Showing posts with label MAGGI®. Show all posts
Showing posts with label MAGGI®. Show all posts

Monday, May 20, 2019

MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal


Hi Korang,

Sempena bulan Ramadan yang mulia, MAGGI® telah mengadakan jamuan berbuka puasa istimewa dan menghidangkan bubur lambuk MAGGI® untuk meraikan penghuni Rumah Titian Kaseh (RTK), sebuah rumah amal yang menempatkan lebih 130 kanak-kanak, insan kurang upaya dan ibu tunggal. 


Kakitangan daripada MAGGI® dan Nestlé Malaysia telah mencurahkan tenaga dan masa mereka untuk inisiatif ini, yang bermula dengan penyediaan bubur lambuk MAGGI® yang terkenal oleh chef MAGGI®, bersama para pengelola dari RTK. Mencerminkan tema MAGGI® ‘Sajikan Kelainan’, bubur nasi penuh perisa ini yang secara tradisi diagihkan pada bulan Ramadan, dimasak dengan menggunakan ramuan segar dan rempah untuk menghasilkan sajian yang lazat dan sihat untuk berbuka puasa. 



Untuk membantu membersihkan rumah amal sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, kakitangan Nestlé termasuk pasukan dari MAGGI® telah menganjurkan sesi gotong royong. Para sukarelawan yang turut menyertai juga telah mengecat baharu bahagian dinding rumah amal tersebut. 

Puan Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad menambah, “Usaha memasak dan mengedarkan hidangan bubur lambuk MAGGI® yang sungguh berkhasiat mencerminkan wawasan ‘Anda dan MAGGI Sajikan Kelainan’ untuk mewujudkan impak positif menerusi aktiviti masakan harian. Acara ini telah menjadi acara Ramadan tahunan kami dan kami berbangga untuk berkongsi keceriaan ini bersama Rumah Titian Kaseh pada tahun ini. Kami berharap pengalaman ini akan menjadi kenangan istimewa buat mereka dan kami berharap kami akan terus diberi rezeki dan peluang untuk menceriakan golongan- golongan yang memerlukan.” 

Mengulas mengenai majlis berbuka puasa anjuran MAGGI®, En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, "Ia amat bermakna bagi kami kerana dapat berbuka puasa bersama warga Rumah Titian Kaseh pada bulan Ramadan ini. Majlis hari ini merupakan peluang bagi kami untuk menyumbang kepada masyarakat dan kami amat bersyukur bukan sahaja kerana mengadakan jamuan berbuka puasa di rumah amal ini, tetapi diberikan kesempatan untuk meluangkan masa bersama para penghuninya.” 

Di samping itu, demi memupuk amalan pemakanan yang baik, satu sesi pemakanan interaktif telah dianjurkan untuk kanak-kanak. Dalam sesi kendalian Puan Nurul Iliani Ahmad, Pengurus Pemakanan Kategori, Nestlé Malaysia, kanak-kanak telah diajar tentang kumpulan makanan dan piramid makanan menerusi permainan yang menyeronokkan. 


Sejajar dengan komitmen Nestlé terhadap pemuliharaan alam sekitar, Nestlé telah mendidik kanak-kanak di RTK tentang betapa pentingnya amalan mengitar semula. Untuk menyemai amalan kitar semula yang efektif, kakitangan Nestlé berganding bahu dengan mereka untuk membuat hiasan rumah yang kreatif bagi menceriakan suasana menggunakan bahan kitar semula, termasuk bahan promosi, kotak kadbod dan botol plastik. 



MAGGI® akan bekerjasama dengan RTK untuk menjual bahan seni dan kraf yang dihasilkan daripada bahan kitar semula di rumah amal tersebut. Hasil kerja tangan ini akan dijual dan dana yang dikutip bakal disalurkan kepada RTK. Rumah ini juga akan menjual biskut dan kuih sempena musim perayaan. 

Menurut Hajah Sharifah Binti Haji Adlan - pengasas RTK, “Kami amat teruja dengan kunjungan pasukan dari MAGGI® dan Nestlé yang sudi mengadakan aktiviti ini bersama kami, disamping meluangkan masa dengan kanak-kanak dan penghuni lain. Majlis ini ternyata telah merapatkan hubungan silaturahim sesama insan pada bulan puasa dan kami amat menghargainya.” 

Untuk belajar cara menyediakan bubur lambuk MAGGI® yang lazat, sila layari laman web MAGGI® di http://www.maggi.com.my/.



Monday, March 25, 2019

MAGGI® & KPM Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Ke-23 Bagi Tahun 2019

Hi Korang,


Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) kembali buat tahun ke-23 berturut-turut! Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI® dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan cabaran baharu bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar bagi memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).


Acara MSSCC tahun 2019 telah dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 dan dirasmikan oleh Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Dengan tema ‘Anda dan MAGGI®. - Membawa kesan positif kepada masakan harian’, MSSCC 2019 juga menawarkan satu platform persaingan untuk chef muda memperlihatkan kemahiran memasak mereka dalam mencipta sajian masakan rumah. Di samping itu, MSSCC juga menyemai minat memasak dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menerusi pengalaman tahun lalu, MSSCC 2019 akan memperlihatkan struktur pertandingan serta elemen baru yang akan dipertingkatkan.


Menurut Cik Kimberly Oh, Pengurus Pemasaran MAGGI®, “Kami teruja kerana dapat memberi peluang sekali lagi kepada anak-anak muda Malaysia untuk menunjukkan kepakaran kulinari mereka menerusi MSSCC! Berbeza dengan tahun sebelumnya di mana pelajar akan mencipta sajian berdasarkan resipi sedia ada, pertandingan tahun ini menampilkan Cabaran Masakan Kreatif yang memerlukan pelajar untuk memanfaatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka dari permulaan pertandingan. Para pelajar akan diberi bahan mentah rahsia yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti serta kemahiran untuk mempersembahkan idea hidangan mereka. Terdapat juga penekanan yang lebih besar iaitu persembahan serta kemahiran berkomunikasi yang para pelajar perlu mempersembahkan resipi sajian yang telah mereka hasilkan.” 

“Kami sentiasa berusaha untuk memupuk kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pemakanan yang sewajarnya. Ini selaras dengan matlamat jenama kami untuk mencipta detik-detik bahagia untuk individu dan keluarga menerusi makanan yang enak,” tambah beliau. 

Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, “Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pihak lain, terutama sekali sektor swasta untuk bersama-sama melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih sihat. Kami gembira kerana dapat meneruskan kerjasama yang sekian lama terjalin dengan MAGGI® untuk memupuk tabiat makan yang sihat dalam kalangan pelajar kita.” 



“Kami yakin bahawa elemen baharu dan menarik ini menggalakkan pelajar kita untuk memperlihatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan menyediakan platform yang kukuh untuk membolehkan mereka mengembangkan keupayaan mereka,” ujar Encik Zainal. 

Bagi Cabaran Memasak Kreatif yang akan berlangsung di kedua-dua peringkat negeri dan kebangsaan, para peserta diberikan pelbagai bahan ramuan masakan. Langkah ini bertujuan untuk mencabar kreativiti dan kemahiran memasak dalam kalangan chef muda ini. Chef-chef muda perlu menentukan sajian masakan mereka dengan bahan berdasarkan kreativiti mereka.


Pertandingan tahun ini akan memperkenalkan satu kaedah baharu dalam aspek pengadilan dan pemberian markah di mana para pelajar akan dinilai berdasarkan kemahiran kulinari dan kemahiran teknikal seperti penyajian makanan, persembahan makanan, kaedah masakan serta khasiat nutrisi sajian. Pelajar juga diberi peluang untuk mempersembahkan konsep disebalik sajian yang akan dihidangkan kepada panel pengadil dan penonton sekaligus menyemaikan minat memasak melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. 

MAGGI® telah melancarkan program MSSCC pada 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan anak muda Malaysia dan menggalakkan amalan pemakanan yang sihat dan tabiat memasak yang baik. Setakat ini, lebih 10,000 sekolah serta 340,000 pelajar telah mengambil bahagian dalam acara ini dan mendapat pengetahuan dan kemahiran berkenaan makanan, nutrisi dan pemakanan sihat.


Semasa upacara pelancaran, tetamu jemputan telah menyertai pelbagai aktiviti, termasuk paparan interaktif Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Suku suku Separuh, 5 Warna Sehari dan Piramid Makanan Malaysia. Menerusi permainan dan aktiviti ini, peserta berpeluang untuk memperlihatkan kemahiran mereka sambil belajar tentang pentingnya pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang.


Kitaorang wakil media juga diberi peluang untuk menguji kreativiti mereka dengan dua cabaran menyelesaikan masalah yang berlainan, ‘KREATIF Cooking’ dan ‘KREATIF Setting’. 

Untuk maklumat lanjut tentang MSSCC, sila layari laman web https://www.maggi.com.my/bm/msscc-2019.