Showing posts with label MAHA 2016. Show all posts
Showing posts with label MAHA 2016. Show all posts

Friday, December 9, 2016

MAHA 2016 Penuh Warna Warni Kepenatan Tapi Menyeronokkan!!

Hi Korang,


Setelah lama pasang niat nak ke MAHA2016 maka akhirnya berjaya jugak mengharungi lautan manusia semalam apabila sepanjang hari berada di sana.


Ushikkk sepanjang hari tuh… dah macam kerja kat situ pulak kan. 


Pameran Pertanian, Hortikulture dan Agro Pelancongan (MAHA 2016) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Serdang telah di rasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak. Maha 2016 kali ini bertemakan Makanan Kita Masa Depan Kita (our food our future) yang bertujuan mempamerkan product terbaik hasil pertanian negara, juga merupakan ekspo makanan dan pertanian terbaik Malaysia di Maha 2016.

Memang berbaloi sangat-sangat aku ke MAHA 2016 tahun ini. Walau orang ramai dan cuaca panas tapi aku puashati sangat-sangat. Banyak saya dapat bawa balik terutama keperluan dapur serta makanan.

Aku cerita ikut tempat-tempat yang aku singgah ek, kalau citer semua boleh pengsan ooooo

Parking


Aku suggest masuk dari Pintu 2 sebab once korang masuk daripada situ dah ada parking sebelah Pintu 2 tuh. Nampak cam sket cuba korang jalan ke depan sket, amik ko melambak parking tapi orang Malaysia ni manja semua nak parking depan pintu, bila depan pintu tak boleh masuk dah kena patah balik kan dan jem tuh. 


Kalau parking di Pintu 2, ada tempat menunggu trem/shuttle bus bagai kan. Eh ada orang jual pokok jugak so boleh cuci mata sambil tunggu turn nak naik bas. Parking Pintu 2, naik shuttle terus je bas tu bawak sampai pintu depan hall beso tuh. So kena jalan kaki sket la ek sebab trem tak boleh naik sampai atas tuh. 


Once dah jumpa geng-geng blogger yang lelain ni di Hall A. Terus kitaorang di bawa ke Nafas Cube untuk sarapan.

NAFAS CUBE


Merupakan tapak penginapan yang boleh di sewa oleh orang ramai. Terdapat 3 jenis penginapan yang disediakan iaitu Kontena, Calvert dan juga Khemah.


Kalau korang nak tahu, NAFAS merupakan badan induk kepada persatuan-persatuan peladang seluruh negara dan idea asalnya adalah dari Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Shaberry Chik.


Harga bermalam semalam lebih kurang dari RM150 – RM280 bergantung korang nak tidur yang mana satu ek hehehhe. Kalau aku semua tempat aku nak tidur, don’t worry ada cafe jugaklah wei kat sini so makan tak yah nak keluar jejauh jalan. 

Kalau anda ke Maha 2016 ini, jangan lupa singgah di Nafas Cube tau, memang surekorang terpegun dengan keunikkan di lokasi pameran NAFAS ini.

JABATAN PERIKANAN MALAYSIA – MAHA 2016



Dekat dengan NAFAS CUBE ni, terus kitaorang dibawa pula ke kawasan Jabatan Perikanan Malaysia. Kat sini kitaorang di bawa melihat berbagai jenis ikan dan dari sekecik kecik ikan hinggalah sebesar-besar ikan kita tengok. Ada yang mahal dan ada juga yang murah.


Yang bestnya di sini, mana ikan-ikan yang kita tak pernah tahu, disini kita dapat tahu, Actually banyak lagi gambar-gambar ikan-ikan disini, tapi aku baik korang pergi sendiri lihat, baru puashati.

LAMAN PADI – MAHA 2016



Yeah aku suka tempat ni sebab dah lama tak tengok sawah padi hauhauhauhau. Di laman padi ni kitaorang di bawa melihat sawah padi untuk dipamerkan disana. Kitaorang juga di bawa melihat jenis-jenis beras yang telah diproses.


Kitaorang juga di beri penerangan cara-cara mereka memproses padi sehingga menjadi beras.

Eh sempat belajar cam ne buat bedak sejuk dari beras ni tau…

PINEAPPLE PLANET, LAMAN NANAS – MAHA 2016



Seterusnya kitaorang di bawe ke Pusat Informasi Nanas. Di sini kitaorang dapat merasa air nanas dan juga buah nanas. Bermacam-macam booth menjual perbagai jenis air dan makanan dari nanas. Ada juga kertas dari nanas tau!


Di sini sempat lagi kami berjumpa rakan blogger HazmanFadzil yang juga merupakan usahawan nanas. Dapat lah kitaorang menghilangkan dahaga dengan air nanas MD2 yang berjenama Jus Bob Nanas. Memang sedap dan dapat menghilangkan dahaga aku ketika itu.

LAMAN ARMADA JENTERA – MAHA 2016


Kitaorang di bawa pula ke Laman Jentera. Di sini terdapat jentera-jentera yang digunakan untuk pertanian, pertanian dan juga jentera untuk perikanan serta mesin membuat kuih tradisional secara besar-besaran. 



Semuanya besar-besar daripada aku, gerun rasanye ek tapi seronok tau.

LAMAN TERNAKAN – MAHA 2016


Memang naik trem tapi kena berjalan kaki jugak lah wei, sebab tempat dia dekat-dekat je. Kat Laman ternakan ni, kitaorang dapat melihat haiwan ternakan pelbagai jenis yang kita tak pernah jumpa. Macam ayam, pelbagai jenis ayam di pamer tau ayam kampung, ayam serama, ayam hitam dan memacamlah. 


Lembu pulak ada pelbagai jenis baka lembu yang korang akan terperanjat bila tengok ek.


So sado tak? 
Hehehe. Ok lembu yang di atas ni dipanggil Lembu hibrid Sado, merupakan lembu pendaging kacukan yang terhasil melalui pembiakan secara permanian berhadas menggunakan semen beku daripada lembu yang mempunyai ciri-ciri otot berganda semulajadi seperti Baka Belgian Blue.


Di sini kitaorang sempat juga merasa hasil ternusu daripada susu lembu dan kambing. Siap bawak balik lagi sebab sedap sangat susu yang dihasilkan serta dadih. Aku kat sini je berbotol-botol minum susu lembu tau.

LAMAN SAYURAN dan HERBA – MAHA 2016



Bagi pecinta sayuran inilah tempatnya. Seronok seronok seronokkkkkk.....


Pelbagai jenis sayuran yang boleh korang lihat, even nak beli pun boleh. Aku suka ke sini sebab sukakan pemandangan yang hijau tuh. Dah kat sini sejuk macam Cameron Highlands pulak may be sebab banyak pokok-pokok besar yang melindungi pokok-pokok kecik ni kan.

MAKAN di FOOD EMPIRE


Ni dia tempat makan terbesar di MAHA 2016 ni tau - FOOD EMPIRE


Yesza inilah warzone paling best sekali sebab ada lebih 165 jenis makanan yang ada di sini. Tempat ni luas dan meja dan kerusi pun banyak. Pilihan makanan yang sangat-sangat marbelesss.


Kalau tak nak makan kat sini pun takper gak, sebab bersepah-sepah food truck di sekitar kawasan MAHA 2016. Nak makan yang murah yang mahal semua ada, rasanya lebih 700 food truck yang berniaga di sini sepanjang 11 hari ni.

AGRO LIFESTYLE


Tempat ni di Hall A. Kita tau yang agro je bertanilah berkebun lah tapi sebenarnya ada lagi benda lain yang ada di kelompok Agro ni tau. 


Kalau ni kita dapat melihat pelbagai jenis bidang keusahawanan seperti spa, jahitan, perusahaan secara kecil-kecilan pun ada. 

CASTLE OF FRUITS – MAHA 2016


Tempat ni betul-betul depan pintu masuk nak ke Hall A je tuan-tuan dan puan-puan. Kuatkan iman bila masuk ke sini sebab di sini poket korang akan di koyakkan hahahaha


Pelbagai jenis jualan tanaman anak-anak pokok, buah-buahan secara murah dan harga yang berpatutan. Ya ampun aku sampai tak larat nak lalu sebab ramai benau orang membeli belah, bayangkan sebungkus jagung yang dalamnya ada 6 batang dan di jual 3 bungkus pada harga RM10. Ermm tak ke pengsan tuh kan murah murah murah. 


Actually aku dapat cover sebenarnya baru 75% daripada seluruh kawasan pameran dan jualan di MAHA 2016 ni. Aku tak sempat nak ke perkampungan Mak Cun, area Upin Ipin, pavilion rumah-rumah seluruh Malaysia, tempat nak unta ermm banyak lagi wei sebenarnya hauhauaha sebab dah petang dan MAHA 2016 pun dah nak tutup. 

tempat ni best sebab setiap hari dalam pukul 5 petang nanti boleh dapat minum air kelapa secara percuma 100 orang je tau..

Yang best sebenarnya, kita kena datang 2-3 untuk cover seluruh kawasan MAHA 2016 ni. Baru rasa kenikmatannya. 


Ok kerana limited sangat nak letak gambar di blog ni, korang boleh check it out di Facebook page aku KLIK SINI TAU sebab aku dah upload gambar-gambar yang cantik lagi menarik sepanjang aku berada di MAHA 2016 ni.


Korang boleh check it out jugak di instagram dengan menggunakan hashtag
#Maha2016
#ourfoodourfuture

untuk tengok gambar-gambar menarik daripada pengunjung lelain tau.


Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan (MAHA) 2016 ini berlangsung 1 hingga 11 Disember 2016, so jangan lepaskan peluang keemasan ini dengan pergi ke Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dengan segera.

Selamat berpenat berjalan dan bershopping ye korang ek!!!