Showing posts with label MALAYSIA PREPAID. Show all posts
Showing posts with label MALAYSIA PREPAID. Show all posts

Monday, March 4, 2019

YOODO, Telco Terkini Mengikut Keperluan Internet Harian Kita

Hi Korang, 

Pernah dengar YOODO? 

Yoodo bukan Yooda. Ini bukan salah satu karektor dalam filem Star Wars ni ek. 

Kalau korang nak tau Telco Yoodo ni telah pun bertapak di Malaysia semenjak setahun yang lalu dan mula mendapat tempat di hati kalangan rakyat-rakayat marhaen di negara kita ini kerana ianya merupakan sebuah telco yang beroperasi sebagai perkhidmatan mudah alih digital pertama yang memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pengguna untuk mencipta dan mengubahsuai pelan mudah alih sendiri. 


Seriously, kak lily cakap betul ni lah. Ishkk korang ni kan.. 

Betul!! 

Dengan Yoodo, kita boleh menentukan jumlah data dan bilangan panggilan telefon mengikut keperluan harian kita. Maklumlah, sekarang ni internet memang penting untuk kita so keperluan data tuh lebih banyak penggunaannya daripada perkhidmatan lain-lain seperti panggilan dan sms. Di sini kita boleh tentukan jumlah data yang di kehendaki. 

Pelan Bulanan Yoodo 

Yoodo membolehkan korang menyesuaikan pelan korang sendiri dan ini termasuk jumlah data, panggilan dan SMS yang anda peroleh setiap bulan. Jika korang tidak memerlukan data yang banyak, korang boleh mengurangkan kuota korang untuk bulan depan. Untuk data, korang boleh memilih apa-apa daripada 2GB (RM20 / month), 5GB (RM30 / month) atau 100GB (RM150 / month). Terdapat juga tambahan untuk Facebook 5GB (RM10 / bulan), 10GB YouTube (RM20 / bulan) dan 5GB Instagram (RM10 / bulan). 

Jika korang memerlukan panggilan dan SMS, korang boleh menambah dari sekurang-kurangnya 50 minit panggilan (RM5 / bulan) dan 50 SMS (RM3 / bulan). Sudah tentu, kos seunit untuk data / panggilan / SMS akan lebih murah jika korang pergi untuk kuantiti yang lebih tinggi. 




Kalau korang refer kat gambar di atas tuh, korang akan paham nanti apa yang kak lily tulis tuh. Once korang dah download aplikasi Yoodo ni nanti korang boleh kadar mengikut keperluan korang hehehehe.. mudah kan 

Yoodo Menggunakan Rangkaian Celcom 

Yoodo beroperasi di bawah rangkaian Celcom. Mereka berkongsi liputan 4G / 3G yang sama dengan tawaran pra-bayar pascabayar Celcom dan Xpax. 

Yoodo Popular Di Kalangan Kaki PUBG 

Dalam masa setahun nama Yoodo telah meningkat naik di kalangan anak muda masa kini kerana Yoodo menyokong Kaki Gamers di dalam permainan online PlayerUnknown's Battlegrounds yang lebih dikenali sebagai PUBG. Yesza, memang jadi sebutan game ni kalau kat dalam Twitter dan Facebook. 

Kalau korang nak tau Yoodo memberikan sehingga 20GB data percuma setiap bulan, jika korang memilih menu ADD-ON di pilihan data korang tuh. So kiranya korang main PUBG tuh tak yah bayar untuk sebulan sehingga 20GB tuh habis di gunakan. 

Paling best Yoodo adalah penaja utama untuk Malaysia's First official PUBG MOBILE National Championship (PMNC) yang telah berlangsung pada 26 dan 27 January 2019 yang lepas. Rupanya ada 256 team dan lebih daripada 1000 orang pemain seluruh dunia sertai pertandingan ini yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM60,000. 

Geng PUBG ahkak, geng akak bawang sangat hah hehehhe

Kak lily pun sibuk jugak nak cuba main, download macam nak rak sekali sekejapan dah mati hahaha tapi best jugak main tembak-tembak tuh siap boleh ada group lagi tau. 

Itu baru PUBG sebenarnya ada lebih banyak lagi kejutan untuk pengguna setia Yoodo dan bakal pengguna Yoodo tau huahauhaua, ishkk tak sabar tak sabar tak sabarrrr 
Roaming Dengan Yoodo 

Aduimak ini sesuatu yang penting untuk si kaki traveler. 


Yoodo menyediakan pakej rooming yang dipanggil Yoodo's Roam Like Home, di mana line roaming ini boleh di gunakan sehingga ke 53 buah negara seluruh dunia tau. 

Caranya mudah sahaja dengan plan yang korang dah pilih tadi sebelum ini dan hanya tambah rooming RM10 hingga RM20 sahaja mengikut negara untuk kegunaan 24jam. Nak aktifkan tak susah semua buat dalam aplikasi Yoodo sahaja online tak perlu nak call atau buat pengesahan dahulu. Tiada caj tersembunyi sebab korang bayar apa yang korang guna sahaja ermm terbaek toqq 

Yoodo Dan Komunitinya 

Once kalau korang dah jadi ahli Yoodo ni secara automatiknya korang dah termasuk di kalangan komuniti Yoodo ataupun lebih dikenali sebagai Yooders hah cam tulah bunyinya. 


Yooders ini akan membantu sesame ahlinya yang mana mempunyai kemusykilan mengenai apa jua yang berkaitan dengan Yoodo, tak kiralah feedback pasal simkad, pasal PUBG, pasal produk, pasal TOP up dan memacam lagi lah. 


Diorang siap ada Yoodo Komuniti Meetup Day lagi tau sempena ulangtahun Yoodo yang pertama hari tuh. Ermm bagus ek!! Jadi pelanggan setia dapat macam-macam giftlah siap dapat tengok wayang free lagi.. mencik tau kenapalah ahkak tak tau Yoodo ni dulu ek hauhauaha 

Ermm excitedlah korang ni kan pasal Yoodo ni. Ni kak lily citer lagi pasal camne nak dapatkan simkad dak Yoodo ni ek 


Nak Dapatkan Sim Kad Yoodo 

Tak payah sesibuk nak cari kat luar kedai tepon ek sebab memang tak de jual pun hehehhehe 

Cara yang mudah adalah seperti berikut: 

1. Daftarkan butir-butir peribadi korang di www.yoodo.com.my

2. Tunggu je kat rumah sebab simkad Yoodo akan dihantar ke alamat yang korang berikan.

3. Dah masukkan simkad dalam phone so secara automatiknya line korang pun aktif 

So selamatlah berYoodo ye… 

Untuk nak TOP UP Yoodo? 

Nak topup pun tak perlu risau untuk beli kat kedai kerana telah ada dalam aplikasi tersebut. Semasa korang buat pengesahan pendaftaran akan perlu ada pengesahan akaun melalui kredit kad, online banking atau juga Paypal. 

Tak yah nak pi kedai bagai, semuanya online. 

Dengan Yoodo Boleh Buat Duit 


Memang pun, kalau korang pengguna Yoodo, korang boleh join ‘Refer 2 Earn’ di mana korang just sharekan kod unik korang untuk mendapat RM20 credit bagi sesiapa yang menggunakan kod korang. Tak ke bagus tuh kan 

Meh cepat download Yoodo di smartphone korang ek



Ermm apa tunggu lagi, mehlah bertukar ke Yoodo ye untuk menjimatkan perbelanjaan bulanan korang dan menambahkan keperluan data korang hehehhe 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook : 

Instagram :