Showing posts with label Mesra Pet Shop. Show all posts
Showing posts with label Mesra Pet Shop. Show all posts

Tuesday, January 21, 2014

Bawa Kucing Pergi Vaksin Di Klinik Haiwan

Hi Korang,


Bila dah bela kucing dah kira sama cam bela anak. 

Selain daripada sediakan tempat tinggal, makan yang cukup, kesihatan diorang ni pun kena jaga jugak. Aku memula malas nak bawa pi Veterinar ni, alah setakat kucing je kan. Lepas tu, bila fikir balik bawah jelah. Nasib baik ada klinik haiwan di Bangi ni.


Ktorang ke Mesra Pet Shop di Seksyen 7 ni. Alah sekangkang kera je dengan rumah. Banyak gak tempat aku survey nak hantar pi vaksin, adik ipar aku Si Siti tu bagitau hantar kat Mesra ni coz semuanya diorang boleh buatkan walaupun mahal sket.

Lepas maghrib tu, kendonglah 2 ekor budak ni Dak Uban dan Dak Nin dalam carrier. Nak suruh aku pikul ermm tak perlah berat semacam. Oit gemuk sungguh.


Sesampai je tak de orang pun, so kena isi borang dulu.

Staff kat situ pun explain sket cam ne procedur nak vaksin kucing ni. Kejap pas tu, nama budak 2 ekor ni kena panggil untuk masuk dalam bilik rawatan. 

Doktor kat dalam tu buat pemeriksaan kat diorang berdua ni. Tengok mata, tengok bulu, check ada kurap ke tak, timbang berat semualah.




Memula sekali Dak Uban yang kena dulu coz dia yang excited sangat, heboh nak kuar kan. Semua ok kecuali Dak Uban ni ada fungus yang baru nak jadi sekitar telinga dia. Lepas eject vaksin, terus doktor bagi ubat fungus plak. Lepas tu letak ubat kutu jenama ‘frontline’ ni.




Bila time Dak Nin kena checkup, rileks je. Tak de pun nak meronta-ronta. So far so good kesihatan, tak de kurap tapi kutu masyallah banyak giler. Sebab bulu dia ni tebal sket, so payah aku nak check. Apalagi terus letak ubat kutu gak. 

Settle dalam masa tak sampai 1 jam pun.

Harga vaksin untuk seekor kucing = RM35.00

Harga ubat kutu ‘FRONTLINE’ dalam tiub = RM24.00

Kena dalam RM118.00 untuk 2 ekor kucing.



Ala tak perlah, dengan kucing pun nak berkira. Selama dia diorang tolong bersihkan sawang bawah almari, kemaskan habuk-habuk kat kabinet tv, jumpakan balik misteri udang aku yang hilang. Ni kira sebagai upah diorang berdua la tuh.

Ok cukup bulan bawak lagi pi vet ek ..

Alah time tuh raya cina, ermm kena bawak awal sket la nampaknya.