Showing posts with label Lancome Maqui Miracle. Show all posts
Showing posts with label Lancome Maqui Miracle. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

Discover Your Miracle with Lancôme Maqui Miracle

Hi Wanita Sekalian,

Dengar ini cerita mengenai cantik.

Wanita tidak boleh di pisahkan dengan cantik. Semua wanita ingin menjadi cantik tak kiralah dari anak-anak kecil hingga ke wanita yang telah lanjut usia.Bagi aku semua wanita cantik tapi mereka ini tidak tahu bahawa mereka ini mempunyai aura kecantikan yang tersendiri. Walaupun kulit muka kurang elok, di mamah matahari, penggunaan krim muka yang kurang berkesan tetapi kita masih boleh memperbaikinya lagi.

Jom mari sini aku nak tunjukkan kepada wanita sekalian, ini dia memperkenalkan

'Lancome Maqui Miracle Compact'


Gambarajah di atas menunjukan kaedah saintifik bagaimana Lancome Maqui Miracle ini bertindak. Mesti korang tak berapa nak faham kan. Meh tengok keberkesanannya plak. Ia bukan bedak compact biasa tetapi lebih dari biasa kerana ianya mempunyai Aura yang maha hebat iaitu

Miracle Aura
- recreate your inner light radiance
- Natural, shine-free and brightening translucent finish

Miracle Touch
- Ultra-fine powders adhere to skin for a poreless-smooth finish
- Light, airy sensation all day long
- Exclusive luxurious duo sponge helps to create the ideal coverage
Miracle Protection
- The highest UV protection with SPF 35/PA+++ ever in a compact
- Mineral-rich formula suitable for sensitive skin
- 12 hours long-wearing

Apa macam, hebat kan. Baca pasal kebaikannya dah kagum ini pulak bila dapat menggunakannya. Betul tak?

So macam ini penggunaannya. Senang sahaja


Mestilah kena ada bedak compact Maqui Miracle ni. Tapi kalau ada Genifique ni lagi bagus sebab ia untuk anti ageing ala tak nak biar kulit berkedut.


Sapukan Genifique ni dulu secara rata. Usap-usapkan di semua bahagian muka sambil mengurut mengikut pusingan jam. Jadi darah dalam kulit muka tu lancarlah berjalan kan. So tambah lagi aura muka tu nanti. Kemudian baru lah di sapukan bedak Maqui Miracle ni. Kena dua kali sapu tau. Sebab.. hah baca lagi bawah ni.


Maqui Miracle ini mempunyai 2 jenis permukaan span yang berbeza. Satu kasar sedikit then satu lagi lembut. Korang boleh nampak perbezaan span ni dekat gambo kat atas tuh.


Untuk melihat keberkesanannya, aku telah pun membuat eksperimen di kulit muka aku sendiri. Korang tengok lah..


Aku menggunakan dalam masa 12 jam waktu bekerja dan itulah hasilnya. Walaupun nampak macam biasa kerana aku kurang menggunakan make-up tetapi aku dapat rasakan kehebatan Maqui Miracle ini. Kulit aku kurang rasa berminyak hingga ke petang walaupun saban waktu aku begitu aktif berjemur di matahari terik.

Bukan aku sahaja sudah mencuba malah 63 wanita lain (Lancome info) juga sudah mencuba dan mereka juga merasakan keberkesanannya.


Harga bedak compact RM130 dan casingnya RM55

 
Jadi apa lagi, kepada yang ingin menjadi cantik. Cubalah Lancome Maqui Miracle Compact ini. Ala bukan mahal pun kan. Sedangkan handbag, kasut, baju kita boleh beli mahal-mahal inikan pulak kecantikan diri. Betul tak? 
 
 

Terima kasih kepada Lancome yang sudi memberi aku rahsia kecantikan wanita hari ini.



Lancome Maqui Miracle : The Secret of Aura Bright

Friday, March 18, 2011

Great Time @ Loreal Lancome Workshop By Nuffnang

Hi Korang,

Lately ni lambat plak aku update blog sebab sibuk nau bercuti-cuti Malaysia kan. Nilah baru ada masa nak update.

Inilah Maqui Miracle

So hari tuh, dapat jugak aku invitation untuk Lancôme Maqui Miracle Workshop dekat Loreal Office di Damansara Uptown. Sapa lagi yang ajak kalau bukan Nuffnang. Yelah dah orang ajak so mestilah pergi kan.

A very fun workshop yang di anjurkan oleh Lancome ni. Rupanya Lancome akan melancarkan produk terbarunya Maqui Miracle iaitu foundation yang sesuai untuk semua jenis kulit untuk wanita2 yang cun cam korang. Ktorg diterangkan apa yang terkandung dalam produk tersebut dan cara penggunaannya sekali.

Sempat jugak ktorg diajar cara bermekap dari Zamri Zainol, residen Make-Up Artist untuk Lancome. Wah memacam teknik yang dia ajar yang aku sendiri langsung tak tahu. Wah pas ni confirm aku cantik jugak lah sebab dah pandai makeup.


Workshop di akhiri dengan sessi Q & A dengan pemberian goodies bag. Wah seronok memasing mengangkat tangan nak jawab soalan, nak dapat hadiah lagi kan.



Ladies Bloggers Yang Hadir.

With Nisa Kay (Kalau x kenal, sila tanya Darkbatman)


Sessi workshop mestilah di akhir dengan sessi bercamwhore lah. Seronok betul ladies bloggers ni, memasing amik gambo sampai tak ingat lah. Majoriti bloggers yang datang ni semua bloggers baru so dapatlah ktorg nie berkenal-kenalan. Tak lupa jugak RedMummy pun ada. Sampai lambat sebab parking kete jauh katanya. So diorg nie lagilah seronok kan. Bertambah glam lah ko K Red oi.

Lepas anta K Red kat parking kete dia, aku dengan Ruby terus cabut ke Tropicana City coz nak pi tengok wayang plak..

Ermm best lah! Pas ni bertambah cantiklah aku tau..