Showing posts with label Mc Donald. Show all posts
Showing posts with label Mc Donald. Show all posts

Monday, April 11, 2016

Pasal Makan Sedap Di Hujung Minggu

Hi Korang,

Kalau nak citer makan sedap memang tak akan pernah abis ni di blog aku ni. 

Dah kalau asyik makan sedap je bilalah nak kurus ek hhehehehhee

Alah mak aku kata makan je selagi boleh makan tapi kena pandai kawal pemakanan tu je. Ewah dah nama nutritionist plak kan omak den ni. 

So ini dia cerita minggu lepas..

Aku balik Melaka coz cousin aku nak kawin, so kawin jelah. Apa nak tunggu lagi semua dah cukup, rumah ada, kete ada, keje ada kan. Kawin dengan orang Jempol ermm jempol-jempol orang kat sini ek hahahha

Lepas subuh aku dah bergerak dah, Mr Big tak ikut sebab dia ada event lain nak attend plak. Lately ni ktorang cam artis ada je function je attend ek, dah macam YB pun ada gak hahahah berangan lagi. 


So sampai Jempol dari umah mak aku dalam kul 9.30 pagi cam tuh, so terus berkumpul kat masjid. Wah masa aku sampai tu pengantin tengah kene interview dengan tok kadi kat bilik lain, aku plak yang nebes ek hahaha

Kemudian majlis pun bermula



2 kali lafaz je dah jadi laki orang budak Azwan ni, dulu masa kecik-kecik asyik nangis je kan. Now dah kawin pun. Sekejap je masa berlalu

Abis nikah, terus pi umah pengantin pompuan untuk makan.

daging salai, ayam masak merah, ikan masin, sambal belacan dengan timun


Ko tengok lauknye sedap wei, lauk kampung. Terus bertambah-tambah makan di buatnya ke sebab time tu lapo tak henggat. Air pulak Lai Chee Kang, lagilah marbeles panas-panas pekena air  ni kan. Sudahnya aku bedal 4 mangkuk air ni. Sedap wei

Panas sangat wei time ni

Lepak kat homestay yang diorang sediakan untuk tunggu time bersanding nanti. Haruslah tidur kejap sebab dah kenyang kan.

Time bersanding ni, ermm makan lagi.


Kalau ni makan berhidang plak, nak tunggu apa lagi. Makan jelah orang dah sediakan. Lagi sekali bertambah-tambah makan sebab sedap.

Ermm sampai umah mak aku, lepak-lepak sambil borak-borak hal family plak kan. Sambil kemas-kemas kononnya, tapi aku tidur kat hall. 

Lepas maghrib keluar plak ke Melaka.

apa jadahnye aku beli reben plak kan hauhauhaua

Alah amik angin kat Cowboy tuh, pi beli barang-barang dapur plak untuk umah mak aku ni. Best jugak cowboy ni ek, semua ada cuma barang makanan basah tak de lah. Boleh beli in bulk sangat-sangat murah ooo.

On the way, singgah Mc Donalds plak.


Biasalah ayah aku teringin nau nak makan burger #yanggempak, #yanghangat, #yangklasik tu kan. Ishk pengaruh tv sungguh orangtua ni ek. Tahniah McD ek, untung korang sale malam tuh. Aku je beli sampai seratus lebih kan.. Sampai umah terus open table makan reramai. 

Itulah kisahnya makan sedap aku last week ek..

Minggu ni ntah apa plak kan so stay tuneee.....






Tuesday, September 25, 2012

Makan SAMURAI BEEF BURGER Sebab Nak Ikut Trend


Hi Korang,

Apa menda plak mengarut ni, makan SAMURAI BEEF Burger ikut trend plak kan? Abis dah semua orang kecoh kat facebook, blog, twitter, instagram pasal burger limited edition dari Mc Donalds ni, tak ikut trend namanya.


Kang kalau tak rasa lagi, kena perli kedekut plak khakhakahka

So last Friday hari tuh, aku purposely tak nak masak. Tapi mintak permission dulu dengan tokeh bank kang tak pasal2 dia mengamuk plak coz angkat tudung saji tak de makanan kan. Kang bermuay thai plak aku dengan dia. Tak gitu?

Ktorg kuar dalam kul 10pm camtu coz mesti dah tak ramai orang yelah Mc Value Meal time dah abis. Sesampai je kat Mc Donald Bangi ni mak datuk beratur bukan main panjang lagi. Dahlah panjang berbaris-baris plak tu. Turn aku beratur almost sampai ke pintu dah. Gila lah orang Bangi ni.


Mr Big cakap, pi kat outlet satu lagi kat area WARTA tu lah. Nasib baik situ tak ramai orang. Aku no. 2 beratur dari kaunter. Order lah burger yang ikut trend tu. Single patty untuk aku dan double patty untuk dia hey !. Tengok saiz perutlah ye.

Double patty- Samurai Beef Burger

Single patty- Samurai Beef Burger

Ok amik-amik gambo dulu SAMURAI BEEF BURGER ni. Post kat FB, Twitter, Instagram biar semua orang tau yang aku ni ikut trend. So tak leh nak perlekehkan aku lagi khakahkahakhakhakahka (gelak kuat tak henggat)



Dekat 10 minit pose dengan burger ni, baru leh makan. Nasib baik laki mak tu sabo dan paham dengan perangai bini blogger dia ni. Hah ko gigitan yang pertama, aduiyai sos teriyakinya langsung tak pedas, sesuai dengan tekak, sangat sedap dan banyak melimpah ruah. Di gandingkan lagi dengan air fruzz ke frezz yang best tu, mana taknya ribena + 7 up sedaplah kan dan jugak French fries perisa curry katsu tu amboi tak terkata sungguh lah.

Ktorg duduk kat Mc Donald tu sejam lebih gaklah, seronok memerhatikan orang yang makan burger ikut trend ni. Majoriti semua mencuba burger baru ni.


Eh, korang pun kena cuba gak tau barulah ikut trend dan up to date. Tak delah mahal mana pun. Ktorg makan berdua hari tuh cuma RM33.50 (large size, 1 single, 1 double patty).


Salah satu yang terbaik dari Mc Donalds.

Cuma nak komen sket, bila dah malam tu bila lah staff ramai sket. Cian aku tengok Mc D branch Bangi kat sebelah PKNS tuh. Staff kat kaunter 2 orang je, mana tak lambat kan.

p/s : Agak-agak model tak bertauliah aku tu, Mc D nak amik berlakon iklan tak?ehheehe 


Tuesday, September 13, 2011

Dinner Dalam Kotak

Hi Korang,

Di sebabkan tak tau nak makan apa semalam, so ktorg pun try lah Mc Donald Dinner Set yang sibuk nau kuar iklan tu kan.

Mc D Delivery Man yang baru

Nampak cam besaukan, meh tengok apa dalamnya.

Family Dinner Box Set A (2-3 pax)

Itulah yang ada dalamnya. 2 chicken burger, 1 spicy chichen burger, 6 pcs nugget, 2 fries, 3 drinks dan 2 sundae (ops dah abis bedal time nie). Kira banyak jugak lah tuh kan. Kenyang tak terhingga.


Actually ni Dinner Box ni ada 2 set iaitu Set A untuk 2-3 orang dan Set B untuk 4-5 orang. Harga dari 29.90 hingga ke RM37.90.

Kira worth it tu kan.

Kenyang tak terhingga..


Wednesday, May 18, 2011

Promotion Beli 1 McChicken Dapat 1 Lagi Free Untuk Hari Ini Sahaja

Hi Korang,

Apa kata korang pi makan Mc Donald hari ini kerana McDonalds sedang mengadakan promotion Mid Month.

iaitu beli 1 Mc Chicken dan dapat 1 lagi Mc Chicken burger secara percuma.


Hah download je gambo kat atas ni dan print. ala print black and white pun tak per. Kemudia cepat-cepat lagi ke Mc Donald yang dekat dengan korang kan. 

Tak mahal pun dalam RM 6++ je. Dapat 2 burger lagi kan.

Aku? dah beli tadi..

Baik Cepat..

Friday, March 25, 2011

Jom Dapatkan Free Big Breakfast Di Mc Donald

Hi Korang,

Dalam minggu ni dah 2 kali aku dapat bedal big breakfast free kat Mc Donald ni. Seronok wei, yelah dengan belanja RM5 je aku boleh dapat 2 set of big breakfast kan.


Nak tau cam ne, korang pegi kat fanpage Mc Donald Malaysia then korang download je coupon tuh. Hah cam nie coupon nya




Btw, kalau korang download coupon dari Facebook nie, please make sure kat coupon tu nampak lambang facebook ok.

Cuma aku nak ingatkan korang free coupon ni until 31st March 2011. Better cepat tau.

So enjoy the moment

Wednesday, August 25, 2010

Selera Kita Berbeza Tapi...

Hi Korang,

Lama betul tak menulis entry tengahari2 cam nie kan. Maklumlah boss pegi project lain so dapatlah mengembangkan bakat kan sekejap.

Tajuk je sudah gak kan. Selera Kita? Of courselah pasal makan. Yelah bulan2 puasa nie kan. Ramai betul orang update pasal menu buka puasa. So aku pun tak nak ketinggalan lah. Sepatutnya aku balik lambat semalam sebab ada Ghost Festival kat opis aku tapi tup tup nak balik plak coz penat. So aku suruhlah mrBig beli yang senang dan kenyang bagi dia. Aku apa2 pun boleh kan.

So menu buka puasa aku semalam ialah

Ini baru makan kan.

Tengok appetizer yang dah licin

Sedap kat GCB Double!

Spicy Chicken Mc Deluxe pun layan gak kan!

Tengok semuanya dia beli 2. Equal kan?. Nie memang favourite dia nie, lagipun boleh drive thru so tak yah nak parking2 dia kata. Apa macam? Semua sekali RM60++ untuk 2 orang. Ewah cam buffet ramdhan plak kan tapi nie buffet McFood.