Showing posts with label Marché Mövenpick at Pavilion KL. Show all posts
Showing posts with label Marché Mövenpick at Pavilion KL. Show all posts

Tuesday, November 14, 2017

Marché Mövenpick Di Pavilion KL, Boleh Pilih-Pilih Nak Makan Apa

Hi Korang,

Ingat lagi tak pada restoran Marche Movenpick kat The Curve dulu? Alah kedai makan yang ada replika seekor lembu kat depan kedai tuh. 


Kak lily pernah makan kat siti sekali je, lepas tu bila nak pi makan lagi eh dah tutup plak. Ermm maybe sambutan kurang menggalakkan kot kan.





Hari tuh bila ada orang ajak pi makan kat Marche di Pavilion KL ni terus jadi pelik, eh Marche dah tukar lokasi ek.Wah Pavilion KL gituh curlass sesangat. So petang jumaat tuh lepas kerja terus gerak ke sana, dengan Mr Big sekali akak lily heret. Eh partner in crime mesti kena bawak sekali.


Cara nak order still sama kalau dulu kita gunakan menu card tulis tangan untuk order sekarang ni guna kad je masa order tuh, semua computerized. Once masuk je kami di berikan sorang satu tau. 



Konsep makan kat sini ala buffet, semua sekali menu macam appetizer, main course, dessert termasuk sekali drinks tau. Korang pi je ke setiap stesyen dan order apa korang nak makan then they will swipe the order into the card. 

Disebabkan diaorang ada promosi dinner set so haruslah kak lily cuba kan, Mr Big dia selera besar so dia pi order menu ala-carte yang lelain. 

Freshly Set Dinner (RM59.90)

Soup of the day or Ceasar Salad with chicken topping

Vegetarian Pasta or Chicken Tomato Pasta

Or

Savoury Crepe roasted chicken or smoked salmon

Or 

Swiss Rosti with Chicken cheese sausage

Rotissserie of the day with choice of potatoes

Cake or Dessert

Homemade Drinks and Coffee

Kak lily kalau bab makan memang tak berkira, mahal pun mahallah janji sedap di tekak dan di perut ek. 

So menjelajahlah dari satu stesyen ke stesyen yang lelain







Kalau ikutkan hati rasa nak order semua dan makan semua tapi bila fikir balik pasal nanti jantung tersumbat, kencing malas so kita makan yang berpatutan tapi seimbang ek. Korang tengokla ni

Kami duduk makan situ kemain lama lagi, maklumlah jumaat kan. Esoknya cuti so rileks jelah.

Korang kalau nak cuba cara makan buffet spread unik ni boleh ke:


Marché Mövenpick Pavilion
Lot 1.29.01 & 1.29.02
Pavilion Kuala Lumpur
168, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur

Untuk tempahan korang boleh guna cara seperti:

Telefon : +603 2110 1863





Ikuti social media Marche Movenpick dan LIKE sekali tau

Website : 

Facebook : 

Instagram : 











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com