Showing posts with label Lobster. Show all posts
Showing posts with label Lobster. Show all posts

Monday, November 24, 2014

Red Lobster The Intermark KL, Merasa Jugak Makan Di Sini

Hi Korang,

Semua orang tahu yang udang kara or lobster memang payah nak dapat kat Semenanjung Malaysia ni. Hidupan laut ni agak unik sket bagi aku coz kita mudah dapat makanan laut ni di Sabah dan sedikit di Sarawak sahaja. Mungkin keadaan laut kat sana sesuai untuk lobster ini hidup dan membiak.



So bila dapat jemputan untuk food review di Red Lobster kat The Intermark ni memang aku tak lepaskan peluang. Pagi sabtu lepas, awal-awal lagi dah masuk KL sebab takut jem kan. Sempat jugaklah pi minum kopi kat San Francisso Cafe kat bawah ni.


Meh aku citer sket latar belakang mengenai Red Lobster nie k

Red Lobster, the iconic American casual dining seafood restaurant chain from the USA first restaurant in the US was opened in 1968 in Lakeland, Florida by founder Bill Darden and has since grown to over 700 restaurants across the United States, Canada, Middle East, South America, Japan and now Malaysia.

Red Lobster in Malaysia is operated by the Secret Recipe F&B Group in partnership with Darden Restaurants. According to Mr Ray Bauer, Managing Director of Franchise Operations, Asia for Darden Restaurants, Darden has invested into partnerships in cultivation of lobsters and aqua farm facilities for sustainable supplies in the country.

So korang tau sejarah restoran Red Lobster ni kan



Simple je deco dalam restaurant ni. Calm dan cozy je, ada pasang lagu-lagu sket. Sesuailah untuk korang nak bawak business partner ke, nak discuss pasal kerja ke, lepak-lepak dengan kengkawan, bawak family belanje makan kan. Hehehehe

ermm dap dapnye

alamak dia pandang aku plak

senyum sket

cantik kan

Dekat Red Lobster ni, famous dengan Maine dan Rock Lobster. Ianya boleh dimasak secara stim, grill dengan ketam dan makanan laut yang lainnya dengan additional charge. Untuk harga lobster yang segar, mengikut harga pasaran secara harian. So tentulah harga, may be kejap murah kejap mahal kan.


itu air masin tau

Untuk Maine Lobster dijual pada harga RM 27 per 100 grams manakala Australian Rock Lobster dijual pada harga RM56 per 100 grams. Sekurang-kurang berat seekor lobster dari 600gm hingga ke 1.5kg. So korang pepandailah buat kiraan matematik sket ek

Tak per, kalau teringin jugak nak makan tapi tak berapa nak mampu, korang boleh je pilih set-set menu yang di cadangkan di restoran ni. Tengok apa yang menjadi hidangan untuk team Cik Lily Putih (wah team sangat kan hahahah) pada hari tuh.


Complimentary Cheddar Bay Biscuits


Biskut Cheddar Bay ni memang dihidangkan sekali, korang tak yah nak order pun, Red Lobster’s complimentary tau. Makan panas-panas sementara tunggu hidangan lain sampai aumm aumm

Appetizer

Lobster Pizza (RM36.90)


Menggunakan isi Maine Lobster, mozzarella cheese, tomatoes dan basil. Crispy sebab nipis dan isinya banyak gak.

Parrot Isle Jumbo Coconut Shrimp (RM22.90)

Hidangan ini unik sket, udang di salut dengan isi kelapa dan di goreng ranggup. Sementara sos atau gravynya juga di letakkan isi kelapa sekali. So kerap kerup masuk ke mulut ek

New England Clam Chowder 
(RM10.90 per cup, RM17.90 per bowl) 

Creamy soup haruslah sedap, di makan panas-panas plak. Pelbagai bahan seafood dan juga kentang dalam sup ni

Lobster Bisque 
(RM11.90 per cup, RM19.90 per bowl)

Mr Big makan soup yang ini. Lagilah sedap katanya, sebab ada isi lobster yang berketul-ketul tuh. Di cicah garlic bread lagi kan.

Main Dish

Bar Harbor Lobster Bake (RM109.90)

Well well well, dapat jugak makan grill lobster ni. Isi lobster ni tak terlalu lembut dan tak terlalu keras, di grill dah di hidangkan sekali dengan pasta, mussel dan scallops.

Crab & Roasted Seafood Bake (RM74.90)

Yeah dapat jugak makan Alaskan king crab ni. Dihidangkan sekali dengan udang, sea scallops dan potato wedges. Nasib baik Mr Ray Bauer ajar ktorang cara bagaimana nak kopek kulit ketam ni ek. Patah pakai jari je coz kulitnya lembut. Mr Big sekali tengok je dah terus pandai buat. Hah, patah makan patah makan kan. Walaupun masin sket tapi sedap.

Grilled Lobster, Shrimp and Scallops (RM99.90)

Ni guna ekor Maine lobster, ianya di grill dan dihidangkan sekali dengan skewered shrimp, wild caught sea scallops dan wild rice pilaf. Special jugak hidangan ni tau.

Lobster and Steak Burger (RM69.90)

Burger daging bersama cheese dan onion rings. Dihidangkan sekali dengan grilled Maine lobster dan French fries

Dessert

Double Chocolate Torte (RM15.90)

Cheese Cake (RM15.90)

Hah ko, terus tersandar dibuatnya lepas makan semua ni.


Walaupun hidangan secara sharing tapi jenuh jugak nak menghabiskannya. Di tambah plak, waiternya asyik refill air minuman ktorang kan. Bila dia nampak cawan Mr Big almost airnya dah nak abis, terus je ditukar tanpa di suruh. Kiranya effisien lah kan.

Nak kemari, ini alamatnya


Red Lobster


Address : Lot G-17, Intermark Mall,
348 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Tel : +603-2181 4855


Operation Hours
Restaurant : 11am - 10pm (Mon - Sun)
Bar : 11am - 12am (Sun - Thu); 11am - 2am (Fri - Sat)

Aku sebab aku suka seafood, so haruslah aku kasi 5 bintang kan. Tekak kita tak sama so rasanya pun tak sama jugak lah.