Hi Korang,
Nama hidangan Espetada, ermm kemain lagi ek.
Itulah bila pi makan kat Nandos ni memacam nama makanan yang unik-unik sekali semua ada ek.
Bukan apa, hari tuh pi makan kat Nando’s Pavillion. Alah sambil window shopping, perut lapo plak kan. Tup-tup nampak Nando’s apalagi singgahlah kejap ek.
Nando’s outlet Pavillion ni bagi aku nampak cam klasik sket tapi semuanya stil sama dari segi rasa dan makanan tu sendiri. Kalau nak cari restoran Nando's outlet Pavillion ni betul-betul kat kawasan bawah sekali sebaris dengan Food Court Pavillion dan hujung sekali.
Kat Nando's banyak menu menarik tapi paling best kalau dapat cuba Espetada. Espetada ini adalah hidangan dibuat dari daging ayam yang disapu dengan rempah ratus yang telah tersedia dan dimasak di atas bara api atau serpihan kayu. Hidangan ini dihidangkan seperti satay tapi di selang seli dengan daging dan sayur dan tergantung dari cangkuk di atas ke bawah bila di hidangakan kepada anda.
Sedap kalau di makan panas2 kerana ia memberikan rasa rempah dan juga daging ayam yang di panggang bersama dengan sayur-sayuran. Pelbagai pilihan perasa iaitu Extra Hot, Hot, Mild dan Lemon & Herb mengikut citarasa korang. Nak pedas boleh, nak tak pedas pun boleh. Kalau korang pilih set ini ia ada datang dengan 2 side dish atau satu side dish mana2 yang korang suker nau nak makan. Aku of courselah pilih French fries sebab saiz kentangnya beso.
So pas ni, kalau datang Nando’s korang dah tau nak pilih makanan apa ek!!
Tak yah nak pening kepala, cuba Espetada lah..