Showing posts with label Marathon. Show all posts
Showing posts with label Marathon. Show all posts

Thursday, August 25, 2016

"Be My Reason Shower Run" 2016 | Jom Berlari Sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara Bersama SHOKUBUTSU

Hi Korang,


Untuk kaki-kaki marathon yang sukakan berlari di hujung minggu.

Ni aku nak sharekan sket info mengenai larian yang bermanfaat dan bermakna ni ek.

Shokubutsu dan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) pada tahun lalu telah membuat siri jelajah untuk melakukan demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara dan ia ternyata memberi hasil yang membimbangkan. Begitu ramai di antara mereka yang tidak pasti bagaimana mahu melakukan pemeriksaan sendiri payudara di rumah yang selesa. Yang lebih mengejutkan apabila pemeriksaan rambang dilakukan di siri jelajah tersebut, enam wanita didapati mempunyai ketulan kecil yang mencurigakan pada payudara merka dan ini menunjukkan tanda-tanda kanser payudara.


Oleh itu, situasi yang kurang menyenangkan ini telah mendorong Shokubutsu iaitu jenama terkemuka sabun mandian di Malaysia, untuk meneruskan Kempen Pink Ribbon yang menggalakkan wanita melakukan perubahan terhadap diri mereka serta orang yang mereka sayangi dengan memeriksa sendiri payudara semasa mandi secara kerap. Kempen pada tahun ini akan menjadi lebih besar dan berani telah disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) untuk menyebarkan mesej mengenai pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi. Dengan ini Shokubutsu akan menganjurkan Be My Reason Shower Run iaitu larian bertemakan mandi yang pertama di Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, Be My Reason Shower Run merupakan larian sempena bulan kesedaran kanser payudara dan mempromosikan kesedaran dan menyebarkan mesej tentang sokongan dan kerjasama orang sekeliling. Oleh itu, para peserta Be My Reason Shower Run digalakkan untuk berlari bersama pasangan masing-masing sebagai simbol mengapa mereka perlu melakukan pemeriksaan sendiri payudara.



Apa yang menariknya Be My Reason Shower Run pada tahun ini adalah para peserta larian akan lari bersama pelakon terkemuka Malaysia, Beto Kusyairy. Beto akan turut menyertai larian ini bersama isterinya, Tisha Shahar sebagai tanda sokongannya kepada Tisha yang mempunyai pengalaman apabila ketulan dikesan pada payudara beliau tidak lama dahulu. Mereka akan bersama-sama membantu meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang kanser payudara dan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi. 

Pasangan ini merupakan pasangan terbaik dan layak dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia bagaimana wanita boleh diberi galakan oleh pasangan, keluarga dan rakan-rakan untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara. Apabila Tisha mengesan ketulan pada payudaranya, beliau telah bersiap sedia untuk mengalami peralihan hidup termasuklah terapi dan kemungkinan juga pembedahan. Katanya, suaminya Beto Kusyairi merupakan sumber kekuatan yang sering memberi sokongan disaat dia menghadapi tempoh yang mencemaskan itu. Meskipun ketulan itu tidak berbahaya tetapi ia merupakan pengalaman yang mendorong mereka untuk meyakinkan orang ramai tentang kepentingan melakukan sendiri payudara.


"Shokubutsu secara aktif telah mempromosikan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi kerana ia penting untuk pengesanan awal. Pemeriksaan sendiri payudara adalah mudah dan ringkas untuk dilakukan dan tidak memerlukan masa yang panjang. Oleh itu, kami menggalakkan para wanita untuk melakukannya semasa mandi kerana ia merupakan aktiviti harian dan waktu yang senang untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara, " kata Jackie Low, Pengurus Pemasaran, Jabatan Produk Penjagaan Peribadi, Southern Lion Sdn. Bhd, syarikat bagi jenama Shokubutsu.


Larian Sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara "Be My Reason Shower Run"


Butiran Be My Reason Shower Run :-

Tarikh      : 9 Oktober 2016 | Ahad
Masa       : 7.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat   : The Arc, Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Shah Alam
Yuran      : RM 50 / seorang, RM 90 / 2 orang satu kumpulan

Pendaftaran : Melalui online di http://pacerssport.my/shokubutsubemyreason

Senarai kategori larian Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016

Code
Participating Type
Category
Starting Time
Entry fees**
Distance
A
B
On-Line
Men Open     (Individual)
Women Open (Individual)
7.30 am
RM 50* per pax + RM 3 on-line registration fee
5KM
C
On-Line
Men or Women Open (Pair or Couple)
7.30 am
RM 90* per pair/couple + RM 3 on-line registration fee


5KM
D
Corporate Registration
Men or Women Open
(Group of 10 & above)
7.30 am
RM 45* per pax with NO on-line registration fee

Use form attached and send to by Sep 10, 2016

5KM
* RM10 dari setiap pernyetaan (per pax) akan disumbangkan ke National Cancer Society Malaysia
** Keterangan lanjut boleh klik pada link yang disertakan di atas.


Pengambilan Race Kit :

  • Tarikh     : 7 dan 8 Oktober 2016 | Jumaat dan Sabtu
  • Masa      : 11.00 pagi - 5 petang 
  • Tempat  : The Arc @ Bandar Rimbayu (Bersebelahan Kota Kemuning, Shah Alam)

Selain daripada tujuan utama larian untuk kesedaran terhadap pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi, para peserta turut akan dapat mempelajari dengan lebih lanjut tentang penyakit yang menimpa satu daripada 19 orang wanita ini. Rakan kerjasama Kempen Pink Ribbon Shokubutsu, NCSM akan turut membuka sebuah booth pameran khas buat mereka yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang kanser payudara dan bagaimana untuk melakukan sendiri payudara semasa mandi dengan cara yang betul. Bekas pesakit kanser payudara akan turut mengambil bahagian di dalam Be My Reason Shower Run dan para perserta yang lain berpeluang untuk mendengar pengalaman mereka melawan kanser payudara dengan bantuan dan sokongan orang tersayang.

Setiap peserta Be My Reason Shower Run akan menerima sehelai t-shirt, sebuah pingat, sijil dan goodies bag dengan barangan Southern Lion termasuk baucer diskaun Mammogram/Ultrasound Payudara dan juga minuman yang ditaja oleh Umbro-Isotonic Drinks.


Ok ok korang nak join secara PERCUMA? Meh Baca Ni ek



Korang nak join larian Be My Reason Shower Run

Khas buat pembaca & follower Blog CikLilyPutih.COM ni, aku akan memilih 3 pemenang bertuah untuk larian tersebut secara PERCUMA!!

Untuk memenangi Race Kit secara PERCUMA dan korang akan menyertai larian yang diadakan pada 9 Oktober 2016. Korang cuma ikut arahan seperti dibawah ni yer....
  • Follow Blog CikLilyPutih | www.ciklilyputih.com
  • Follow Instagram CikLilyPuth | www.instagram.com/ciklilyputih
  • Mudah sahaja, korang hanya perlu muat naik gambar di instagram dengan gaya aktiviti senaman bersama dengan suami, ahli keluarga atau rakan-rakan anda.
  • Sila masukkan slogan "Saya ingin menyertai larian Be My Reason Shower Run anjuran Shokubutsu kerana ......... (tidak melebihi 20 patah perkataan)
  • Jangan lupa hashtag #BeMyReasonShowerRun2016 dan #CikLilygiveaway
  • Akhir sekali, tag gambar tersebut di 
Instagram Ciklilyputih www.instagram.com/ciklilyputih
Instagram Shokubutsu Malaysia www.instagram.com/shokubutsumalaysia

Apa tunggu lagi, jom sertai larian Be My Reason Shower Run untuk bersama-sama menjayakan kempen kesedaran payudara. Mana tahu korang adalah pemenang dan boleh berlari dengan pelakon pujaan ramai Beto Kusyairi.

Mari semuanya…

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook Shokubutsu Malaysia


Wednesday, June 8, 2016

NIVEA EMPOWER RUN 2016 Di Setia Alam

Hi Korang,

Berpeluh merupakan fungsi utama semula jadi yang terdapat pada badan manusia bagi mengekalkan suhu badan. Ia mengelakan kita daripada mengalami kepanasan melampau terutamanya ketika melakukan aktiviti-aktiviti luar dalam cuaca yang panas terik. 


Walaupun berpeluh itu baik dari aspek kesihatan, air peluh yang bercampur dengan bakteria di sekitar kawasan kulit akan mengeluarkan bau yang kurang meyenangkan. Pelbagai jenis deodoran dalam saiz, haruman dan formulasi boleh didapati di rak-rak pasar raya, pasar mini, dan farmasi, namun pilihan yang banyak ini bukan sahaja tidak memberi penyelesaian tetapi menyukarkan pengguna untuk memilih deodorann yang sesuai.

Memilih deodoran yang sesuai dengan anda kadangkala memberikan tekanan, tetapi dengan deodoran NIVEA Pearl & Beauty, anda tidak perlu lagi risau! Dengan formulasi yang lembut pada kulit serta ekstrak mutiara yang menyuburkan bahagian bawah lengan, ia memberikan kulit segar, halus dan cerah bagaikan mutiara. Dengan perlindungan selama 48 jam daripada peluh dan bau badan, ia memastikan bahagian bawah lengan anda kekal segar dan yakin sepanjang hari. 


Selama bertahun-tahun, NIVEA sering menggalakkan para wanita untuk menggapai aspirasi, merialisasikan matlamat serta menyerlahkan potensi yang ada dalam diri mereka. NIVEA sentiasa menyokong semua inisiatif bagi memperkasa golongan wanita dan membantu mereka yang memerlukan. Bantuan diberikan melalui bekalan kemahiran serta keyakinan bagi mendapatkan pekerjaan supaya mampu memperbaiki taraf hidup serta membina masa depan yang lebih cerah.

Tahun ini, dengan semangat untuk memperkasa wanita, NIVEA Pearl & Beauty menganjurkan NIVEA EMPOWER RUN 2016 pada 5 Jun (Ahad). Terbuka kepada semua, orang ramai diberikan peluang untuk mengambil bahagian bagi memperkasa wanita melalui pendaftaran atas talian. Pada bulan Mei, peserta akan diberikan kit larian yang mengandungi semburan deodoran NIVEA Pearl & Beauty, Sehelai baju-T NIVEA Empower Run, sehelai skirt tutu, sehelai bib larian dan pelbagai barangan dari Watson. Para peserta digalakkan untuk memakai skirt tutu yang dibekalkan dalam kit larian sebagai simbol kewanitaan dan menunjukkan bahawa wanita mampu mencapai apa jua keinginan dengan cara sendiri yang paling elegan. 



Seramai 2,000 peserta hadir seawal pagi bagi menyertai acara NIVEA EMPOWER RUN 2016 di Setia City Mall, Oval Field. Sedia untuk beraksi, para peserta berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan selebriti-selebriti tempatan kegemaran mereka seperti penyanyi R&B dan pengamal kesihatan terkemuka Atilia Haron, pelakon dan model yang sedang meningkat naik, Eyka Farhana dan juga pemenang Miss Malaysia 2010 Nadia Heng yang turut berperanan sebagai pengacara pada hari tersebut!

Sebelum larian dimulakan, setiap peserta diberikan belon NIVEA yang bio-degradable. Larian bermula dengan peserta mengangkat tangan penuh yakin dan melepaskan belon ke udara. Aktiviti ini merupakan simbolik melangkaui segala batasan. Semasa acara larian, peserta akan melalui kawasan kiosk foto bagi merakamkan aksi penuh teruja & bersemangat bersama rakan larian mereka. Setelah larian sejauh 5km ini, peserta mengakhiri larian dengan aktiviti terakhir di stesen ketiga menerusi Pearl & Beauty Experience. Di stesen ini, mereka dapat merasai kesegaran dan nafas baru dengan deodoran NIVEA Pearl & Beauty. Selain daripada activiti yang terdapat di dalam larian ini, para peserta turut bergembira dengan acara White Ball Treasure Hunt yang memberi mereka peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik. 

Sambil menghilangkan dahaga dengan minuman 100 Plus dan Air Mineral Ice Mountain yang tersedia di stesen minuman, peserta dihiburkan dengan persembahan istimewa dari Atilia Haron. Beliau menyampaikan sebuah lagu tema NIVEA Women Empowerment. Selain membawa pulang pingat diatas kejayaan menamatkan larian yang penuh dengan keterujaan, beberapa perserta yang bertuah juga turut membawa pulang hadiah cabutan bertuah pada akhir acara. 


Menjadi sebahagian dari aktiviti larian ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada peserta serta menyuntik kesedaran tentang kehadiran deodoran NIVEA Pearl & Beauty, malah aktiviti ini sebenarnya membantu golongan wanita yang kurang bernasib baik untuk membina masa depan yang lebih cerah. Para peserta secara tidak langsung telah menyumbang kepada mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan. NIVEA telah mendermakan hasil keuntungan yang diperoleh melalui acara larian ini kepada organisasi kebajikan “For Wisdom & Revolutionary Development (FORWARD)”. Forward merupakan organisasi Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang cenderung untuk membantu komuniti yang memerlukan melalui bekalan latihan kemahiran yang bersesuaian agar mereka dapat memperoleh pendapatan serta memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak.

Mr Ng Hock Guan giving his speech during NIVEA Empower Run 2016

“Kami ingin menyeru orang ramai supaya mengambil bahagian bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan. Kita tidak mahu memberikan bantuan yang mampu memberikan faedah jangka masa pendek, sebaliknya melengkapkan diri mereka dengan kemahiran serta latihan yang bersesuaian agar mereka dapat mencari nafkah dan mencipta pendapatan dengan usaha sendiri” kata Ng Hock Guan, Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia & Singapura pada acara NIVEA Empower Run. 

Jelas beliau lagi, “Kempen Memperkasa Wanita sentiasa menjadi tapak bagi NIVEA menggalakkan wanita mencapai impian mereka. Wanita tidak seharusnya meletakkan batasan ke atas diri mereka kerana kami percaya dengan tunjuk ajar yang betul, segala impian tidak mustahil untuk dikecapi.”


Melalui kerjasama ini, matlamat NIVEA dan FORWARD adalah membantu golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan dari kemelut kemiskinan. 

Monday, February 22, 2010

Astro Fest 2010,baru aku tau besaunya Opis Astro nih!

betul korang, memang cukup beso.Tapi aku berjaya tawaf lebih dari 6 kali dari hujung sane sampai ke hujung sinun.

Sabtu lepas, x keje tengah kemas umah tetiba hp bunyi plak. Check2 mamat nie call, tanye nak pi Astro Fest tak? Aku pun jawab, ade ape, kene bayar bpe, kul bpe start dan memcm soalan lagilah. Tapi dia cakap senang je, ko datang kul 3 tunggu aku kat post guard.

Aku sampai dalam kul 3 lebih, dia memang setia menanti aku kat gate tuh, dengan berlenggang kangkung ala model2 catwalk, padahal aku dah jogging dari parking tadi kan, trus pi amik gelang kat daydeck. Dia cakap korang buatlah apa yang korang suke, dan yang best tuh semuanya free. hehehehehhehe i like!

So startlah journey ktorg melawat segala mak neka booth2 yang ada, very educated dan cultured. Seronok gak la, bile sampai kat main stage tu, aku kene panggil plak oleh crew HitzFM, diorg ajak main musical chair. Kalah gak aku dpt no 5 cam tu lah, dapatlah goodies bag. Nothing much biasa2 je.

Then jejalan lagi, tengok semua bende yang ada. Actually fest nie cam style carnival kat oversea tuh, semua permainan ada but more tu Malaysia style.

Frankly speaking, aku banyak minum air dari makan. Nak makan punyelah beratur panjang. Tapi macam2 ada, kambing golek, satay, tahu bakar, corncup,chicken wings, nasi lemak, steambot dan macam2 lagi lah. Tapi yang aku paling suke dapat minum air milo lori tuh, ala yang pure tu, then boleh refill banyak mane ko suker. Yang satu ice-cream, hah amik lah banyak mane korang nak tapi kene makanlah x lehlah bawak balik.

Dah masak sket2, lepak duduk coz penat jalan. mrBig pegi melabur plak, tetiba k ina kl datang rupanya dia pun duk lepak makan gak sementara tunggu anak2 dia main2. Banyak gak lah hadiah yg dia dpt yang best dpt beg merah tu, kelakar betul lah. Pas borak2, k ina pi berjalan mencari anak2 yg ntah kemane. Aku plak heret mr Big main Saidina giant tuh, memang besau betul. Sebelahnya ada snake & ladder game. Aku main dua2 tapi x dpt hadiah, bengong asyik kene cukai je. Then lepak depan stage tengok mini konsert, kat situ baru jumpe balik daydeck, borak2 jap then jalan lagi. Eh! lupe nak cakap plak, bebudak raja lawak yang x lawak tu pun ade gak.

Jalan pun jalan, tup tup dah malam. Ingatkan nk balik ptg rupanya sampai malam gak ktorg kat sini. Tengok lion dance & bunga api yang cantik2 tu. Dah tak larat dah, trus menapak jalan2 pelan sampai bercamwhore lagi sampai ke kete.

Sampai umah kul 10 lebih cam tu, lepak bantai tengok tv plak. sampai kul 1 pagi sambil tunggu mrBig balik dr ronda2 blok, maklumlah dah join Rukun Tetangga lah kononya kan.

Anyway, thanks to daydeck coz bagi aku gelang pink tu. Jumpe lagi dengan k ina kl sefamily. Ramai gak jumpe kengkawan lama tapi x sempat amik gambo. x puashati coz x dapat menang hadiah main game. Dapat amik gambo bebanyak. Puas minum air milo tapi x makan ape pun kecuali steambot je.Sorry memang tak de gambo makanan coz aku terlupe nak amik lah.

p/s: daydeck, nanti ajak aku lagi ek, best ah. Kecian bebudak lain kan especially Aus & Bean. Jangan jeles okeh! Korang gie Samsung Corby sket pun x ajak aku kan? hehehehhehe...

Monday, February 8, 2010

Berjogging Malam di Putrajaya Night Marathon

Wah! tajuk sudah gak kan?

Hah itulah dia kalau korang nak tau apa aku buat Sabtu malam lepas. Dalam sakit2 jalan kangkang nie still ade hati lagi nak berlari salah berjogging konon. Bukan ape aku dah register dgn mr Big bulan lepas untuk event nie, registration semua dah bayar so rugilah kalau tak pegi kan. Membazir tu kan amalan syaitan!.

Ktorg kuar umah pas maghrib, coz dah register itu yang leh kuar lambat tu. Sampai nasib baik dapat cilok parking dekat. Masa sampai tu event lom start lagi, tapi aku nampak ramai giler orang. Memacam rupa, bentuk, colour lah. So ktorg tawaf lah tempat tu, singgah dari satu booth ke booth yang lain. Dapatlah makan power bar, tampal hidung breath right, dapat mineral water ermm macam2 lagi lah.

So 1st sekali diorg lepaskan runner untuk 42km then 21km, uisk ramai tu.Yang aku heran tuh, yang masuk majoriti orang pertengahan umur dalam lingkungan 30-45 tahun. Ermm boleh ke diorg nie berlari. Kagumlah gak aku rasa. Orang putih pun ramai gak yang join, maklumlah international kan.

Sementara nak tunggu turn lari, sempatlah bercamwhore sekitar Putrajaya nie. Cantik siot bile malam.

Acara yang di nanti, kategori Fun Run hahahhahaha. Korang jangan lah gelak, nama je fun run tapi 5km gak beb. Ktorg di antara last sekali yang dilepaskan. Ktorg bukan lari pun berjalan je but bile dah last tu, cepat2lah ktorg berjogging cergas. Dapat gak potong ramai bebudak lagi. Uisk terrer gak kan..

Lari punya lari sampai gak kat garisan penamat. Dapatlah gak ktorg sijil, makan semualah. Tapi yang best tu ktorg minum milo van sorang 5 cawan. Sedap siot!

Lepak2 jap, sambil bercamwhore lagi.. then trus balik. Masa on the way tu, ada ramai lagi 42km runners tengah berlari lagi.. Cian gak tgk diorg tapi padan muka sape suruh amik kalau tak larat kan? Uisk mulut aku, jahat bebenor lah kan..

p/s : sampai srkg kaki still sakit lagi, tapi dah sapu minyak angin, eloklah nanti tu kan??