Showing posts with label Motel. Show all posts
Showing posts with label Motel. Show all posts

Saturday, October 14, 2017

M Motel Meru, Ipoh – Dekat Dengan MAPS Park.

Hi Korang,

Tau tak yang Movie Animation Park Studios (MAPS) yang kat Ipoh tuh sangat-sangat berdekatan dengan M Motel Meru, Ipoh ni?

Itulah kak lily pun baru tau ni hah!


M Motel Meru adalah di antara hotel bajet yang sesuai di rekomenkan kepada korang yang bakal tiba di Ipoh . Terutama sekali jika MAPS Park antara list wajib pergi (MAPS Park iaitu taman tema animasi pertama di Asia) . 

Lokasi yang strategik dan behampiran dengan MAPS Park. Nak cari barang-barang seperti pakaian , makanan, minuman atau barang asas seperti berus gigi, sabun, ubat gigi atau sebagainya tak perlu risau kerana pasaraya Mydin berdekatan saja dengan hotel ini. Selain itu terdapat pelbagai deretan kedai atau restoran untuk anda menjamu selera. 


Satu yang ingin kak lily highlightkan di sini “Jangan di lihat pada luaran saja , lihat juga pda dalaman ”

Kenapa akak lily cakap cam tuh ? 

Walaupun diluar bangunan M Motel Meru berwarna pink dan kelihatan seperti motel sebenarnya tidak. Luaran sahaja sepertoi motel tetapi fasiliti yang disediakan seperti berada di hotel . 

Jom tengok bilik -biliknyaBilik M Motel Meru , Ipoh 




Setiap bilik yang ada menyediakan fasiliti yang basic untuk kegunaan seperti meja yang dilengkapi dengan cerek elektrik, cawan, teh dan kopi, TV pun LCD kan , dilengkapi dengan aircond gak tau.


Peti ais wajib ada sebab takut tengah lapar nak minum air sejuk ke boleh ajer. Comel pula mini fridge letak di bawah meja nie


Bilik di sini ada katil single, twin mahupun Queen bed. Ada juga 2-3 unit yang mempunyai connecting door. 


Toiletnya memang terbaik . Warna putih dan sedikit corak hitam menceriakan . Simple but cantik. Sejuk mata memandang. jangan tengok kecil camnie tak ada heater, ada tau.


Harga bilik kat sini serendah RM39 satu malam hingga paling mahal RM99 sahaja. Kak lily syorkan korang booking / tempah dulu sebelum datang sebab takut karang penuh pula. Lupa nak inform yamg hotel ini tiada lif dan jangan risau dia 2 tingkat ajer so untuk korang yang budget boleh saja menginap di sini. 


Untuk informasi dan promosi terkini tentang M Motel Meru layari

Facebook M Motel Meru : www.facebook.com/mmotelatmeru/

Alamat Motel : 

M Meru Motel,
Jalan Meru Utama A2, 
No. 18 & 20, 
Ipoh Perak

Google Map: M Motel at Meru

Telefon: 013-4143 488








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com