Showing posts with label Middle East Cuisine. Show all posts
Showing posts with label Middle East Cuisine. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

SAFA Restaurant @De Palma Hotel Ampang


Hi Korang,

Nowdays dah jadi trend kot banyak restaurant berkonsep Middle East membanjiri KL ni. Merata-rata tempat aku perasan banyak dah restoran makanan timur tengah ni. 


Aku cuba? Tak pernah lagi. So hari tuh, my friend Ivy dan Vincent ajak ktorg pi makan kat SAFA Restaurant De Palma Hotel Ampang ni.


Memula ingatkan dalam hotel but rupanya di luar dekat dengan lobby De Palma Hotel ni. Ooo open concept rupanya, tak de air cond but banyak kipas besar dan ceiling fan kat dalam restaurant ni.  Simple je deconya tak serabut pun. Siap ada screen tv beso dan shisha yang pelbagai flavor untuk si kaki shisha.


Dah nama pun restaurant makanan middle east haruslah kesemuanya dari sana kan. Meh tengok antara menu yang dihidangkan di sini.

Lamb Mandy - RM23

Chicken Mandy - RM20

Shaffron Rice

Koobide Kebab & Chicken Kebab

Yang ni plak di makan dengan roti pita yang disediakan sekali.

Tabbouleh

Hummus

Kashk O Badenjan

Green Salads

Zarsh

Ada jugak menu-menu lain seperti barley soup, Tbsi Eggplant, Ladies Fingers with Lamb dan pelbagai lagi. Ada juga makanan berala western tapi di jadikan middle east style. Hah cam gerek kan. Ok next time nanti aku cuba.


Tuan punya SAFA Restaurant ni En Jaafar yang berasal dari Timur Tengah dan dah 20 tahun stay kat sini membuka restaurant ni 2 tahun lepas. Chefnya di ambil dari Egypt. Katanya kenalah ada sentuhan asli dari Timur Tengah baru rasa kesedapan tu kan.


Kalau korang tak buffet, jangan bimbang ala-carte pun ada. Baik Iranian dish mahupun seafood kan. Kalau nak buat function ke nak order catering ke pun boleh jugak. Bagi aku harga lebih kurang dengan restaurant middle east yang lain malah lebih kurang sket rasanya.

Rasa cam nak cuba, meh lah ke sini.


Safa Middle East Restaurant 
De Palma Hotel, Jalan Selaman 1/2, 
Palm Square Ampang Point, Jalan Ampang, 
68000 Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia
GPS : N03 09.421'  E101 45.154'

Business Hour : 5pm - 1am

Korang boleh parking dalam area De Palma Hotel tu dan dapat 60% diskaun untuk parking dan some more ada WiFi sekali.

CLP notes : Sekali sekala rasa makanan orang luar apa salahnya, mana tau kene dengan tekak kan. Why not?