Showing posts with label Makanan Korea. Show all posts
Showing posts with label Makanan Korea. Show all posts

Monday, August 12, 2019

Menu Makanan Korea Enak Di MyeongDong Topokki, Sunway Putra Mall KL

Hi Korang, 

Its trend sekarang ni kedai-kedai makan yang menghidangkan “Korean food akan senantiasa penuh dengan orang, lebih-lebih lagi di hujung minggu. Kalau kat area rumah kak lily kedai makan Korea memang selalu penuh, ada je orang kuar masuk kuar masuk kedai ni. 


Dan kebetulan masa kuar dengan kengkawan hari tuh, kitaorang melepak di Sunway Putra Mall. Pusing-pusing satu mall tapi still tak tau nak makan apa so one of us suggest makanan Korea, jalan punya jalan ternampaklah Myeongdong Topokki ni di kawasan food court ni. 

Ermm lama tak pekena makanan Korea kan so masuk jelah. 

Bukan main banyak menu-menu yang terdapat di restoran ni ek, consider restoranlah kan walaupun di area food court je kan. 

Citer banyak pun tak guna, meh kak lily tunjuk apa yang kitaorang makan-makan ari tuh ek, kemain banyak sampai tak larat nak abiskan. Nasib baik makan kongsi-kongsi je kan.

Hangul Chicken Ramyun 
(Fried Chicken Ramyun) RM18.90

Nampak macam pedas tapi tak delah sangat pun, mee ramen nampak cam maggi tapi rasanya lain ek, letak plak ayam goreng ermm lazat
 
Bulgogi Beef Deopbap 
(Stir-fry Marinated Beef Rice) RM18.90 

Hidangan nasi putih bersama daging goreng dan sayur-sayuran, rasanya agak manis sedikit bagi kak lily. Orang tak makan pedas elok sangat order menu ni

Kimchi jjigae 
(Kimchi Stew) 
RM17.90 (ayam), RM18.90 (daging) 

Yesza, i liked it. Pekena plak sup tuh time panas-panas memang terbaek dari ladang. Rasa supnya penuh dengan kimchi dan sayur-sayuran lain bersama tauhu. Boleh pilih nak letak ayam ataupun daging

Jajjangmyun 
(Black Bean Sauce Noodle) RM18.90 

Mi dicampur dengan sos kacang hitam bersama telur rebus dan bahan-bahan lain. Rasa sos kacang hitam unik tetapi masih menarik untuk dicuba. Nama pun sekali sekala kan

Myeongdong Topokki 
(Spicy Korean Rice Cake) RM7.90 (regular) RM11.90 (large) 

Tteokbokki, kek beras dimasak dengan pes cili pedas gochujang bersama dengan telur rebus. Kena makan panas-panas tau kalau dia cam keras kejung nanti hehhehe

Dakgalbi Chicken Deopbap 
(Spicy Stir-Fry Chicken Rice) RM18.90 

Sedap hidangan ni sebab ada ketulan ayam goreng tidak bertulang yang diasingkan dalam sos gochujang, di letakkan di atas nasi putih panas-panas.

Dol Sot Bibimbap 
(Rice Layered with Mixed Vegetables) 
RM19.90 (ayam) RM20.90 (daging) 

Bibimbap ini merupakan hidangan semangkuk nasi putih hanas dengan sayuran, telur dan pilihan daging atau ayam. Tapi sebelum makan mesti kena gaul dulu ye, barulah betul caranya wokeh.


Korea Chicken Snack Dakgangjeong 

Cheesy Bulgogi Fries 
RM9.90 (ayam) RM10.90 (daging) 

Yangnyeom Chicken 
(Spicy Korean Fried Chicken) RM10.90 

Ganjang Chi-ken 
(Soy Garlic Fried Chicken) RM10.90 
 
Memang kecoh hari tuh masa makan ramai-ramai, masing-masing excited nak cuba semua menu. Hah penuh mulut memasing mengunyah kan



Bagi kak lily harga yang di tawarkan adalah berpatutan, sesuailah dengan portion dan bahan yang di hidangkan. Kita sedia maklum, ada sesetengah bahan di import dari Korea so haruslah harganya mahal sedikit tapi apa pun rasa setiap menu sememangnya enak dan lazat. 


Anyway kalau korang nak tau, buat masa sekarang terdapat 16 cawangan restoran MyeongDong Topokki di seluruh Malaysia dan kemungkinan besar akan ada lebih banyak lagi outlet akan di buka. 


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website: 

Facebook: 

Instagram: 





Thursday, September 29, 2016

Korean Fair 2016 Di Hartamas Shopping Centre

Hi Korang,

Yeah Korean Fair..

Aku suka sebab boleh makan kimchi original yeah…

Itulah akibat terpengaruh dengan gameshow Running Man yang famous tuh, terus aku jadi tersuka dengan kebudayaan Korea ni. 


Tup-tup aku ada dengar ada Korean Fair 2016 di Hartamas Shopping Centre ni, ermm biasalah citer mulut ke mulut so haruslah aku tak lepaskan peluang ek .

Acara ini berlangsung selama 5 hari dari 27 September 2016 hingga 1 Oktober 2016 bertempat diHartamas Shopping Centre. 


Ada banyak aktiviti dan pameran disediakan di sana antaranya adalah :

27 September 2016 - Memperkenalkan tarian tradisional masyarakat Korea
28 September 2016 - Demonstrasi dan cara Ddakji dimainkan (permainan tradisi)
29 September 2016 - Demonstrasi dan cara Tuho dimainkan (permainan tradisi)
30 September 2016 - Demonstrasi dan cara untuk membuat Kimchi (menu makanan Korea)
01 Oktober 2016 - Pertandingan Makan Samyang
(hadiah untuk para pemenang terdiri daripada produk Korea)


"We would like to appreciate and celebrate the cultures of other nationalities especially among the residences around the mall vicinity as they also our estimated customers," kata Mr Alex Tan, the Centre Manager of Hartamas Shopping Centre.

Menurutnya lagi Hartamas bukan sahaja relevan sebagai lokasi penempatan untuk rakyat Malaysia malahan juga pemastautin daripada negara-negara luar terutamanya dari Korea dan Jepun. Jadi dengan adanya aktiviti dan acara seperti ini dapat mengeratkan hubungan di antara penduduk sekitar dan membuka peluang kepada pengunjung dan orang ramai untuk mengenali dan mendalami budaya masyarakat Korea secara dekat.


Tan Sri M. Kayveas merasmikan Majlis Pelancaran 'Experience Korea' di Hartamas Shopping Centre dengan memukul gong tanda Korean Fair telah pun bermula.

Ok, jom lihat produk Korea yang ada di sini..








Semuanya best-best 

ais krim Jipangi sedap

Jadi kepada yang berkelapangan dan ingin mencuba aktiviti yang disediakan boleh la berkunjung ke Hartamas Shopping Centre bermula 27 September 2016 hingga 1 Oktober 2016. Masuk percuma. Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan lagi Korea Fair di sana.


Hartamas Shopping Centre @ Plaza Damas,
No. 60 Jalan Sri Hartamas 1, 
Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur

Jom ke Korean Fair di Hartamas Shopping Centre!!