Showing posts with label Media Prima. Show all posts
Showing posts with label Media Prima. Show all posts

Monday, June 12, 2017

Pelancaran Program Ramadan Raya Oleh Kumpulan Suria KLCC

Hi Korang,

Nak citer pasal event last week yang sempat aku attend.


Kumpulan pusat membeli-belah Suria KLCC terdiri daripada Alamanda, Mesra Mall dan Suria KLCC telah melancarkan program Ramadhan Raya yang betujuan untuk meyebarkan informasi mengenai hiasan pusat membeli-belah, promosi dan usaha pengumpulan dana. Dengan batik Terengganu sebagai tema utama untuk hiasan dan promosi, Pusat membeli-belah yang indah dengan unsur-unsur batik Terengganu di hiasi menarik di tengah-tengah kawasan pusat membeli belah serta pintu masuk utama terletak di Ramlee, Ampang dan Park Mall. 


Turut hadir di majlis pelancaran ini adalah Datuk Hashim Wahir Chairman of Suria KLCC Sdn Bhd, Datuk Kamal Khalid Chief Executive Officer of Media Prima Television Networks, Andrew Brien Executive Director dan Chief Executive Officer of Suria KLCC Sdn Bhd, Annuar Marzuki Board Member of Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan Chief Operating Officer of Suria KLCC Sdn Bhd, Ben Chong General Manager of Suria KLCC mall and Baldev Singh General Manager of Alamanda mall. 


Pengerusi Suria KLCC Sdn Bhd Datuk Haji Hashim Wahir berkata, "Batik is our choice for this Raya celebration because it is one of the most unique traditional handcrafts produced in Malaysia. Suria KLCC receives approximately 8.8 million foreign tourists every year as it is the country's landmark shopping destination. Therefore, decoration is one of the methods that we use to expose and educate them about our culture and tradition. He further enthused, "Batik Terengganu was chosen as it is where batik historically started in Malaysia. The designs depict local plants and flowers which are commonly found throughout the country such as orchid, rose, fern, cloves and geometric designs such as bamboo shoots." 

Selain daripada hiasan dan promosi semasa musim perayaan, buat pertama kalinya tiga pusat membeli-belah mewujudkan perkongsian pintar dengan rangkaian televisyen Media Prima melalui Kempen bertajuk Kempen Terima Kasih dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dikenali sebagai Skuad Terima Kasih untuk mengumpul dana bagi Tabung Bersamamu dalam usaha mereka kukuh untuk membantu individu-individu yang kurang bernasib baik. Tabung Derma akan ditempatkan di lokasi-lokasi strategik dalam pusat membeli-belah bagi orang ramai untuk menyalurkan sumbangan mereka. Selain sumbangan daripada orang ramai, Pusat membeli-belah yang juga turut berikrar untuk dipadankan dengan RM1 for setiap RM1 di terima sehingga RM10 000.00 


Menurut Chief Operating Officer of Media Prima Television Networks, Datuk Kamal Khalid, "Media Prima Television Networks are committed to ensuring campaigns initiated by us will be beneficial to the society. This year, we have introduced a new initiative known as Kempen Terima Kasih to strengthen our Ramadan Raya campaign effort. The main purpose of this campaign is to render assistance to the underprivileged people who are celebrating Hari Raya. In our effort to realise this mission, we are collaborating with Suria KLCC Group of Malls by allocating Tabung Bersamamu at Alamanda, Mesra Mall and Suria KLCC for the convenience of their shoppers to do their bit for charity while they shop for their Hari Raya preparation."

Untuk menambahkan lagi keriangan sambutan hari raya ini, pihak Suria KLCC menawarkan hadiah dulang penghidang dan sampul duit raya kepada para pelanggan yang memberli belah di ketiga-tiga pusat membeli belah ini pada minimum harga RM800 di Suria KLCC, RM1,500 di Alamanda dan RM350 di Mesra Mall.


Untuk info lanjut dan promosi Ramadan Raya di Alamanda, Mesra Mall and Suria KLCC, termasuk juga Terima Kasih community programme, please visit www.suriaklcc.com.my


Dari

Cik Lily Putih


Wednesday, August 15, 2012

Jom Sertai Pencarian Hos Pantene Malaysia Kini Kembali Lagi!

Hi Korang,

Korang rasa korang berbakat tak nak jadi pengacara? Aku takdelah. Setakat cakap kosong tu boleh lah kan. Hakhakhak

So sesiapa yang berbakat dan beraspirasi untuk menjadi seorang pengacara!

Korang yang anak-anak dara mesti suka kan contest cam nie, 

Procter & Gamble Malaysia (P&G) sekali lagi bersama-sama Media Prima menganjurkan pencarian bakat hos yang paling memberangsangkan- Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2 (juga dikenali sebagai Pantene ASK Host Search Season 2). Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat yang tersembunyi di seluruh Malaysia untuk memenangi peluang keemasan menjadi hos bersama Anugerah Skrin Kebangsaan 2012 Red Carpet pada bulan November.


Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2 dilancarkan secara rasmi pada hari ini oleh Cik Ellie Xie, Ketua Pegawai Eksekutif P&G Malaysia dan Singapura serta Cik Shareen Ooi, Ketua Pegawai Pemasaran, Television Networks & altMedia, Media Prima Bhd.


Berhubungan objektif P&G untuk menganjurkan pencarian hos ini, Cik Xie berkata, "Orang yang berbakat memang banyak di Malaysia dan kami ingin merealisasikan impian hos TV yang berwawasan. Kami mencari keyakinan dan dengan inilah, jenama seperti Pantene, Olay, Oral-B, Gillette dan Head & Shoulders bersama-sama membantu mereka mengorak langkah ke hadapan. Kerjasama bersama acara berprestij seperti Anugerah Skrin Kebangsaan pasti akan menjadi batu loncatan untuk sesiapa yang serius dalam industri ini."

Tambah Cik Xie, "Pada tahun ini, kami menjadikan pencarian ini makin menyeronokkan dan mencabar. Bukan sahaja untuk wanita, tahun ini kami mengalu-alukan penyertaan dari wanita dan juga lelaki."


Pemenang Pencarian Hos Pantene Pantene ASK 2011 - Cik Nik Husna Nik Ali menjadi pengacara majlis pelancaran pada hari ini. Nik Husna juga berkongsi pengalamannya dalam pertandingan tahun lepas dan juga tip-tip persediaan untuk menghadapi tugasan bersiri setelah tersenarai. Cik Nik Husna sekarang menjadi hos untuk beberapa program televisyen dan juga pengacara untuk pelbagai acara pada masa lapang.

Bermula pada 24 Ogos, Siri Jelajah Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2 akan diadakan di lokasi dan pada tarikh seperti berikut selama enam hujung minggu berturut-turut.

Tarikh Lokasi Uji Bakat

24-26 Ogos - Pasar Raya Besar Borong MYDIN, Kuala Terengganu

1-2 September -  Giant, Kota Damansara

8 - 9 September -  Pasar Raya Besar Borong MYDIN, lpoh

15-16 September - Giant, Tampoi, Johor

22- 23 September - Pasar Raya Besar Borong MYDIN, Subang Jaya, USJ

29 - 30 September - Giant, Shah Alam

Untuk menyertai pertandingan ini, anda cuma perlu membeli sekurang-kurangnya RM10 barangan produk rasmi pertandingan iaitu Pantene, Olay, Oral-S, Gillette dan Head & Shoulders di mana-mana kedai atau pasar raya di Malaysia.

Selain daripada peluang untuk menjadi hos-bersama Anugerah Skrin 2012 Red Carpet, juara juga akan memenangi makeover, dua pas Parti Post-ASK (ASK After Party), piala, hadiah hamper barangan P&G dan sepasang jam tangan Titoni yang setiap satu bernilai RM 2,631 .


Selain daripada pencarian hos, Pantene juga memberi peluang kepada para penguna untuk memenangi pas percuma untuk menghadiri majlis berprestij tersebut. Peserta adalah dialu-alukan untuk menghantar SMS ke 39993 dan menyatakan sebab anda ingin menghadiri Anugerah Skrin Kebangsaan 2012 dengan Pantene. Bukti pembelian sekurang-kurangnya RM 10 daripada pilihan produk rasmi adalah diperlukan.

Lapan pemenang cabutan bertuah akan memenangi dua tiket VIP ke Anugerah Skrin Kebangsaan 2012, sebuah jam tangan Titoni dan juga peluang untuk mengenal selebriti kegemaran mereka pada jarak dekat pada malam yang berprestij ituTerdapat juga 50 hadiah sagu hati hamper P&G dan dua tiket penyokong ke Anugerah Skrin Kebangsaan 2012 menunggu anda!


Rebutlah peluang untuk menyertai acara penuh kegemilangan ini dan muncullah sebagai bakat baru hos Malaysia bersama Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2. Untuk maklumat lanjut tentang terma dan syarat penyertaan, serta lokasi siri jelajah dan aktiviti, sila layari Iaman web www.tv3.com.my/ask2012.