Showing posts with label Maxis Om Nom Nom Race. Show all posts
Showing posts with label Maxis Om Nom Nom Race. Show all posts

Sunday, January 16, 2011

Semalam Bersama The Meletops Punya @ Maxis OmNomNom Race

Hi Korang,


Banyak betul aku post entry pasal event nie kan, jangan sampai korang bosan dah lah kan hehhehe.


Aku nak citer sket pengalaman aku bersama bebudak The Meletops Punya iaitu Daydeck, Shahroll dan HamzahIan.


Seorang co-pilot yang bijak. Berjaya menggunakan IPhone denga bijak sekali walaupun telefon dia cuma brand biasa2 je. Dia dapat adapt hp ni dengan cepat. Eventho IPhone yang diorg bagi tu asyik2 bateri dan sampai satu ketika langsung tak boleh on, dia still boleh guide aku untuk ke check point yang seterusnya.  Seorang pemegang passport yang baik, tak pernah hilang dari matanya. Pengemas clue yang teratur, abis satu task terus je dia asingkan ke tempat yang lain. So tak serabut lah jadinya. Walaupun clues macam jahanam but still dia dengan HamzahIan dan Shahroll manage to settle all the task. Dan jugak tukang beli air dan rokok masa jem kat Bangsar.


Seorang yang amat serius dalam berblogging. Even dalam kereta pun dia boleh menulis entry dengan baik. Ada satu ketika tu, dia terpaksa menaip sampai dalam jacketnya sendiri akibat cahaya matahari yang sangat cerah samapi screen dia x nampak. Itu yang aku kagum tuh, Orang melayu sejati, even makan kat restaurant beso pun dia boleh makan pakai tangan. Dalam keadaan pressure pun, dia still ada je idea untuk menulis.


Photographer dan jugak videoman untuk team ktorg nie. Assistant kepada HamzahIan dalam menulis entry. Sampai nak makan pun tak sempat. Suka buat lawak2 bengong + bodoh, suka borak2 utk release tension ktorg dalam kereta sampai kuar citer2 sinetron tau tak ketinggalan gossip2 hangat pun ada.

Clues yang cam payah gila nak cari sebab diorg bagi coordinat je. Nasib baik ada Blackberry HamzahIan


Eventho ktorg tak menang pi Hong Kong walhal dalam hati nak menang HTC je but still ktorg menang jugak goodies bag dari Maxis dan Nuffnang. Ktorg jugak menang makan dalam race. Tak pernah aku ada perasaan sampai nak muntah tengok makanan kan.

So guys, thanks to become a member of The Meletops Punya Team, korang memang super duper power lah. Sangat coorperative dalam segala hal.


Maxis Om Nom Nom - Station #5 Dancing Fish Restaurant @Bangsar Shopping Centre

Hi Korang,

Recap from Maxis Om Nom Nom Race semalam. Entry nie di copy paste dari blog Shahrol dan HamzahIan.

 
As salam to all, ( shahroll write up)


 
Sampai sudah kitorang ke restoren yang terakhir iaitu Dancing Fish di Bangsar Shopping Complex di Bangsar. Shahroll, Daydeck86, Cik lily Putih dan juga Hamzah Ian merasa masakan yang terbaik di restoren ini. Kudos!
 

Kami dijamu dengan Kerepok Malinjo dan juga sambal belacan. Pastu desert Gelato iaitu sejenis aiskrim yang berperasa durian dan juga laici.


Ikan Nila dan juga Tauhu telor didatangi dengan Nasi Kunyit dan juga Nasi Putih. Air yang diberi sangat cool sampai masuk ke dalam tekak nie hilang rasa haus sebab sesat jalan!!!huhuh~

Jom layan gambar2 dari Dancing Fish nie:-
 
Bedal jangan tak bedal, Cik LilyPutih kepenatan naik turun lift asyik tertinggal barang jelah.

Oi tinggalkan daydeck dgn ciklily sket oi
 
 
Overall Rating:


Taste : 8/10
Ambiance : 9/10
Service : 8/10
Value for money : 9/10

Ooooo sedap ooo ... ENJOY SEHHH MAKAN SINI!!!!
Sampai orang makan pakai tanganlah kan, sebabb ada sambal belacan..

Dah, dah balik balik, kang disqualified plak kan...

Maxis Om Nom Nom - Station #3 Sate Hj Samuri @ Damansara Uptown

Hi Korang,

Recap from Maxis Om Nom Nom Race semalam. Entry nie di copy paste dari blog Shahrol dan HamzahIan.

As salam to all, ( shahroll write up)


Kitorang dah sampai ke station ke 3 iaitu restoren haji samuri. Team kitorang berada di rank 10 untuk masa nie. Aiyarrkkkk!! Chaiiyoo2 lagi untuk 2 station lagi. Ok, meh aku bagi review apa yang makan kat restoren haji samuri.


Satay yang dibekalkan adalah Satay Rusa, Kambing, Daging dan Ayam. Dorang makan 2 set!! Bapak lapau! Aku je yang kena buat write up! Hampeh tol! Huhuhu


Sedap gila aku cakap kau satay nie. Pegawai Operasi untuk cawangan Petaling Jaya nie, korang leh contact Mr. Amran Suman ataupun korang tepon 03-89265624 dan alamat untuk satay kajang nie:-

Lot 3764-E Jalan Saujana
Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor.


Overall Rating : 4/5

Taste : 5/5
Ambiance :4/5
Service :4/5
Value for Money : 4/5


Aduh, penat makan oi

Maxis Om Nom Nom - Station #2 Restoren Tarbush @ Sunway Piramid

Hi Korang,

Entry nie di copy paste dari blog Shahrol dan HamzahIan.

Lokasi kedua Om Nom Nom Race, iaitu Restoren Tarbush di Sunway Piramid... mula-mula pening juga nak mencari Tarbush ni siap kena tipu dengan Eyriqazz lagi.. grrr..

jadi ni dia tempat Tarbush Express.. Seyely tempat ni cantik gila-gila.. perghh...



tempat dia tersorok sedikit tapi bila dah sampai hambik lu.. seyesly macam orang kaya dah bila duk dalam.. grrr...

Tarbush.. Mesti makanan ala-ala arab kat dalam ni.. Dan kami dapat makanan ni!!!!! Cuma shisha je yang tak de


Grill Chicken (RM24)
Ayamnya garing, isi tak kering pun. Ratah cam tu je tak pun makan dengan roti yang kat bawah ayam tu. Sos nie aku rasa homemade nie, lain daripada yang lain



Felafel with Lebanon Bread (RM terlupa plak nk tgk menu)
Rasa cam nugget ayam goreng, tapi kacang kuda + kacang hijau sebenarnya. Sedap. Makan gitu lah tak yang dengan roti pun


Mix Pickles
Ala macam acar orang2 kita rasa. Makan gitu je or makan dengan ayam tadi.

gua yang tak reti guna pisau dan garfu.. mak ajar makan guna tangan je.. kan orang arab makan guna tangan juga.. har har



Kalau nak pegi, sini alamatnya :

Tarbush Express
LG2.37, Sunway Piamid,
46150 Petaling Jaya.

Tel no. : 03 – 5635 3830


Overall Rating :

Taste : 4.5 / 5
Ambiance : 3/5
Service : 4/5
Value for Money : 3/5


Ok, tugas dah selesai, off to next station.

Saturday, January 15, 2011

Keletihan Kerana Maxis Om Nom Nom Race

Hi Korang,

Dah sampai umah, mandi pun dah. Seharian kaki dibungkus dengan stokin. Seingat aku masa sekolah je dulu kan. Nie gara-gara Maxis Om Nom Nom Race lah nie.

Sepatutnya hari nie aku akan update blog bertalu2 pasal Food race nie but disebabkan masalah teknikal yang bukan salah ktorg so aku akan update entry by copy paste teamate aku yang lelain.


Start dari sekarang lah aku akan cuba copy paste entry diorg nie sebelom bebudak nie delete especially HamzahIan. Dia sedih tengok blog dia yang carca marba tu lah.


So, The Meletops Punya Team (Robb yang bagi nama okeh bukan ktorg sesuka nak pilih) yang tak sangka terpilih jugak untuk join event nie HamzahIan, Daydeck dan Shahroll korang memang rock nok!!!