Showing posts with label MAGICAL WHIMSICAL CHRISTMAS. Show all posts
Showing posts with label MAGICAL WHIMSICAL CHRISTMAS. Show all posts

Tuesday, December 11, 2018

WHIMSICAL CHRISTMAS Di Rasai Di Alamanda Shopping Centre

Hi Korang, 


Lama betul tak ke Alamanda Shopping Centre ek, dulu rajin gak ke sana tapi sejak busy keje sampai malam ni memang dah jarang ke sana. 

Kebetulan public holiday di Selangor ni hari ni, so tadi tak de apa program terus je ke sana, alah jalan-jalan cuti mata kan, singgah makan dan membeli belah sket. 

Wah kemain cantik lagi ek, di dalam Alamanda ni. 


Bertukar menjadi lain tau hehehe… Dengan bertema ""Whimsical Christmas" keseluruhan kawasan di centre court di Alamanda Shopping Centre ni bertukar menjadi sebuah bandar bunga poinsettia yang menakjubkan, dihiasi dengan ribuan lampu berwarna-warni dan pokok krismas bersalji dan perhiasan yang diilhamkan oleh kristal yang menarik. Yang best tuh, taman yang indah ni di jaga rapi oleh tentera Nutcracker yang macho tuh.


Seriously sama cantik macam Suria KLCC kan, yelah Alamanda Shopping Centre dan Suria KLCC ni di bawah satu group mall yang sama so haruslah tema Krismas tuh mestilah sama jugak kan.

Terus kak lily ke Centre Court ermm apalagi bergambar lah kan 



Cantik betul hiasan dekorasi di dalam Alamanda Shopping Centre ini, bukan kak lily je yang poyo bergambar tau tapi ramai jugak pengunjung tak lepaskan peluang untuk bergambar di patung-patung Nutcracker gergasi ni hehehehe 

Berbelanja dan Nikmati Ganjaran 


Untuk korang pengujung setia di Alamanda Shopping Centre ni, ada berita baik tau. Dengan pembelian minimum RM650.00 dengan maximum 2 resit daripada store yang terpilih korang boleh menebus hadiah misteri. 

Redemption counter terletak di Centre Court ni 

Hadiah-hadiah misteri seperti gabungan shopping voucher ataupun hadiah premium dari Alamanda seperti Cosmetic Pouch, Condiment Pot dan T-shirts. Menarik bukan. 

Nak info lanjut, meh klik ni ye : http://bit.ly/AlamandaWhimsicalChristmas

Tapi ingat tau, kempen ni bakal berakhir pada 2 Januari 2019. 

Pertunjukan Istimewa “Christmas” 8 Disember – 25 Disember 2018 


Selain daripada dapat bergambar patung-patung nutcracker yang besar tuh, korang jugak boleh saksikan beberapa pertunjukan istimewa yang akan di pertontonkan kepada para pengunjung Alamanda Shopping Centre daripada 8 Disember sehingga 25hb Disember 2018 ini. 

Di antaranya adalah : 

Christmas Carolling 

Santa & Santa Rina Meet and Greet 

Santa & Santa Rina Walkabout 

Acoustic Performance 

Christmas Dance 

Nak info lanjut, meh klik ni ye : http://bit.ly/AlamandaWhimsicalPerformances

Aktiviti VIKIDS Di Hujung Minggu 


VIKIDS Club merupakan kelab kanak-kanak di bawah naungan Alamanda Shopping Centre dan VIKIDS Club ini tidak juga ketinggalan mengadakan beberapa aktiviti menarik untuk kanak-kanak yang hadir di Alamanda Shopping Centre pada setiap hujung minggu sehingga Krismas nanti. 

Di antara aktiviti yang disediakan seperti : 

Sand Art Workshop 
Terbuka kepada 30 orang kanak-kanak ahli VIKIDS 

DIY Snow Globe Workshop 
Terbuka kepada 30 orang kanak-kanak ahli VIKIDS dengan minimum RM50 jumlah pembelian di dalam satu resit 

Christmas Colouring Activity (by Rotiboy) 
Terbuka kepada 30 orang kanak-kanak ahli VIKIDS 

Bagaimana untuk menjadi ahli VIKIDS? 

Hanya dengan berbelanja minimum RM50 di bahagian kanak-kanak / maternity stores dan kemudiannya mendaftar di bahagian information desk. 

Nak info lanjut, meh klik ni ye : http://bit.ly/AlamandaWhimsicalVIKIDSActivity

Kempen CSR Bersama Hospis Malaysia 


Di kala kita bersuka ria, golongan-golongan yang kurang bernasib baik ni tak patut dilupakan jugak kan. Dengan ini Alamanda Shopping Centre juga turut bekerjasama dengan Hospis Malaysia dalam mewujudkan kesedaran dan mendapatkan sokongan orang ramai terhadap program penjagaan paliatif. 

Penjagaan paliatif adalah program khusus untuk orang yang menghidap penyakit yang membatasi nyawa dan ia memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti hidup untuk pesakit dan keluarga. 



Bermula dari 8hb Disember 2018, pelbagai aktiviti di jalankan bersama Hospis Malaysia seperti Face dan Body Painting untuk kanak-kanak 




Nak info lanjut, meh klik ni ye : http://bit.ly/AlamandaWhimsicalCSR

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi dan aktiviti Krismas di Alamanda Shopping Centre  sila layari : 

Alamanda shopping Centre : https://www.alamanda.com.my/


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram : 



Tuesday, November 27, 2018

Suasana MAGICAL WHIMSICAL CHRISTMAS Kini Di SURIA KLCC

Hi Korang, 


Aduimak sekejapan je dah hujung tahun kan!! 



Bila dah hujung tahun ni, orang akan ape?? Cuti sekolah dan Krismas!! Yeah betul kann. 



So masa nilah kita akan dapat saksikan pusat membeli belah akan bertukar wajah, munculnya pokok krismas di tengah-tengah mall, kotak-kotak hadiah, poster-poster Krismas yang menarik dan macam-macam lagi.




Kebetulan hari tuh kak lily berkunjung ke Suria KLCC so dapatlah kak lily saksikan sendiri kecantikan hiasan di Suria KLCC. Dengan bertema ""Whimsical Christmas" keseluruhan kawasan di centre court di Suria KLCC ni bertukar menjadi sebuah bandar bunga poinsettia yang menakjubkan, dihiasi dengan ribuan lampu berwarna-warni dan pokok krismas bersalji dan perhiasan yang diilhamkan oleh kristal yang menarik. Yang best tuh, taman yang indah ni di jaga rapi oleh tentera Nutcracker yang macho tuh.



paksa bebudak ni amik gambar kaw kaw ek hehehehe


Cantik kan, cantik kan kan kan!!!


Sini kak lily kongsikan kata-kata aluan daripada Mr Andrew Brien selaku Suria KLCC Chief Executive Officer and Executive Director


"Christmas is one of the most anticipated seasons for Suria KLCC when we bring the magic that comes with the celebration. This year, our magical Christmas town is guarded by the colourful Nutcracker army will make the young smile and bring back the memories of Christmas celebration during your childhood days. It ignites happiness and excitement of this festivity” 

"As we celebrate and indulge in the joy of this festive period, we are happy to be able to spread our love and joy to those less fortunate. We are honored to collaborate with Hospis Malaysia as its mission is in line with Suri a KLCC 's aspiration as a company that cares," tambah Mr Andrew Brien 

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej, Kementerian Pelancongan Tuan Syed Yahya Syed Othman dan Ketua Sekretariat Pusat Membeli-belah Sekretariat Kementerian Pelancongan Malaysia, Puan Norliza Md Zain.


Kalau korang nak tau di KLCC Esplanade tersegam indah pokok Krismas tertinggi di Malaysia, yang dikawal oleh dua Penjaga Nutracker gergasi bagi mengalu-alukan kedatangan para penunjung ke Suria KLCC. Pokok Krismas gergasi ini akan dipaparkan sehingga 2 Januari 2018.






Pokok Krismas gergasi ini akan dipaparkan sehingga 2 Januari 2018. Bergambar memang cantik sangat tau, i ilkee



Ni kak lily share sket video semasa pelancaran Whimsical Christmas ni ek





Best kan!!





“The Tallest Christmas Tree in Malaysia” disahkan oleh Malaysia Book of Records yang berketinggian 100 kaki sejak tahun 2015 tau



Berbelanja dan Nikmati Ganjaran 



Suria KLCC telah bekerjasama dengan Citibank memberi dengan ganjaran eksklusif dengan setiap pembelian. Kepada 30 orang Pemegang kad Citibank Visa yang pertama berbelanja minimum RM1, 000 dalam satu resit setiap hari akan menerima hadiah misteri dan tiket letak kereta Suria KLCC bernilai RM10. Wah menarik tuh, bolehlah seharian berada di Suria KLCC ni ek habiskan duit.


Redemption counter terletak di O'Briens ni tau

nombor hadiah di pilih secara rawak ye


Manakala untuk pembelian sebanyak RM 3500 dan ke atas dalam maksimum dua resit, pembeli akan menerima set hadiah khas L’Occitane. Pembelian mesti dibuat pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad sahaja dan ganjarannya terhad kepada 60 pembeli pada hari Jumaat dan 40 hari pada hujung minggu.


Pelanggan bukan Citibank juga tidak ketinggalan untuk menerima hadiah misteri apabila mereka membelanjakan RM 1,000 ke atas dalam satu resit tunggal. Suria KLCC memberikan hadiah L’Occitane kepada 30 pelanggan pertama yang membelanjakan RM3,500 ke atas dalam satu resit pada hujung minggu.

Nak info lanjut, meh klik ni ye : WhimsicalChristmas2018

Lima pemenang bertuah yang berbelanja di Suria KLCC akan dipilih untuk memenangi barang kemas dari De Beers apabila mereka membelanjakan RM3,500 ke atas pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad. Peraduan ini terbuka kepada pemegang kad Citibank Visa dan pelanggan bukan Citibank. Terdapat juga Secret Santa yang akan memberikan hadiah misteri kepada pembeli bertuah. 

Tapi ingat tau, kempen ni bakal berakhir pada 25 Disember 2018. 

Pertunjukan Istimewa “Christmas” 24 Nov – 25 Dec 2018 

Selain daripada dapat bergambar di pokok krismas gergasi dan patung-patung nutcracker yang besar tuh, korang jugak boleh saksikan beberapa pertunjukan istimewa yang akan di pertontonkan kepada para pengunjung Suria KLCC daripada 24hb November sehingga 25hb Disember 2018 ini.



Di antaranya adalah : 

Christmas Carolling 

Marching Band 

Persembahan Ballet 

Santa Meet and Greet 

Ini yang kak lily suka ni sebab Santa Claus kan bawak hadiah, hari tuh kak lily dapat gula-gula jadilah ek hehehhe.

Nak info lanjut, meh klik ni ye : WhimsicalChristmasPerformances

Sempat jugak kak lily videokan untuk tatapan korang ek



Tapi sket jelah, nak panjang-panjang kenalah ke Suria KLCC kan hehehehhee. Seronok tau, layan live entertainment sekali sekala kan

Kempen CSR “Speak Up There’s an Elephant in the Room” Bersama Hospis Malaysia 

Di kala kita bersuka ria, golongan-golongan yang kurang bernasib baik ni tak patut dilupakan jugak kan. Dengan ini Suria KLCC bekerjasama dengan Hospis Malaysia dalam kempen “Speak Up There’s an Elephant in the Room” untuk mewujudkan kesedaran dan mendapatkan sokongan orang ramai terhadap program penjagaan paliatif.

Penjagaan paliatif adalah program khusus untuk orang yang menghidap penyakit yang membatasi nyawa dan ia memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti hidup untuk pesakit dan keluarga. 



Bagi para pengunjung dan pelanggan di Suria KLCC digalakkan untuk menyokong dengan menyumbang RM 15 kepada kempen ini dan sebagai ganjaran, mereka akan mendapat tanda penghargaan daripada Suria KLCC. 

Selain itu, alternatif lain adalah pembeli boleh menyumbang RM 15 untuk penyertaan anak mereka dalam aktiviti lukisan muka dan lengan. 

Children activity – face painting
Tarikh: 9 Dec, 16 Dec, 22 Dec dan 23 Dec 2018


Jadi, ada dua pilihan, menderma terus atau bayar untuk lukisan muka dan lengan.

Suria KLCC menyasarkan jumlah nilah derma RM10,000 dari 23hb November hingga 2hb Januari 2019 di kalangan para pengunjung. Para pengunjung yang menderma RM15 akan diberikan hadiah istimewa sebagai tanda penghargaan.


Kempen “Speak Up There’s an Elephant in the Room” telah dilancarkan pada bulan Oktober dengan “Cik Gajah” patung gajah bersaiz bayi hidup, sebagai maskotnya. Terdapat sepuluh “Cik Gajah” yang dibuat untuk kempen dan masing-masing telah diguna pakai oleh konglomerat termasuk Suria KLCC, yang juga merupakan tempat untuk patung-patung. 10 “Cik Gajah” kini dipaparkan di tiga lokasi strategik di Suria KLCC sehingga April 2019. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi dan aktiviti Krismas di Suria KLCC  sila layari : 

Suria KLCC : www.suriaklcc.com.my


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram :