Showing posts with label Makanan Arab. Show all posts
Showing posts with label Makanan Arab. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Kacang Pool Sedap Di Medan Selera Larkin, JB

Hi Korang,

Kalau balik JB memang tak sah kalau tak singgah ke kedai Kacang Pool Haji dekat sebelah Balai Bomba Larkin ni. Memang favourite aku ni. Ntah apa yang sedap pun aku tak tau mesti nak singgah ke sini bedal 2-3 mangkuk kan.


Bagi aku kacang pool ni makanan ringan yang anytime korang leh sapdek. Sebab tu lah kedai Kacang Pool Haji ni pepagi dah bukak sampai larut malam. 


Simple je menu ni, satu set lengkap ada semangkuk kacang pool dengan roti bakar tebal homemade tau. Dalam kacang pool tu plak ada telur mata kerbau yang cair-cair sket tu kan. Lagilah masyuk bila masuk ke tekak.

Sebenarnya tak delah istimewa sangat makanan yang berasal dari Tanah Arab ni but gabungan daging cincang dan rempah ratus yang special tuh dah cukup menawan hati aku untuk membelasah kacang pool ni. Memula Mr Big pun tak berapa berkenan sangat dengan makanan ala bubur ni but bila dia dah cuba hah ko meletopss uolls. Ktorg kalau makan kat sini mesti order at least 3-4 mangkuk. Baru masyuk kan..


Nama Gerai : Kacang Pool Haji
Lokasi : Medan Selera Larkin
Wajib Order : Kacang Pool
Waktu Perniagaan : 7:00AM – 1.00AM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 4/5



Kepada korang yang kaki makan cam aku ni, kalau ada kat JB bolehlah singgah ke kedai Kacang Pool Haji ni. Senang je nak pi cari je Balai Bomba Larkin ada medan selera sebelahnya so kat situ lah kan.

CLP Notes : Gambo ktorg makan memang tak de time coz tengah lapo sangat. Tambah plak time hujan plak tuh.. Bedal hingga menjilat sudu lah.



Sunday, January 16, 2011

Maxis Om Nom Nom - Station #2 Restoren Tarbush @ Sunway Piramid

Hi Korang,

Entry nie di copy paste dari blog Shahrol dan HamzahIan.

Lokasi kedua Om Nom Nom Race, iaitu Restoren Tarbush di Sunway Piramid... mula-mula pening juga nak mencari Tarbush ni siap kena tipu dengan Eyriqazz lagi.. grrr..

jadi ni dia tempat Tarbush Express.. Seyely tempat ni cantik gila-gila.. perghh...



tempat dia tersorok sedikit tapi bila dah sampai hambik lu.. seyesly macam orang kaya dah bila duk dalam.. grrr...

Tarbush.. Mesti makanan ala-ala arab kat dalam ni.. Dan kami dapat makanan ni!!!!! Cuma shisha je yang tak de


Grill Chicken (RM24)
Ayamnya garing, isi tak kering pun. Ratah cam tu je tak pun makan dengan roti yang kat bawah ayam tu. Sos nie aku rasa homemade nie, lain daripada yang lain



Felafel with Lebanon Bread (RM terlupa plak nk tgk menu)
Rasa cam nugget ayam goreng, tapi kacang kuda + kacang hijau sebenarnya. Sedap. Makan gitu lah tak yang dengan roti pun


Mix Pickles
Ala macam acar orang2 kita rasa. Makan gitu je or makan dengan ayam tadi.

gua yang tak reti guna pisau dan garfu.. mak ajar makan guna tangan je.. kan orang arab makan guna tangan juga.. har har



Kalau nak pegi, sini alamatnya :

Tarbush Express
LG2.37, Sunway Piamid,
46150 Petaling Jaya.

Tel no. : 03 – 5635 3830


Overall Rating :

Taste : 4.5 / 5
Ambiance : 3/5
Service : 4/5
Value for Money : 3/5


Ok, tugas dah selesai, off to next station.