Showing posts with label Mid Valley. Show all posts
Showing posts with label Mid Valley. Show all posts

Tuesday, September 17, 2019

Lepak Minum Petang Di Jamaica Blue Coffee Mid Valley

Hi Korang,

Ya ampun boleh terlupa plak nak citer makan-makan di Jamaica Blue Coffee ni ek bulan lepas, aduimak memory akak lily memang dah lost la wei hehehe

Seriously terlupa sesangat lah kan


Sebenarnya dah beberapa kali kak lily lalu lalang di depan café ni tapi disebabkan masa lalu lalng tuh sengsorang so malehlah nak singgah. Kebetulan hari tuh, kak lily ade keja sket dengan diorang-diaorang ni, itu yang paksa diorang lepak kat sini sekali sembang pasal projek yang nak kena buat tuh kan.

Sejarah Jamaica Blue Coffee

Ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Foodco, salah satu daripada syarikat francais runcit yang paling berjaya di Australia, konsep Blue Jamaica diwujudkan atas dasar ‘fine coffees and fabulous food’, menyebarkan pengalaman kafe kontemporari yang unik dengan produk premium yang eksklusif.


Jamaica Blue Coffee menyediakan 2 pilihan jenis biji kopi iaitu Jamaica Blue Signature Blend dan Jamaica Blue Mountain.

Jamaica Blue Signature Blend

- Award-winning coffee
- Medium with a well balanced body
- Creamy with a delicate chocolate after taste
- made from 100% Arabica beans sourced from six of the world’s most renowned coffee regions – South America, India, Pacific Rim, Africa, Central America and Jamaica.

Jamaica Blue Mountain

- One of the world’s best coffees
- Single origin coffee from the Blue Mountain of Jamaica, one of the world’s superior coffee-growing regions
- Mild and perfectly balanced
- Sweet with crisp finish

Seharusnya kak lily sempat merasai beberapa jenis pilihan menu minuman iaitu:

Cappuccino (Signature Blend)

Blue Latte

Blue Mountain Long Black

Apple Matcha

Oatmel Caramel Coffee Frappe

Itu baru minuman, ok yang ni plak kak lily tunjukkan pada korang menu makanan yang kitorang makan ek.

Chicken Omelette (RM13.00)
Telur dadar garing bersama ayam, cendawa, sayur-sayuran, dan sos-sos istimewa

Chicken Stuffed with Avocado and Pistachio (RM23.50)
Dada ayam yang disumbat dengan avaocado dan kacang pistachio dihidangkan bersama sos garlic cream

Pasta Boscaiola (RM22.50)
Pasta yang dihidangkan sekali dengan hirisan daging turkey di dalam garlic cream sauce.

Jamaican Beef Patty (RM11.30)
Pastry enak dan ranggup yang di dalamnya mengandungi hirisan daging, cendawan. Sedap ni untuk lunch.

BBQ Jerk Chicken Wings (RM17.90)
Pedas-pedas manja gituh hehehhhe, sedap rasa perapan sos bbq yang lain daripada yang lain.

Homemade Lemon Curd Slice (RM5.60)
Sangat enak sekali di makan bersama secawan kopi di waktu petang-petang kan. Haruslah kak lily bedal nak rak hehehhe


Bagi kak lily:

Jamaica Blue Coffee ni menawarkan pilihan minuman dan makanan pada harga yang berpatutan dan rasanya yang sangat enak dan lazat. Menu-menunya simple tapi sedap belaka. Portion pun not bad banyak jugak lah, penuh perut kak lily masa makan-makan ari tuh.

Jom kita ke:

Jamaica Blue
Lot FK-05, First Floor,
South Court, Mid Valley Megamall,
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur.

Di buka setiap hari dari 10pagi hingga 10 malam.

Senarai outlet lain :

- Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.
- Setia City Mall, Setia Alam, Selangor.
- Melawati Mall, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur.
- Seremban Gateway, Seremban.
- The Robertson, Kuala Lumpur
- Vibrant Café, TNB HQ Bangsar
- Eco Avenue, Muar, Johor
- CityOne Megamall, Kuching
- Avisena Women’s dan Children’s Specialist Hospital


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website:
https://www.jamaicablue.com.my/

Facebook: 
https://www.facebook.com/jamaicabluemy/







Tuesday, March 21, 2017

Urutan Pada Harga Berpatutan Kata MAB Shoppe

Hi Korang,


Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) telah pun melancarkan MAB Shoppe yang baru diubahsuai dan dinaiktaraf bagi menawarkan rawatan refleksologi kaki dan urutan badan yang santai dan menyegarkan kepada semua pengunjung di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

(LtoR) Mr. Charles Chew & Y. M. Tan Sri Dato Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar

Pelancaran MAB Shoppe baharu ini telah disempurnakan oleh Presiden MAB, YM Tan Sri Dato’ Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, yang mengulas bahawa premis yang diperbaharui ini akan menyediakan peluang yang lebih baik bagi golongan kurang upaya penglihatan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan taraf kehidupan mereka, selaras dengan misi Persatuan.

Dari sebuah kedai kecil yang sempit bertempat di tingkat atas pasar raya ini, pusat penjagaan kesihatan dan kelestarian hidup ini telah berubah menjadi lebih besar dan lebih baik, sesuai dengan peningkatan taraf perkhidmatan yang kini ditawarkan oleh MAB. Pelanggan kini boleh bersantai dan menikmati sesi urutan dengan sepenuhnya di ruangan yang lebih luas dan dalam suasana yang lebih mendamaikan.

Charles Chew, Ahli Majlis MAB dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan MAB yang menyedari betapa pentingnya kepuasan pelanggan turut memberi kepastian bahawa “walaupun tukang urut kami mengalami kecacatan penglihatan, namun mereka akan mengkaji setiap aspek tubuh anda untuk memberikan tahap perkhidmatan yang terbaik.” 

Mr. Charles Chew speaking at the MAB Shoppe opening ceremony

“Walaupun kurang upaya, mereka telah dilatih oleh sebilangan pakar urut yang terkenal di dalam negara, serta pakar-pakar urut dari negara China bagi memberikan kepakaran terapi yang mampu melegakan simpulan serta lenguh di badan dan meredakan ketegangan pada kaki anda,” ujar Chew selanjutnya.

MAB menawarkan 2 jenis urutan. Yang pertama merupakan urutan badan penuh, manakala yang satu lagi merupakan urutan refleksologi kaki dengan kadar harga yang berbeza mengikut tempoh masa urutan.


Lebih separuh daripada pendapatan yang diperolehi akan diberikan kepada tukang urut yang terlatih ini, manakala bakinya dimasukkan ke dalam dana penyelenggaran umum pusat tersebut; ini pasti akan memupuk keyakinan yang lebih tinggi dalam diri pelanggan dengan mengetahui bahawa setiap sen yang mereka belanjakan akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Selain dari perkhidmatan mengurut, MAB Shoppe juga turut menjual barangan kraftangan seperti sabun dan minyak yang dihasilkan sendiri oleh mereka yang cacat penglihatan, dan pengunjung boleh membuat pembelian untuk menyokong aktiviti pembangunan komuniti tersebut. 


Sama ada anda memerlukan urutan untuk melegakan lenguh di badan mahupun meredakan ketegangan di kaki, sila kunjungi MAB Shoppe di NP2K-01, Tingkat P2, Zon C, Mid Valley Megamall. Untuk pertanyaan lanjut atau tempahan sila hubungi 03-2284 6050.


Mengenai Persatuan Orang Buta Malaysia


Ditubuhkan pada tahun 1951, Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) merupakan organisasi sukarelawan bagi orang-orang buta di Malaysia yang membekalkan perkhidmatan bagi membantu orang-orang buta serta menjalankan usaha untuk mencegah kebutaan. MAB menawarkan program-program pendidikan, kursus rehabilitasi, latihan vokasional serta perkhidmatan penempatan. Ia juga mengendalikan perpustakaan Braille, perpustakaan buku “bercakap”, Unit Penerbitan Braille, Pusat Teknologi Informasi, Pusat Sumber serta Unit Produksi dan Jualan.

Thursday, February 9, 2017

LEGO® BINA KOTA GOTHAM DI MID VALLEY MEGAMALL

Hi Korang,

Filem The LEGO® BATMAN Movie yang akan ditayangkan tidak lama lagi menjanjikan sesuatu yang paling ‘mengagumkan’ – iaitu paparan Dark Knight dengan cara LEGO® yang tersendiri. Sempena tayangan perdana filem ini, LEGO Malaysia menghiburkan para peminat BATMAN yang paling disayangi ini dalam Acara Khas The LEGO® BATMAN Movie di Atrium & Lobi Pintu Masuk Timur, Tingkat Bawah, Mid Valley Megamall. Acara untuk pengguna ini berlangsung dari Isnin 6 Februari 2017 hingga Ahad 12 Februari 2017.


Dianjurkan dengan kerjasama 20th Century Fox Malaysia dan Toys “R” Us untuk mempromosi filem terbaru dalam francais LEGO® dan memperkenalkan edisi terhad baru set The LEGO® BATMAN, peminat LEGO® dan wira pembanteras jenayah Gotham ini akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti bertema The LEGO® BATMAN Movie, diorama LEGO® ciptaan peminat, dan peluang untuk menebus pelbagai cenderahati LEGO®! 


“Filem The LEGO® BATMAN Movie adalah mercu jaya baru bagi kami. Seperti The LEGO® Movie, ia pasti sekali lagi mencetus fenomena budaya pop dan kami sememangnya mahu memastikan kami dapat berhubung dengan peminat menerusi cara kami sendiri – dengan menyemai keseronokan membina. Acara ini bukan sekadar susulan filem, tetapi dari segenap segi merupakan unsur penting yang dijanjikan oleh LEGO® dan kami rasa tidak sempurna untuk menayangkan filem tanpa menganjurkan acara ini,” kata Jacob Leighton Rennison, Pengurus Pemasaran Kanan LEGO Malaysia. 

Peminat setia LEGO® dan BATMAN berpeluang untuk menyertai aktiviti menarik yang berikut di Mid Valley Megamall:


Cabaran Persembunyian Joker (Joker’s Hideout) 

Joker’s Hideout ialah cabaran dengan tema yang pasti dibanggakan oleh peminat LEGO® dan BATMAN. Sepasukan 4 orang meneroka bilik-bilik berlainan dalam Persembunyian tersebut dan menggunakan LEGO® untuk membina dan menyelesaikan teka-teki untuk membolehkan mereka menangkap The Joker. Cabaran ini direka cipta untuk kanak-kanak berumur 5-12 tahun. 



Diorama unik LEGO® BATMAN Movie

Satu-satunya diorama LEGO® BATMAN Movie ini dibina khas oleh peminat setia LEGO® di Malaysia dari Kumpulan Pengguna LEGO® Malaysia (LOM). Kumpulan ini menganjurkan pertandingan membina LEGO® untuk menggalakkan peminat menyerlahkan bakat kreatif dalam diri mereka dan membina diorama berdasarkan filem tersebut. Sebanyak 25 hasil ciptaan terbaik dipamerkan di acara tersebut. 


Bergambar dengan LEGO® BATMAN dan LEGO® ROBIN!

Pengguna Instagram yang suka memaparkan gambar mereka di media tersebut pasti teruja dengan kemunculan mengejut maskot LEGO® BATMAN dan LEGO® Robin. Sebuah gerai foto dengan latar belakang The LEGO® BATMAN Movie menawarkan kemudahan cetakan gambar serta-merta untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Di samping itu, peminat setia Dark Knight tidak harus melepaskan peluang untuk melihat 10 Batsuit LEGO® BATMAN yang berlainan dalam 2D. 

Cenderahati eksklusif LEGO® BATMAN Movie menerusi aktiviti Buat dan Bawa Pulang 

Dengan kerjasama Toys “R” Us, peminat yang membeli mana-mana set mainan The LEGO® BATMAN Movie boleh membina Bat Mobile mereka sendiri di ruang mainan khas LEGO® dan membawanya pulang untuk digandingkan dengan set baru mereka. 

Peminat LEGO® dan Batman juga boleh mengunjungi gerai sementara The LEGO® BATMAN Movie yang akan didirikan di Pavilion, Kuala Lumpur, Ipoh Parade, Ipoh dan Queensbay Mall, Pulau Pinang. Selain itu, pembelian setiap dua (2) tiket filem akan membolehkan penonton menebus Bat Blind Coupon istimewa dari kaunter tiket Golden Screen Cinemas, yang melayakkan mereka untuk menebus hadiah istimewa apabila membeli barangan LEGO® BATMAN di 7 gedung sah LEGO®. 


Acara The LEGO® BATMAN Movie akan diadakan dari Isnin, 6 Februari 2017 hingga Ahad, 12 Februari 2017. Untuk maklumat lanjut acara dan gerai sementara yang disediakan, sila ke laman Facebook dan laman web rasmi LEGO® Malaysia, www.facebook.com/legomalaysia.official, dan www.lego.com/en-my/batmanmovie atau laman Facebook Toys “R” Us Malaysia www.facebook.com/toysrusmy. The LEGO® BATMAN Movie akan ditayangkan di layar perak mulai hari Khamis, 9 Februari 2017. 

Ikuti berita dan perkembangan terkini The LEGO® BATMAN MOVIE dengan mengunjungi laman Facebook rasmi Warner Brothers Pictures www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia. Peminat boleh berkongsi pengalaman The LEGO® BATMAN MOVIE mereka dengan menggunakan hashtag #LEGOBatmanMovieMY dan #BuildSomethingBatmanMY.

Tuesday, November 1, 2016

KitKat “Chocolatory” di Mid Valley Shopping Mall

Hi Korang,


Last week aku ke event di Mid Valley, memenuhi jemputan katanya daripada Nestle kan. 

Ermm ramai jugak blogger yang hadir dan yang lama aku tak jumpe so sementara tunggu event mula apalagi bantai borak-borak kosong ek. 


Specialnye event ni sebab ada jemputan VVIP tau ermm tunggu aku citer ek

Jenama coklat nombor satu di Malaysia, KitKat, melancarkan pengalaman membuat coklat mengikut pesanan pelanggan yang pertama di Malaysia. Kedai konsep KitKat “Chocolatory” akan memberi peluang kepada orang ramai untuk terlibat dengan jenama ini dalam mencipta sendiri jejari KitKat yang lazat, mengecurkan dan penuh dengan beraneka jenis campuran ramuan di kedai konsepnya di Mid Valley, Megamall.


Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah dijemput untuk merasmikan kedai konsep KitKat “Chocolatory” bersama Yang Amat Mulia Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Jamalullail, Pengerusi Nestlé (Malaysia) Berhad; En. Alois Hofbauer, Pengarah Urusan Nestlé (Malaysia) Berhad dan En. Sachin Goel, Pengurus Eksekutif Perniagaan di Unit Perniagaan Konfeksioneri Nestlé (Malaysia) Berhad.

KitKat “Chocolatory” memberi peluang kepada penggemar coklat untuk mencipta KitKat mereka sendiri daripada pilihan 16 ramuan premium seperti kepingan cili yang pedas, karamel “chewy”, daun teh hijau senchia kikusui dan lain-lain ramuan lazat untuk menghasilkan sehingga 10,000 jenis rekaan tersendiri. Penggemar coklat boleh memilih daripada beraneka jenis kotak hadiah yang boleh diperincikan dengan nama mereka, dan mereka juga boleh melampirkan mesej peribadi serta reka bentuk yang dicetak pada pek, yang menjadikannya cenderahati yang cukup unggul. 


“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dunia coklat popular menyaksikan revolusi dalam pengubahsuaian produk; dan kami sentiasa berpegang teguh kepada kualiti dan sentiasa cuba untuk melangkaui jangkaan pengguna yang kian berubah, dan ini merupakan penggerak utama kami untuk membawakan rasa yang hebat dan keseronokan kepada pengguna. Pembukaan kedai unik ini yang terletak di pusat beli-belah popular Mid Valley Megamall, merupakan langkah yang signifikan bagi jenama ini dalam menyediakan peluang untuk rakyat Malaysia untuk mencipta dan menikmati jejari KitKat yang serba baru,” jelas En. Alois Hofbauer, Pengarah Urusan Nestlé (Malaysia) Berhad.


Tambah Hofbauer, “Inovasi merupakan teras bagi Nestlé, dan kami sentiasa ingin memberikan produk dan pengalaman baru yang menarik kepada pengguna menerusi ramuan yang paling berkualiti. Kini dengan KitKat “Chocolatory”, pelanggan dapat membawa pulang coklat ciptaan mereka sendiri yang lazat dan luar biasa yang dibuat dari ramuan yang paling berkualiti. Nestlé telah menjadi pelopor dalam bidang inovasi dan kami membawa trend penciptaan sendiri ini selangkah ke hadapan. Matlamat kami ialah untuk membantu mewujudkan pertalian yang lebih bermakna dengan membolehkan pelanggan mencipta sendiri pengalaman KitKat mereka.”


Cara-cara untuk ‘mencipta’ KitKat korang sendiri:


  • Pengguna boleh memilih sehingga tiga ramuan berbeza untuk menjadikan fantasi coklat mereka satu realiti dengan jejari KitKat mereka sendiri, dengan merealisasikan ciptaan mereka di depan mata mereka sendiri.
  • Untuk memperkemaskan proses rekaan bagi pelanggan, beberapa tablet akan diletakkan di serata kedai untuk memudahkan proses pembuatan, pesanan and pembayaran. 
  • Di samping mencipta KitKat mereka yang tersendiri, pengguna juga akan disajikan dengan lima jenis perisa luar biasa dari Edisi Khas KitKat yang unik setiap bulan seperti perisa tempatan iaitu Nasi Lemak dan raja segala buah yang begitu popular iaitu Durian; Café Latte untuk penggemar kopi; Banana Cluster Caramel, dan Orange, Pineapple & Pecan dan banyak lagi. 

En. Sachin Goel, Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestlé Malaysia dari Unit Perniagaan Konfeksioneri berkata, “Untuk mengerakkan jenama coklat yang ikonik seperti KitKat ke abad ke-21, kami perlu memodenkan pengalaman kedua-duanya iaitu coklat dan ‘break’. Kami ingin mempromosikan penyesuaian dan keperibadian melalui ekspresi diri yang menampilkan keunikan setiap pelanggan dengan membolehkan mereka mencipta rekaan mereka sendiri.”

Beliau menambah, “Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk pengguna kami dengan menggunakan ramuan yang paling berkualiti dalam semua produk kami dan kini dengan KitKat “Chocolatory”, pengguna dapat pulang dengan ketrampilan unik ciptaan mereka sendiri.”

Salah satu daripada sorotan di majlis pembukaan adalah kerjasama antara KitKat “Chocolatory” dan chef selebriti dan buah hati Malaysia Anis Nabilah. 


“Saya begitu gembira kerana dapat menjadi sebahagian daripada KitKat “Chocolatory” di Malaysia. Saya begitu teruja untuk menggabungkan perisa untuk salah satu daripada jenama coklat kegemaran saya, iaitu KitKat. Sebagai seorang chef, saya tidak pernah melupakan asal-usul saya sebagai rakyat Malaysia, dan ingin mencapai keseimbangan di antara ramuan tempatan dan antarabangsa untuk ciptaan KitKat saya. KitKat “Chocolatory” menampilkan keunikan setiap pelanggan dengan memberi peluang kepada mereka untuk mencipta coklat mereka sendiri dan saya tidak sabar untuk melihat hasilnya,” kata Anis.


Sempena pembukaan kedai konsep ini, edisi terhad Royal Selection “Tengku Amir’s Jom Rileks Break”, yang menampilkan lapan jejari KitKat mewah dengan sultana, aprikot, oren dan badam dalam coklat susu, akan dijual di KitKat “Chocolatory”. Semua hasil jualan Royal Selection “Tengku Amir’s Jom Rileks Break”, akan diberikan kepada pertubuhan amal pilihan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj iaitu Rumah Amal Cheshire Selangor. 


KitKat “Chocolatory” juga membolehkan pelanggan berada di hadapan dengan memesan jejari KitKat yang disesuaikan untuk mereka secara atas talian untuk penghantaran ke rumah yang dibawakan secara eksklusif oleh 11street (www.11street.my).

Tenkiu Tuanku Amir sebab bagi coklat special ni kat Aakif ek

Untuk maklumat lanjut mengenai KitKat “Chocolatory” Malaysia, layari www.kitkat.com.my

Monday, October 20, 2014

Bergembiralah Dengan Rambut Anda, Jangan Takut DOVE Kan Ada!

Hi Korang,

Tengok rambut aku ni


Kalau sikat nampaklah kemas dan cantik je, cuba tengok kalau tak sikat ermm cam ponti harum kembang pagi kan hahahahahahaha. Yelah orang rambut natural curl cam aku ni, agak leceh nak jaga walaupun orang kata rambut cam aku cantik dan tebal kan..


Nasib baik masa aku ke media launch DOVE Hair Care ni diorang bagitau dan ajar beberapa tips untuk kita dapat bergaya dengan rambut kita tanpa kos yang tinggi.


Kaum wanita gemarkan kepelbagaian dalam menggayakan rambut. Namun, mereka juga menyedari bahawa rutin penggayaan rambut mereka boleh menyebabkan kerosakan pada rambut. Samada mengeringkan rambut dengan alat pengering, mengeriting, melurus, mewarna atau menyerlahkan warna rambut – terdapat pelbagai gaya untuk di cuba. Walaupun gemar menukar gaya rambut dari semasa ke semasa, wanita juga tahu bahawa kekerapan menukar gaya rambut akan memberi kesan kepada rambut mereka dalam jangka panjang dan akan lebih mudah rosak. Kerosakan tersebut berpunca daripada kombinasi rawatan bahan kimia, rutin dandanan dan faktor alam sekitar.


“Kerosakan rambut ternyata sesuatu yang menjadi kebimbangan ramai wanita. Ia menjejaskan keyakinan diri dan membuatkan mereka berasa kurang menarik. Dove percaya wanita seharusnya memperoleh kebebasan untuk berseronok dengan rambut mereka tanpa takut akan rambut rosak, dan bagi pihak ramai wanita yang telah mengalami kerosakan rambut, Dove mahu mereka tahu bahawa mereka tidak sendirian, 'kerosakan rambut' adalah sesuatu yang normal, dan terdapat penyelesaian kepada masalah ini.” kata Heng Hui Ling, Pengurus Jenama Dove Hair, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Tambah beliau lagi, “Setiap wanita mengimpikan untuk kelihatan menarik dan mempunyai rambut yang cantik boleh meningkatkan keyakinan diri mereka. Justeru Dove melancarkan kempen ‘Go Play with your Hair’. Dove mahu wanita kaum mengatasi rasa takut tentang rambut rosak dan sebaliknya, menjadi berani dan bebas untuk bereksperimen dengan gaya rambut berbeza atau meneruskan rutin penggayaan rambut yang mereka gemari dengan mengetahui bahawa Dove dapat membantu untuk memperbaiki kerosakan tersebut”.


Satu kajian digital yang dijalankan di kalangan 2,000 wanita di Malaysia mendedahkan beberapa fakta menarik:

· 71% kajian daripada wanita berkata mereka sering berada di bawah sinaran matahari setiap hari

· 66% daripada wanita selalu mengeringkan rambut mereka menggunakan pengering rambut

· 73% daripada wanita menyikat rambut mereka ketika basah


Kerosakan rambut bukan sahaja berpunca daripada mewarnakan atau mengeriting rambut tetapi rutin setiap hari seperti menyikat, mengeringkan rambut dan juga pendedahan kepada pancaran UV turut mendorong kepada kerosakan tersebut. Rambut basah adalah lebih lembut dan mudah pecah, justeru menyikatnya dalam keadaan basah boleh menyebabkan kerosakan. Malah ketika mengeringkan rambut menggunakan pengering, ia boleh menyingkirkan lembapan dari rambut dan kepanasan dari pengering tersebut akan merosakkan serat rambut. Kebanyakan kita berada di luar untuk bekerja atau bersantai dan pancaran UV yang berbahaya dari cahaya matahari boleh memecahkan partikel serat halus pada rambut dan menyingkirkan minyak semula jadinya. Dove Intensive Repair berfungsi pada tahap selular untuk melindungi dan menguatkan rambut yang rosak. Rangkaian Dove Intense Repair yang mengandungi Keratin Repair Actives bertindak pada tahap selular struktur rambut untuk membantu dan membina semula protein yang rosak, menjadikan rambut kuat dan berdaya tahan. Kesemua produk dalam rangkaian Dove Intense Repair berbau harum, tekstur yang mewah dan dicipta untuk menceriakan deria seperti mana ia bertindak dengan berkesan terhadap kerosakan rambut.

Lepas je abis je launch kempen ‘Go Play with your Hair’ ni, ktorang para media ada aktiviti special tau. Ktorang di bahagikan kepada 3 group bersama 3 task mengenai rambut memasing.


Station 1 – Mencuba produk Dove Hair Care

cuci rambut dulu

ok blow rambut plak, panas ooo

Ada servis ‘wash and blow’ rambut . Hah rasa lega betul, memang aku dah plan tak nak cuci rambut hari sebelumnya hehehe

Station 2 – Belajar Simple Hair Styling

dengar dan tengok cara rambut di gayakan

Ktorang diberi tutorial cara menggayakan rambut untuk any occasion pun. Nak sanggul boleh, ikat pony tail boleh tapi dengan cara yang mudah dan cepat.

Station 3 – Membuat Hair Accessories


Belajar buat hias cekak rambut, hair band letak batu-batu diamond semua kan.

Hah, jap last but not least.


Sempena pelancaran kempen berkenaan, wanita Malaysia ye korang la tuh, boleh menyertai kempen “Go Play with your Hair” dengan melayari www.dovehair.com.my.

Langkahnya termasuk: -

· Ia mengandungi lima (5) cabaran seperti berikut (nama Cabaran dan hashtag masing-masing):

o Play With Sunshine (#DoveChallenge1)

o Play With Colours (#DoveChallenge2)

o Play With Curls (#DoveChallenge3)

o Play With Straight Strands (#DoveChallenge4)

o Play With Styles (#DoveChallenge5)

· Muat naik gambar berdasarkan cabaran mengikut pilihan masing-masing dan peserta boleh menghantar beberapa penyertaan

· Tempoh peraduan: 17 Oktober 2014 – 28 November 2014


Berdasarkan gaya rambut paling kreatif dan bilangan cabaran yang disertai, pemenang hadiah utama berpeluang membawa pulang hadiah percutian ke Boracay, Filipina bernilai RM4,500 selama 4 hari dan 3 malam. Terdapat juga 10 pemenang mingguan yang akan membawa pulang Kit Dandanan Rambut 6 dalam 1 dan rangkaian Dove Intense Repair yang bernilai RM100 setiap satu.

Rangkaian penjagaan rambut DOVE
CUCI
BERIKAN KHASIAT
RAWAT
LINDUNGI
Dove_IR_DTC
SYAMPU
PERAPI
PERAPI RAWATAN HARIAN
RAWATAN ‘MASK’
KRIM TANPA BILAS
GUNA SETIAP HARI
Membersihkan rambut rosak dengan lembut

GUNA SETIAP HARI
Menyuburkan rambut rosak
GUNA SETIAP HARI
Menyuburkan dan membaik pulih rambut rosak
GUNA DENGAN KERAP
Melindungi rambut daripada kerosakan di masa hadapan
GUNA PADA BILA-BILA MASA
Melindungi rambut daripada kerosakan harian
Harga
Syampu 375ml:
RM 14.90
Harga
Perapi 180ml:
RM 9.90
Harga
Perapi Rawatan Harian 180ml:
RM 13.90
Harga
Rawatan ‘Mask’ 200ml:
RM 22.90
Harga
Krim Tanpa Bilas
120ml:
RM 10.90
40ml: RM 4.90

So apa lagi,

Lakukan sesuatu yang luar biasa dengan rambut korang dan berseronoklah - Dove akan menyelesaikan sebarang masalah kerosakan rambut!