Showing posts with label Naik train ke Hatyai. Show all posts
Showing posts with label Naik train ke Hatyai. Show all posts

Monday, October 1, 2018

Holiday Ke Hatyai 2018 | Hatyai Junction, Pulanglah Ke Pangkal Jalan (FINAL)

Hi Korang, 

Sambung lagi travelog ke Hatyai ni, korang boleh baca entry sebelum-sebelum ni ek 



Cerita hari keempat yeahhh , aduimak memang panjang betul lah menulis kali ni. 

Sepatutnya kitaorang naik train petang untuk pulang ke Malaysia tapi di sebabkan dengar khabar angin yang ramai betul orang kat border nak keluar masuk ke Hatyai ni so terus tukar plan untuk balik pagi. 

Hajat hati nak check out then jalan-jalan lepas tuh ambil van je baru sorang RM15 tapi bila dengar ramai orang duk tersadai kat border berjam-jam dan takut kitorang miss train balik ke KL sebelah malamnya so baiklah mengambil langkah bijak. 

Malam ketiga tuh sampai je hotel terus packging apa yang patut, as usual beg pun beranak lah kan sebab kak lily beli periuk dengan kacang-kacang untuk makan dalam train nanti hehehe. Daripada tak nak beli apa-apa sampai terbeli macam-macam hauhauahuahuahua perangai mak-mak sangat. 


Pukul 5 pagi dah bangun, siap-siap apa yang patut then pukul 6.10 pagi dah check out dah. Kat sini cepat siang so pukul 6.00 pagi tuh dah macam pukul 8 pagi cam tuh. Settlekan urusan check out then terus naik Tuk Tuk. Alah sorang THB50 je senang, lah sekejapan dah sampai rupanya terus je jalannya dari hotel ni, kalau tau jalan kaki ewah kemain plak kaki nak jalan kaki bagai ek 

Sampai je Hatyai Junction dah penuh orang beratur beli tiket balik dah wei. 


Memang sangat panjang, rupanya train station ni banyak tempat diorang ni. Kira macam central lah, ada pi Bangkok, pi Danok, pi Padang Besar patutlah ramai benau orangnya. Langsung tak boleh buat booking online ek, kalau nak travel hari ni kena beli hari ni gak sebab itu lah ktorang bergegas hah ke sini. 

nampak ramainya orang nak beli tiket kan, beratur panjang tuh

Dapat pun tiket, train pukul 7.30 pagi so sampai Padang Besar dalam pukul 9.30 pagi cam tuh, delay 1 jam kan. So malas nak pi memana duduk je kat train station tuh memerhatikan orang hah lalu lalang. 

ni train dari Bangkok baru sampai

siap ada orang berniaga tau, senang kan beli je

tunggu dengan setia, sebab malas nak berjalan-jalan lagi

Train sampai terus naik je hah tak payah ikut seat duduk je memana, dapat lagi train yang open air ni boleh menikmati keindahan alam bumi Hatyai untuk kali terakhir, keje duk bergambar jelah dalam tuh hehehe 

Sampai je Padang Besar, kaunter imigresen Thailand dah penuh giler dengan orang Malaysia nak ke Hatyai. Nak beli tiket sampai kena beratur 3 barisan uiskk haru biru betul lah. Nasib baiklah kitorang pi awal so tak delah suffer cam ni. 

Kena tahan plak dengan kastam Malaysia sebab beg biru kak lily yang penuh periuk tuh, alah explain je kat officer cakap beli periuk tanah dengan kacang-kacang ermm lepasss hehehe 

Lepas sarapan dan sementara nak tunggu train petang, ktorang ke Padang Besarlah mengabiskan duit lagi hehehhee ok citer Padang Besar dalam entry lain ek 

Tentang bajet ke Hatyai?

Kak lily tak setkan berapa bajet pun pun trip ni sebab memang nak berehat tak nak fikir pasal duit-duit ni, sebab kalau travel berbudget rasanya payah jugaklah nak pi urut setiap malam, makan 4-5 sehari, membeli belah di 7-11 setiap malam sebelum naik ke hotel sebab korang dah setkan bajet untuk semuakan. 

Kak lily bawak THB10,000 but still ada duit balance lagi dalam THB2,000 lebih cam tuh, memang tak habislah. Boleh simpan untuk next trip ke Chiang Rai plak hehehhe


So itulah trip ke Hatyai ktorang, simple dan tak serabut. Chill chill je 

Nak tanya apa-apa pasal Hatyai email jelah ek tak pun DM kat Instagram lah, aduiyai azab nak abiskan citer travel ni wei, kalau malas memang tak jalan lah. 

Sudahh pulang ke pangkal jalan daaaa...











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, September 13, 2018

Holiday Ke Hatyai 2018 | Travel Menaiki Keretapi (PART 1)

Hi Korang, 

Kak lily memang tak de beria nau plan nak ke Hatyai ni. 

Idea ni datang sebab dah lama kitaorang tak cuti panjang jalan-jalan, asyik-asyik balik kampung, bawak sakip jejalan je kan. Lagi pulak its me birthday so sedang elokkan meraikan sekali. 


Oh ye, trip ni memang tak de budget sebab kak lily rasa apa guna bercuti kalau makan nak kena catu, terpaksa jalan kaki jauh-jauh, tak boleh souvenir, tak dapat manjakan diri bagai kan. So masing-masing bawak duit THB1000 lebih kurang RM1300 duit Malaysia, mak oi banyak tuh yelah nama pun trip tak de budget so ikut lah apa nak belanja. 

bawak beg masing-masing senang, sket je pun barangnya

Kenapa pilih nak keretapi? 

Sebab nak rasa naik ETS lelama, dulu masa pi Hatyai kitaorang naik train yang ada katil tidur tuh, dari malam sampai ke pagi baru sampai Padang Besar la ni nak try yang laju pulak. 

Beli tiket kat KL Sentral, pilih yang GOLD tiket sebab rasanya tak berbaloi ambil PLATINUM tiket tambah RM30 untuk dapatkan air sebotol dan roti kan. Rugi ahkak wokeh kalau beli yang itu. 

Jadi ktorang beli tiket GOLD RM76 seorang so total pi balik RM304 (return trip) 

Settle hal tiket, awal-awal dah beli rasa 2 bulan awal kitorang beli. 

stesyen Ipoh, masa ni semua orang dah naik dah sebab tuh kosong

Disebabkan naik nak train Hatyai yang sebelah petang tuh, maknanya kena ambil 1st ETS train dari KL Sentral iaitu 7.00am sampai Padang Besar pukul 1.00pm cam tuh, memang terlebih sempat wei sampai kena menunggu berjam-jam kat stesyen Padang Besar tuh. Makan dulu, tidur baring dulu sementara nak tunggu kaunter train Hatyai dibuka. 

nak jadik instafames gak ke dear hauhauahuah

Kalau korang nak catch train Hatyai sebelah petang tuh, better korang ambil ETS pukul 9.35am so sampai-sampai je dah boleh terus beli tiket train Hatyai. 

Cafe dalam train, cepat je makanannya habis

Memang ada few tempat train berhenti tapi tak de semua tempat hehehhe, stesyen yang besar-besar je untuk ambil dan turunkan orang, dapatlah sekejap-sekejap kitaorang turun. By the way ada cafĂ© dalam train tapi makanan cepat habis sebab ramai orang lapar, maklumlah sejuk-sejukkan naik train makan jelah kerjanya hehehhee 

Tiket keretapi ke Hatyai 


Kaunter bukak pukul 2.30pm waktu Malaysia, dalam bangunan yang sama dengan stesyen keretapi Padang Besar, korang pi beratur di Platform 2 ek. Once dia bukak je, cepat je urusan beli tiket tuh. Boleh bayar dengan duit Malaysia RM15 atau duit Thai THB100. 

ini tiketnya, nampak 6th Sept my birthday

Memang tak boleh booking tiket at all, first come first serve hanya 300 penumpang yang pertama tau so ini yang nak kena rebut ni. 

waktu membeli tiket train

sila simpan gambar ni ek, penting tuh

Dah beli tiket, tunggulah kaunter imigresen Malaysia dan Thailand di buka, lebih pukul 3.40pm cam tuh,ikut nasiblah. Bila keretapi dari Hatyai sampai dan penumpang yang dari Hatyai tuh turun dan cop passport keluar then barulah korang boleh masuk. 

kene isi kad putih dulu, nanti ada akak kat distribute. Nak kena bawak tiket train dulu then baru dia bagi. Sorang satu kad, kalau salah padan muka huahauhauhau kak lily la tuh kan. Dia suruh cross dan tulis balik itu je.

Sudahnya 4.40pm baru dah lepas cop passport, kat kaunter Malaysia cepat je tapi kaunter Thailand lambat biasalah diorang ramai nak handle hehehehe. 

Bahagia je bila dapat naik train Hatyai wei, memang old school habis. 



Tak de air con, tingkap terbukak, duduk mana-mana seat walaupun tiket ada nombor hahaha 

muka serabai dari pagi sampai ke petang

Perjalanan hanya 55minit untuk sampai ke Hatyai Junction. Seronok dapat tengok kampung orang Thai, lebuh kurang sama je cam kampung kat Malaysia ni. Diorang lebih banyak lay back dan tak de nak rushing sangat macam kita kat KL ni. 


Turun-turun je train keluar je kat depan stesyen tuh berlambak Tuk-Tuk so pilih je yang mana satu nak naik ek. Tapi sesetengah orang jalan kaki je ke hotel memasing ikutlah kan, kitaorang naik Tuk Tuk lah malas nak berjalan lagi dah seharian kot hahahaha 

Simcard Thailand 


Oh ye lupa nak citer pasal simcard ni. 

ini simcardnya

Kak lily beli dalam train je, jenama DTAC - THB240 je. Walaupun mahal sket tapi data unlimited. Sangat-sangat seronok berinsta dan berfacebook sepanjang berada Hatyai. 

nampak abang tuh siap buatkan semuanya, kak lily bagi duit dengan handphone je, sekejapan dah boleh berinternet. Bahagia wei boleh IGS sepanjang waktu hehehe

Laju selaju lajunya internet, atas bukit bawah bukit, dalam spa semua ada internet. Even kak lily dah balik Malaysia, line internet tuh still lagi dapat kat Padang Besar sempat habiskan semua data hehehehe 

Ok settle PART 1, nanti ada lagi PART-PART yang seterusnya. 

Ni bagi sneak peak dulu apa nak citer pas ni. 

1. The Bed Hotel 

2. Tempat urut sedap 

3. Chabura Dimsum 

4. Municipal Park – tengok gajah kepala 3 

5. Khlong Hae Floating Market 

6. Khlong Hae Buffet Seafood 

7. Lee Garden Plaza 

8. Central Festival Mall 

9. Big Market 

10. Hatyai Junction 

Tunggu bila masa sesuai akak lily update lagi ek, by the way korang nak baca yang mana dulu ek hauhauhauhauaha














Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com