Hi Korang,
Thai food ermm siapa yang tak suka kan!!
Aku ni walaupun tak berapa gemar makanan pedas tapi Thai food memang aku takkan tolak ye..
Ni aku nak citer dengan korang ada satu kedai makan di Sunway Piramid yang menghidangkan makanan alah Thai Street Food namanya Mr Tuk Tuk
Hehehe comey nau nama ek!
Kita memang tau yang Thailand mempunyai ‘street food’ yang sangat-sangat membahagiakan, kalau korang tengok AFC channel ada je citer pasal Thai food yang korang senantiasa lapo dan terbang ke Bangkok untuk merasai kesemua makanan nie.
Simple je deco kedai Mr Tuk Tuk ni ek, ada Tuk tuk sebijik dan wallpapernya melambangkan keadaan jalan raya di Bangkok sebab ada road sign yang comey dan cantik.
Setiap meja ada 4 jenis bahan perasa yang bakal menambah selera korang ek iaitu sweet sour chili, spicy green chili, fiery dried chini dan powdered peanut. Korang cubalah ek, memang sedap. Aku sempat rasa yang sweet sour chili tuh je sebab yang lelain agak pedas bagi aku.
Thai Iced Green Tea @ RM7.80 / Thai Iced Tea @ RM7.80 / Fresh Whole Coconut @ RM9.80
Of courselah aku akan minum Thai Iced Tea sebab itu kira signature drinks bagi Mr Tuk Tuk. Sedap sedap dan melekat ke tekak dan tahap manisnya sesuai dengan tekak aku.
Hidangan menu yang pasti memukau jiwa dan perut korang hahahaha
Salad limau bali, banyak isinya buah limau bali ni kan, di campur sekali dengan kacang tanah panggang, limau, kelapa parut, udang kering dan daun ketumbar dan di gaulkan sekali dengan swett chili sauce memang membuat selera sungguh.
Ini kira macam sepinggan ulam-ulaman, bagus untuk kesihatan ye. Isi ayam tu sangat sedap walaupun masak simple je
Ok masa untuk pencuci mulut plak,
Hah amik ko makan sampai tersandar tak henggat, yelah masa sebelum buka tuh semua nak makan lepas tuh kekenyangan cam ulo sawa tahap 5 hahahaha. Totally sangat sedap dan harganya berpatutan sesangat ek..
Ok ada berita baik untuk korang yang kaki makan ni!!!
Sempena dengan pembukaan Mr. Tuk Tuk's di outlet Subway Pyramid, korang boleh redeem ONE scoop of ice cream at only RM1 dengan pembelian nasi, noodle dan set meal tau. Korang cuba ketiga-tiga ais krim tuh dan share dengan aku perisa mana yang korang suka ek
*Promo ends on 30th June 2016.
*Only available at this new Sunway Pyramid outlet.
Mr. Tuk Tuk
(Opposite Cold Storage)
LG2.27, Sunway Pyramid Shopping Mall,
3, Jalan PJS 11/15,
Bandar Sunway,
47500 Petaling Jaya,
Selangor.
Facebook: fb.com/Mr-Tuk-Tuk
Instagram: @mrtuktuk_my