Showing posts with label L’Oréal Product. Show all posts
Showing posts with label L’Oréal Product. Show all posts

Sunday, August 10, 2014

L’Oréal Paris Mat Magique, Bedak Untuk Kulit Berminyak Macam Saya

Hi Korang,

Inilah nasib orang macam aku yang mempunyai kulit berminyak.

Aku senantiasa tercari-cari produk yang bersesuaian dengan kulit muka aku yang bermasalah ni, tapi bukanlah masalah teruk pun cuma kulit berminyak saja. Tapi berminyak pun, kenalah jaga dan kawal pengeluaran minyak tu bukan apa takut naik kusam plak nanti.


Nasib baiklah L’Oréal Paris membawakan penyelesaian terbaik untuk mengakhiri masalah kita ni. Direka dan dirumus khas bagi wanita Asia Tenggara, L’Oréal Paris Mat Magique All-in-One Compact with SPF 34 PA+++ membolehkan kita memiliki kulit yang cantik, segar berseri dan kesan seakan-akan tiada pori selama 12 jam lamanya!

Oit lama betul, sampai ke malam ni dibuatnya kalau kita guna seharian kan.




Masa aku ke media launch produk ni hari tuh, aku memang dah cuba sendiri keberkesanannya, boleh tahan gak lah bila aku yang hari tuh duk keluar masuk office kan. Memang bedak tuh still sekata lagi dan tanda minyak tu kurang.



Dengan L’Oréal Paris Mat Magique All-in-One Compact with SPF 34 PA+++, korang boleh menyempurnakan kulit korang dengan sekelip mata. Ini merupakan penemuan terbaru dalam dunia kecantikan, mineral unik yang berkualiti tinggi: Natural Volcanic Perlite menjadikan kulit tampak matte dan menyerap minyak, memberikan korang kulit yang tidak berminyak dan segar untuk berjam-jam lamanya.


Bedak kompak semua-dalam-satu ini berfungsi dalam tiga cara bagi menghasilkan rupa Matte Moden yang berpanjangan:

Mencantikkan – Ciri Mat Magique yang mengimbangi keadaan kulit membuatkan kulit tidak berminyak selama 12 jam*, walaupun dalam cuaca yang panas dan lembap seperti di Malaysia. Malah, anda tidak perlu lagi memakai semula bedak kompak sepanjang hari

Menutup – Mat Magique membantu menutup cela dan kekurangan, memberikan penutupan yang sehebat bedak asas lain, sambil memanjakan kulit dengan lapisan bedak yang ringan. Dengan kemasan mulus dan ringan, kulit berubah dengan serta-merta.

Melindungi – Dengan SPF 34 PA+++, Mat Magique menawarkan perlindungan dari pancaran UVA/UVB pada spektrum yang luas, dan memastikan kulit anda kekal terlindung dari gangguan luar, untuk menjamin kecantikan berpanjangan.



“Di L’Oréal Paris, kami ingin menawarkan kepada pelanggan kami produk yang menggabungkan teknologi terkini dengan warna, tekstur dan kemasan yang terbaru, pada harga yang boleh dimiliki ramai. Mat Magique merupakan jawapan bagi masalah kulit wanita Asia Tenggara. Dengan hanya satu sapuan, anda dapat menghilangkan kulit berminyak, lubang pori yang jelas, warna kulit yang tidak sekata serta kekusaman. Natural Volcanic Perlite menjadikan kulit matte dengan segera, menjadikan ia tidak berminyak selama 12 jam lamanya*, tanpa perlu memakai semula bedak,” kata Cik Goh Sa Ki, Pengarah Pemasaran L’Oréal Paris Malaysia.


Untuk melengkapkan gaya Matte Moden, padankan dengan L’Oreal Paris Color Riche Moist Matte baru, sebuah rangkaian gincu yang mewah dan terang, yang memberikan kemasan matte pada bibir sehingga empat jam lamanya.


Pelakon muda, Erin Malek berkata bahawa kulitnya kelihatan segar dan sempurna lebih lama setelah menggunakan L’Oréal Paris Mat Magique. “Saya seorang pelakon dan sentiasa berhadapan dengan kamera. Oleh itu, saya perlu kelihatan segar setiap masa. Nasib baik saya ada L’Oréal Paris Mat Magique. Ia mengekalkan kecantikan kulit saya selama 12 jam agar kelihatan sempurna.


Dengan jadualnya yang padat dan gaya hidupnya yang sentiasa sibuk, tugas Megan Tan sebagai hos TV memerlukannya untuk kelihatan cantik sepanjang hari. “Kulit saya memang berminyak secara semula jadi, dan ini agak menyusahkan kerana solekan saya kelihatan berkilat dan tidak sekata setelah seharian bekerja. Lagi-lagi tatkala saya sibuk dengan penggambaran, temu ramah dan mesyuarat – matahari dan kelembapan merosakkan keadaan kulit saya! Setelah mencuba L’Oréal Paris Mat Magique, saya dapati bahawa kulit saya kekal matte lebih lama, dan saya tidak perlu memakai semula bedak sepanjang hari. Yang bagusnya, bedak ini memberikan rupa yang asli, dan tidak meninggalkan kemasan yang tebal” katanya.



L’Oréal Paris Mat Magique All-in-One Compact with SPF 34 PA+++ boleh didapati dalam tiga tona yang dirumuskan khas bagi tona kulit Asia Tenggara: R1 Rose Ivory, N2 Nude Vanilla dan G2 Golden Ivory; manakala L’Oréal Paris Color Riche Moist Matte terdapat dalam 8 warna. Ianya dijual pada harga RM39.90, isian semula boleh didapati pada hanya RM19.90, manakala gincu bibir pula dijual pada harga RM35.90 setiap satu dan boleh didapati di farmasi dan runcit terkemuka.