Showing posts with label Listerine. Show all posts
Showing posts with label Listerine. Show all posts

Sunday, March 15, 2015

Jom Join “LARGEST MOUTHWASH RINSING EVENT” Sempena World Oral Health Day 2015

Hi Korang,

Meh meh dekat sket ek..

Aku ada berita baik lagi best ni. 

Sempena menyambut World Oral Health Day 2015 yang akan datang tak lama lagi ni, pihak Malaysian Dental Association dan jenama ubat kumur mulut No. 1 di Malaysia, LISTERINE® akan cuba mencipta rekod iaitu Largest Mouthwash Rinsing Event untuk dimuatkan di dalam Malaysia Book of Records bagi mewar-warkan mengenai betapa pentingnya penjagaan gigi yang sempurna setiap hari.

Ini hah detailsnya:

Date: Saturday, 21 March 2015
Time: Anytime between 10am to 10pm 
Venue: 1Utama Shopping Centre (New Wing), Highstreet Concourse (Ground Level)

Nak sertai? of courselah kan

Korang cuma mendaftar di kaunter pendaftaran dan kemudiannya berkumur di tempat yang telah pun disediakan dengan Listerine.

Kan senang kan..


Nanti korang akan dapat sebotol Listerine, voucher diskaun dan sijil eksklusif dari pihak Listerine. Bukan itu sahaja, korang juga berpeluang untuk memenangi hampers daripada Johnson & Johnson akan di berikan sepanjang hari tersebut. Selain daripada tu jugak, ada disediakan roadshow dan aktiviti berbentuk pembelajaran mengenai The World Oral Health Day 2015 


Nak tau lebih lanjut boleh ke 


or 

‘like’ the LISTERINE® Malaysia Facebook page at www.facebook.com/ListerineMalaysia


Apa lagi, moh lah pi kan...

Friday, February 1, 2013

Projek 21 Hari

Hi Korang,

Pagi ni entry simple je dulu coz nak cepat.

Sekarang ni aku dalam PROJEK 21.


Yelah 21 hari je projek ni. Kalau berjaya nanti aku citer kat korang ek

Sambung tengahari kang

Chow

Monday, January 21, 2013

Cabaran 21 Hari Mulut Bebas Kuman Dengan Listerine


Hi Korang,

Alah kalau setakat berus gigi tuh, semua orang memang buat kan. Tapi kita tak sure keupayaan berus gigi tu boleh ke sampai kat celah-celah bedah dalam mulut korang tuh.Betul tak?

Betul lah, nak-nak lagi orang cam aku ni. Yang taunya janji berus je gigi waktu pagi dan malam sebelum tidur, ye lain aku bukannya kisah sangat.


Disebabkan kita-kita tak berapa budak dan tua ni sangat, Listerine mengadakan kempenyang dikenali sebagai Cabaran 21 Hari Listerine® ini mencabar orang dewasa Malaysia untuk menambahbaikkan kesihatan mulut korang dengan menggunakan cecair kumur Listerine® dua kali sehari selama 21 hari berturut-turut, dengan jaminan pemulangan wang* bagi sesiapa yang tidak merasakan apa-apa perbezaan pada penghujung 21 hari.

Wow menarik tuh, rasa tercabat plak di buatnya

Sungguh ni!

Menurut Eunice Tan, Pengarah Komersial Johnson & Johnson Consumer Malaysia dan Singapura, majoriti orang dewasa Malaysia masih tidak mengamalkan berkumur dengan cecair kumur dalam rutin harian kesihatan mulut mereka. Ini mendedahkan mereka kepada isu-isu kesihatan mulut yang biasa seperti nafas berbau, kerosakan gigi dan gusi berdarah. 


“Memberus gigi hanya membersihkan 23% bahagian mulut. Berkumur dengan cecair kumur mulut antiseptik sangat penting untuk menghapuskan bakteria di kawasan mulut yang sukar dicapai oleh berus gigi. Malangnya, kajian menunjukkan hanya 23.6% rakyat Malaysia yang mengamal membersihkan mulut dengan cecair kumur dengan kerap,” Tan menjelaskan dalam ucapannya sewaktu pelancaran kempen.

Kenapakah 21 hari? 

Menurut Tan, para pakar bersetuju bahawa 21 hari merupakan tempoh yang diperlukan untuk sesuatu amalan itu dapat ditanam dalam kehidupan seseorang.


Kempen ini disertai oleh 21 orang selebriti tempatan termasuk para pelakon, hos radio dan TV, penyanyi serta personaliti sukan, yang menyahut cabaran menggunakan cecair kumur mulut Listerine dalam rutin kebersihan mulut harian mereka.  Mereka menjadi contoh terbaik untuk kesihatan mulut kerana mereka sering berinteraksi dengan orang ramai dan selalu mendapat perhatian orang awam. Oleh yang demikian, mengekalkan tahap kebersihan mulut yang tinggi bermakna mereka dapat meningkatkan tahap sosial atau populariti mereka.


21 orang tuh. Di antarannya Scha Al Yahya, Awal Ashari, Dynas Mokhtar, Atilia, Jay Menon, Abbas Saad dan ramai lagi lah. Aku pun sampai tak kenal dibuatnya.

Korang pun nak join gak?

Boleh, jom lah sekali dengan aku ek. Dapat kita jaga kebersihan mulut ni sepanjang hayat. Cantik je gigi korang gak nanti.

Nak boleh gak tengok video cam ne selebriti-selebriti mengekalkan tahap sosial mereka yang tinggi dengan Listerine® menerusi video mereka di www.facebook.com/ListerineMalaysia.


Nak dapat kan Listerine?

Cecair kumur mulut antiseptik Listerine® kini terdapat dalam sembilan jenis varian berbeza dan boleh didapati di pasar raya hiper, pasar raya dan farmasi terkemuka di seluruh negara. 


Untuk mendapatkan maklumat lanjut akan Cabaran 21 Hari Listerine®, sila layari www.listerine.com.my atau hubungi 03-7787 3106 (Isnin hingga Khamis, 9 pagi – 5 petang; Jumaat, 9 pagi – 3 petang).

Itu je, jom cer cepat join ek



Thursday, July 12, 2012

LISTERINE ® Natural Green Tea Bersama Dalam Kempen Semurni Senyuman, Seikhlas Hati.

Hi Korang,


Selain dari berus gigi tiap-tiap hari, korang ada kumur2 tak sket dengan Listerine? Aku ade tapi aku malas nak guna sebab rasa cam pedas  je, sangat mencucuk-cucuk lah. Itu yang jadi gigi aku pelbagai bentuk kan khakhakahka tipulah mane ade gigi memacam bentuk.


Mengapa pentingnya berkumur dengan Listerine ni?

Sebenarnya memberus gigi sahaja tidak memadai. Kajian terbaru menunjukkan 90% rakyat Malaysia masih menghadapi kerosakan gigi walaupun mereka memberus gigi dengan baik dalam rutin harian mereka. Ini adalah kerana terdapat tempat-tempat yang tidak boleh dicapai untuk dibersihkan hanya dengan memberus gigi.

Ingat tu tau!


Nasib baik lah Listerine yang femes dengan air kumur2 ni dah perkenalkan perisa terbaru ladi lembut dan segar iaitu LISTERINE Natural Green Tea yang menggabungkan kuasa membersersih secara mendalam dengan kebaikan semulajadi the hijau.  LISTERINENatural Green Tea yang serba baru ini dirumuskan untuk membantu menguatkan enamel gigi yang lemah di samping membentuk salutan perlindungan untuk menjadikan gigi tahan kerosakan.



Dr Arunee Laiteerapong, Pengarah Bersekutu Kajian Global Johnson & Johnson,Pembangunan dan Kejuruteraan untuk Rantau Asia Pasifik turut hadir di majlis perlancaran LISTERINE Natural Green Tea  bagi menerangkan aspek saintifik produk tersebut.


Kelebihan LISTERINE Natural Green Tea  ialah rahsia keajaiban teh  hijau ini terletak pada bahan antioksidan yang bergelar katekin yang berkesan dalam merencatkan aktiviti bakteria terutamanya bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi. Bakteria ini merupakan penyebab yang menghasilkan asid yang menghancurkan tisu gigi dan akibatnya dikenali sebagai karies.


Sempena pelancaran LISTERINE Natural Green Tea  ini pihak Johnson dan Johnson akan memulakan kempen amal  bersama-sama pelakon Irma Hasmie, model dan pelakon Fizo Omar serta pengacara TV dan guru agama Ustazah Amie Sofia untuk rakyat Malaysia senyum bagi kebaikan rumah anak-anak yatim Asrama Damai, sebuah rumah anak yatim yang terletak di Kuang, Selangor.


Secara spesifiknya dengan setiap cubaan atau berkumur dengan LISTERINE Natural Green Tea  baru di kaunter percubaan di hypermarket yang terpilih pada Julai ini, Listerine akan menyumbangkan RM1 kepada rumah anak yatim tersebut yang setakat ini menjaga 51 orang kanak-kanak berumur 4 hingga 17 tahun.

Dengan setiap pembelian botol 250ml atau lebih LISTERINE Natural Green Tea, Listerine akan menyumbangkan sebanyak RM2 kepada rumah anak yatim tersebut. Dapat pahala kan!kan!kan!


‘Kempen Semurni Senyuman, Seikhlas Hati’ merupakan contoh di mana amalan sedekah dilakukan melalui senyuman ikhlas, kata Ustazah Amie Sofia.



Irma Hasmie dan Fizo Omar turut menunjukkan sokongan bagi kempen senyuman ini kerana mereka sememangnya ingin membantu anak-anak yatim Malaysia.


Listerine membasmi 99.9% bakteria oral yang menyebabkan nafas berbau, plak dan gingivitis dengan Listerine yang serba baru dengan the hijau, say good bye to those bakteria ye.


Cecair Listerine Natural Green Tea ni boleh di dapati di seluruh kedai-kedai di Malaysia ini dengan harga RM4.90 (80ml), RM9.90 (250ml) dan RM22.90 (750ml). Tak de lah mahal pun kan, sesuai untuk kegunaan sessi keluarga.


CLP Notes : Best jugak pakai time bulan puasa nanti, harum je mulut kann tapi jangan sampai tertelan dah lah ye