Showing posts with label MOSTI Malaysia. Show all posts
Showing posts with label MOSTI Malaysia. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

Standard Chartered ICT Competition 2013 Awards Ceremony

Hi Korang,


Last week, aku dapat invitation ke ICT Competition 2013 Awards Dinner ni anjuran Standard Chartered Bank. Majlis kat J.W. Marriot Putrajaya ni, dekat sangat dengan umah. Tak sampai 15 minit dah sampai. Kejap je



Pada Januari 2013, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad telah melancarkan pertandingan Inovasi, Komunikasi dan Teknologi (ICT) yang kedua kalinya sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam mempromosikan pembangunan sektor ICT tempatan. Pertandingan ini, yang direka untuk mencari inovasi IT bertaraf dunia dan meyaksikan potensi inovasi pelajar universiti dan para pekerja Standard Chartered yang berpengalaman, yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Datuk Haji Fadillah Yusof.

Pertandingan ini akan memberi pelajar universiti peluang dan platform untuk mempamerkan kreativiti mereka dan menjadikan idea mereka dalam inovasi. Ia akan mengukuhkan lagi minda pelajar kita kepada penyelesaian industri yang berkaitan dan meningkatkan pengetahuan mereka dalam ICT yang sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi.

Majlis yang diadakan ala western ni sangat rileks dan santai. Ktorang dapat duk dekat dengan VIP dan stage, so senang sket nak amik gambar kan.


Seperti biasa, kata-kata aluan daripada Dato' Arif Siddiqui Chief Information Officer (CIO) , Standard Chartered Bank Malaysia dan Group Chief Information Officer, Islamic Banking, Standard Chartered Bank mengenai keperluan inovasi IT dari sektor perbankan masa kini.


Ada juga sedikit ucapan daripada Yang Berhormat Datuk Dr. Abu Bakar Mohammad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.



Dinner time, ktorang di hidangkan dengan menu western ala fine dining. Terbaik ooo, walaupun unik tapi sedap tau.


Kemudian ada persembahan daripada Elexcoldhot, kumpulan penari hip-hop yang baru je menang pertandingan tarian hip-hop dunia di USA. Alah aku dah selalu citer pasal diorang kat entry aku yang lepas-lepas. Bagus diorang ni.

Ok acara kemuncak pada malam tu, pemberian anugerah kepada para pemenang.

Bagi kategori university

Tempat Pertama (RM15,000 wang tunai) 
4GM(University Putra Malaysia)

Tempat Kedua (RM10,000 wang tunai) 
Green Warriors (University Teknologi Malaysia)

Tempat Ketiga (RM5,000 wang tunai)
Drone Swarm (Taylor's University Lakeside Campus)

Hadiah wang sagu hati RM1,000 bagi finalist team serta special plaque dan juga sijil penyertaan.

Bagi kategori pekerja Standard Chartered Bank


Tempat Pertama (RM8,000 wang tunai) 
Team Charlie Missing 1 Angel

Tempat Kedua (RM5,000 wang tunai) 
Team Trade Stars

Tempat Ketiga (RM3,000 wang tunai)
Team Convenience is Life

Hadiah wang sagu hati RM1,000 bagi finalist team serta special plaque dan juga sijil penyertaan.


Anugerah University bagi penyertaan terbanyak jatuh kepada Taylor's University Lakeside Campus.


Terima kasih kepada Standard Chartered Bank yang sudi menjemput ktorang ke majlis penganugerahan ni. Hopefully dapat jemputan lagi di lain tahun ye.



Photos by Samsung Digital Camera NX300