Showing posts with label Lunchtime. Show all posts
Showing posts with label Lunchtime. Show all posts

Friday, July 7, 2017

Lunch Ayam Goreng Kunyit Mat Rock Hari-Hari Pun Boleh

Hi Korang,

Sekarang ni masa kritikal sangat untuk nak pi lunch kat office aku ni. 

Yelah kat building office aku ni tempat makan semua dah tutup sebab tak ramai orang datang makan agaknya sejak APU college ni pindah kat TPM, so tinggal company-company keja je termasuklah company aku ewah kecik konon hananana

So now option yang paling dekat dan senang adalah makan di bangunan Sapura. 


Ada berlambak-lambak food truck kat situ masa makan tengahari sebab diaorang punye foodcourt pun dah tutup gak. Ada memacam jenis makanan yang boleh di makan tapi aku cuma pilih yang ni je which is Ayam Goreng Kunyit Mat Rock. 

Menunya simple je


Ayam goreng kunyit digoreng dengan kacang panjang, bawang besar panas-panas dan di hidangkan sekali dengan nasi putih panas-panas, sambal belacan pedas dan kicap. Ya allah ya tuhanku, makan pulak time panas-panas dan borak cerita-cerita panas so memang terbakar la kan hahahahhaa

Kalau korang nak tau sambal belacan dia tuh rasa sket je dah boleh berasap kepala, bagi aku lah. Lately ni aku tak berapa kuat makan pedas so boleh terasa apa-apa yang pedas sket Tapi pedas-pedas pun aku bedal jugak sebabbbbbb



Ini

Yeahhhh

Teh aisnya memang power giler, sedap, pekat melekat di tekak. Cukup segala rasa, teh tak cair, susu cukup dan ais cukup. Arrgghh memang penghilang dahaga betul. 

Tapi sekarang aku rasa diaorang macam dah kurangkan sket ayam goreng dan nasi lah, selalu aku makan ayamnya senantiasa berlebih dengan nasi la ni, rasa tak cukup plak.

Ke aku tak baca bismillah sebelum makan??? 

Huahauahuahauhau



Kaki Bebel,


LILY



Friday, May 14, 2010

Apa Korang Buat Time Lunch?

Salam Jumaat kat korang,

Ermm saja je nak tulis pasal nie plak. Lagipun aku kekeringan idea dan gusi akibat banyak berfikir dan banyak gelak dari pagi tadi.

Normally lunch hour yang seberapa nie tak kiralah 1 jam ke 2 jam macam2 benda yang boleh kita buat.Selalunya yang dapat aku perhatikan bila time lunch orang selalu buat perkara-perkara nie :-

Makan secara berjemaah. Maklumlah boleh car pool kan.
Baca surat khabar. Tak kiralah online ke kertas kan, at least tau gak pasal dunia

Tidur, penting oo at least nanti buat keje tak delah ngantuk kan
 
Borak2 Kosong a.k.a mengumpat. Ala biasalah gossip2 office kan

Hah nilah plak, time ari jumaat sebab time rehat lama kan. Untung sapa yang officenya dekat dengan Sogo ek!

Tapi aku plak lain kejenya. Korang tengok nie aku buat apa.

Update blog!. Hehehehhe

Aku rasa semua orang akan buat benda yang sama gak kan.Rasa-rasanya, korang yang mana satu di atas ek?

Semalam I call you, you tak answer

You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
but when I called Tommy he said it wasn't true

Ermm, kene pi site ke esok ek?