Showing posts with label NIVEA Care Run 2017. Show all posts
Showing posts with label NIVEA Care Run 2017. Show all posts

Tuesday, October 31, 2017

NIVEA Care Run 2017

Hi Korang,

Ahad lepas sempat kak lily join larian anjuran Nivea ni aitu Nivea Care Run 2017 bertempat di Marina Putrajaya.


Di sebabkan bangun lambat dan keluar rumah lambat, tak sempat akak lily nak berlari dari starting point, nampak je orang berlari then cercepat akak lily join hehehehe.

Main tipu ek..... hahahahha


tengoklah diaorang ni bukan berlari hehehhehe

Hampir 2,500 rakyat Malaysia menyertai NIVEA Care Run yang dianjurkan oleh NIVEA Protect and Care, deodoran yang direka khusus untuk memberi perlindungan berpanjangan pada kulit bawah lengan. Bertemakan ‘Protects What You Care’ yang juga merangkumi kasih sayang terhadap komuniti, sumbangan sebanyak RM20,000 daripada larian tersebut telah didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukannya.

Dengan formula yang bebas alkohol, deodoran NIVEA Protect and Care diperkayakan dengan esen NIVEA Crème dan haruman yang lembut. Ia memberikan kulit anda perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam, serta menyuburkan dan memberikan anda bawah lengan yang lembut dan licin. 

“Kami di NIVEA bertuah kerana dapat bekerjasama dengan PENYAYANG dalam usaha mereka untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukannya,” kata Ng Hock Guan, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia dan Singapura. “Tema NIVEA Care Run ini adalah selari dengan nilai penjagaan teras NIVEA Protect & Care yang menggabungkan perlindungan dan penjagaan rapi. Kami bersyukur mendapat sokongan daripada rakan niaga kami untuk memastikan larian ini berjalan dengan lancar. Kami juga berbangga dengan kehadiran ramai rakyat Malaysia yang memberikan sokongan kepada NIVEA Care Run. Setiap hadiran pada hari ini memainkan peranan penting dalam kejayaan acara ini.”

NIVEA Care Run flag-off (from far left): Celebrity guest Siti Saleha; Ms Shirley Toh, Sales Director of Beiersdorf Malaysia; Mr Ng Hock Guan, Country Manager of Beiersdorf Malaysia & Singapore and Mr Cheong Wai Lun, Head of Marketing of Beiersdorf Malaysia.

Bagi meningkatkan kesedaran umum tentang penjagaan kulit bawah lengan, pihak NIVEA Care Run berkongsi tentang fakta-fakta kulit menarik seperti 36% kulit disingkirkan apabila seseorang mencukur dan juga kesan pencukuran dan pencabutan bulu yang boleh menyebabkan kerosakan kulit.*

Aktiviti lain yang turut diadakan termasuklah dinding “NIVEA Protect and Care” yang membolehkan peserta menulis mesej kepada orang tersayang, khemah PENYAYANG, cabutan bertuah dan kios foto. Selebriti tempatan iaitu Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie turut memeriahkan NIVEA Care Run ini. 

Contribution of RM20,000 from NIVEA Care Run was presented to Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) to support Malaysians in need.

Secara keseluruhannya, NIVEA Care Run telah mencatat kejayaan cemerlang dari segi mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan penjagaan kulit bawah lengan di samping membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Sekali sekala berlari santai-santai cam ni seronok gak ek 


Deodoran NIVEA Protect and Care roll-on 50ml dan NIVEA Protect and Care spray 150ml masing-masing dijual pada harga RM11.30 dan RM17.50 di semua pasar raya dan farmasi seluruh negara. 

Layari www.facebook.com/mynivea untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk NIVEA.









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Wednesday, September 27, 2017

NIVEA Deodoran Protect and Care Dan NIVEA Care Run 2017, Dua-duanya Best Nie

Hi Korang, 

Kalau citer pasal ketiak ni mesti korang malu-malu kan,yelah dalam-dalam ni memang jarang orang nak share kecuali kalau dah geng baik punye hehehehe

Kalau korang nak tau kulit bawah lengan adalah bahagian yang sensitif dan mencabut bulu pada bahagian tersebut akan menyebabkan bulu tumbuh ke dalam kulitl dan pembesaran pori-pori pada kulit bawah lengan korang. 

Kaedah alternatif juga tidak sempurna, apabila korang mencukur bulu tekanan bilah pada kulit yang tidak rata pula akan mengakibatkan luka-luka kecil. Di samping itu, serpihan yang disingkirkan semasa mencukur juga mengandungi sebanyak 36% kulit. 


Pembuangan bulu bawah lengan boleh merosakkan kulit dan sering menjadi punca kerengsaan pada kulit bawah lengan. Oleh itu, NIVEA memperkenalkan NIVEA Protect & Care, deodoran yang diperkayakan dengan esen NIVEA creme, warisan krim kecantikan yang berkualiti dengan formulasi penjagaan tersendiri dan haruman yang lembut. 


Deodoran Protect & Care NIVEA memberikan kulit anda perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam memberikan korang kesegaran sepanjang hari, formula inovatifnya yang lembut juga menyuburkan dan memberikan korang bawah lengan yang lembut dan licin. 

"Di NIVEA, kami percaya bahawa penjagaan kulit dapat melindungi dan menjaga kulit pada seluruh badan korang termasuk bahagian bawah lengan. Dalam kehidupan seharian yang sibuk, kita sering mengabaikan perkara yang kecil seperti kerosakan kulit yang disebabkan oleh mencukur dan mencabut bulu bawah lengan. Bahagian bawah lengan kita memerlukan penjagaan yang lebih teliti, oleh itu deodoran Protect & Care NIVEA menawarkan perlindungan dan penjagaan yang terdapat dalam semua produk NIVEA, bagi memenuhi keperluan kita pada kulit bawah lengan," kata Ng Hock Guan Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura. 

Akak lily suka gak guna deodorant Nivea ni, yelah tak berlendir kat ketiak dan cepat je meresap ke dalam kulit dan yang penting ketiak harum je tak de pun bau hapak tu kan hehehhe 

Penting tuh ketiak kena wangi-wangi baru orang nak dekat dengan kita

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

NIVEA Care Run 2017


Ni nak bagitau ni yang deodorant Protect & Care NIVEA akan menganjurkan NIVEA Care Run pada 29 Oktober 2017 (Ahad). Acara !arian sejauh 5 kilometer yang bakal berlangsung di Presint 6 Putrajaya ini turut menampilkan aktiviti berbentuk pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kulit bawah lengan. 

Pek hadiah eksklusif NIVEA Protect & Care yang terdapat dalam kit larian membolehkan para peserta berkongsi cara-cara penjagaan bawah lengan dengan rakan-rakan dan keluarga. Korang juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dalam cabutan bertuah yang akan diadakan pada hari yang sama. 


Selain itu, sebahagian daripada yuran penyertaan yang diperolehi melalui acara larian ini akan didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang mengutip dan mengagihkan dana untuk rakyat Malaysia yang memerlukan. Dengan sasaran untuk mencapai 3,000 peserta, setiap peserta larian secara tidak langsung akan memberi sumbangan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dari segi pendidikan dan kesihatan.

Acara ini akan turut disertai oleh selebriti terkenal seperti Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie yang akan bertemu, beramah mesra dan memberi sokongan kepada para peserta di acara larian ini.

lni adalah peluang anda untuk menyertai acara yang berseronok ini, disamping menyumbang kepada golongan yang memerlukan! Daftarkan diri anda di Iaman web www.niveacarerun.com.my. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM65 seorang dan setiap peserta akan menerima kit larian dan barangan NIVEA bernilai lebih daripada RM100.

Deodoran Protect & Care NIVEA roll-on 50ml dan Deodoran NIVEA Protect & Care Spray 150ml masing-masing dijual pada harga RM17.50 dan RM11 .30 di semua kedai dan farmasi pasar raya dan pasar raya hiper seluruh negara. Layari www.facebook.com/mynivea untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk NIVEA.








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com