Showing posts with label Makanan Sihat. Show all posts
Showing posts with label Makanan Sihat. Show all posts

Friday, December 2, 2016

Promosi Fun Fruity Feast Di Kenny Rogers Roasters (KRR)

Hi Korang,


Wah lama tak makan kat Kenny Rogers ek!! Itulah busy bebenau sampai dah catch up promosi apa pulak kat ni kan.

Siapa suka makan buah? 🍎 🍑 🍒 🍓 🍏

Kalau aku ade certain-certain buah yang aku makan tau, kalau lembik-lembik memang tak la jawabnya sebab aku geli nak pegang hahahahaha bengong ek

dengan bebudak suka makan tak henggat ni

Ok kali ni sempena dengan festive season yang akan datang ni, ada promosi ayam dengan buah-buahan di KRR. Biar betul diaorang ni kan, yang pelik-pelik jelah.

Promosi Fun Fruity Feast ni terdapat di semua cawangan restoran KRR di seluruh negara. Aku sempat jugak merasai kesedapan ayam panggang buah-buahan ni tau. Masih kekal dengan roasted chicken yang popular tapi kali ini dilimpahi dengan kuah yang dihasilkan dari buah-buahan iaitu campuran Mangga dan juga buah Markisa. 

Udah mari kita rasa ek!

Fruity Favourite Meal (RM19.90)

Fruity Soup Meal (RM22.50)

Fruity Chicken Meal (RM19.90)

Nampak tak?

Semua menu ada buah-buahan, tapi tak delah rasa manis bebenau ayam tuh. Sos ayam panggang ni di campurkan dengan buah mangga dan markisa yang aku rasa tak delah manis pun, just nice je bila masuk ke tekak. Licin wei pinggan sebab sos tuh aku suka. 

Garlic Parsley Potato

Vanilla Roselle Muffin

Untuk menambahkan lagi rasa buah-buahan ni, Set ini didatangkan bersama Kenny homemade Muffin perisa Vanilla Roselle dan juga Garlic Parsley Potato. 



Merry-Go-Fruity

Specially kali ni, ada minuman perisa baru tau iaitu Merry-Go-Fruity, ianya merupakan gabungan daripada beberapa buah antaranya buah Naga, Roselle dan juga Jambu Batu bersama dengan Lemon Juice. 


Sempena Fun Fruity Feast, KRR menawarkan promosi Take-it-Home Fruity Feast hanya RM68.80 yang datang sekali dengan Kenny's Fruity Whole Chicken dan 1/2 dozen Vanilla Roselle Muffin juga empat botol Merry-Go- Fruity minuman bernilai RM38.00 secara PERCUMA



Ermm dah jangan tunggu lelama baik korang pi cuba hidangan Fun Fruity Feast yang sedap lagi terangkat ni ek 

Untuk info lanjut :

Hubungi :
+603 – 2119 9888

Web :

Facebook :

ok selamat menjamu selera ek.... hehehhee

Friday, July 27, 2012

Promo Ramadhan 2012 @ O’Briens Irish Sandwich Café with Food Panda.MY


Hi Korang,

Selain daripada buka puasa di hotel, aku juga berkesempatan untuk berbuka puasa di O’Briens Irish Sandwich Café hari tuh bersama-sama dengan team dari FoodPanda.MY


Nanti aku citer mengenai FoodPanda.MY ni ye.


Mesti pernah dengar atau nampak O’Briens Café ni kan, tapi pernah cuba tak ? Langsung tak kan sebab takut tak sesuai dengan tekak konon.

O’Briens Irish Sandwich Cafe ini merupakan cafe yang terkenal dengan sandwiches, tossed wraps yang segar dan sup yang bervariasi. Ianya hanya menggunakan bahan-bahan yang semula jadi dan organik serta roti sandwich yang ‘sugar-free‘ yang enak disajikan kepada para pelanggan.







Seronok kan tengok bahan yang digunakan, nampak segar dan menawan hati yang tengah lapar time tu tau.


Sebelum tu ada kata-kata aluan sket dari MD of FoodPanda Malaysia mengenai latar belakang FoodPanda dan collobration dengan O’Briens Irish Sandwich Cafe.







Antara sandwich yang aku rasa sedap untuk di makan ialah:-


O’Briens Chicken Tripledecker
Tootstie with Chicken and chicken crisp, lettuse, cheddar cheese, red onion, coleslaw and tomato


Sundried Tomato On Hot Ciabatta
Toostie with sundried tomato, red onion, fresh tomato, mozzarella cheese, roasted vegetables dan basil pesto

Ni plak antara drinks yang di order, menarik sungguh kan.




Korang pun boleh check it out, O’Briens Irish Sandwich Café ni. Sekarang ni dah banyak outlets sekitar Kuala Lumpur.


Terima kasih di ucapkan kepada team FoodPanda.MY kerana sudi menjemput aku ke gathering a.k.a buka puasa ni. Hopefully lepas ni sudi-sudilah jemput aku lagi ek


Jom check it out Food Panda Malaysia ye

FoodPanda.MY merupakan satu company yang menjalankan perkhidmatan penghantaran makan  (food delivery) dengan hanya memesan secara online. Sesuatu yang baru di Malaysia yang membolehkan rakyat Malaysia menikmati makanan tanpa keluar bersesak ke restoran yang mereka nikmati.

Lebih daripada 100 restoran yang berdaftar dan di antaranya adalah O’Briens Irish Sandwich Café, Canadian Pizza, Sushi King, Secret Recipe, Fatty Crabs, ChicKing Fried Chicken, Darabif, Hakka KL dan banyak lagi.

Online delivery service ini beroperasi di Kuala Lumpur, Petaling Jaya termasuk Bangsar, Mont Kiara, Bukit Bintang dan Cyberjaya. Dengan hanya beberapa clicks makanan yang dipesan terus sampai di hadapan tepi rumah/pejabat kita

Untuk lebih details mengenai FoodPanda.MY ni, sila layari

Website: www.foodpanda.my