sabar lah, cepatlah bulan disember ek.