Showing posts with label L'Oreal product. Show all posts
Showing posts with label L'Oreal product. Show all posts

Monday, September 22, 2014

Photoshoot untuk Loreal Product

Hi Korang,

Ini citer 2-3 minggu lepas


Aku dapat offer untuk jadi testimonial bagi produk Loreal yang terbaru, iaitu Revitalift V-Shaper. 

Memula kitaorang kena amik gambar sebelum dan selepas. hah ko bergambar sakan siap. 

makeup dulu jap

Lepas 2 minggu tuh, ktorang datang balik untuk shooting balik untuk tunjukkan hasil keberkesanannya. 

ambil gambar official dulu

cantik plak aku tengok gambar ni ek

Ambillah gambar lagi untuk photoshot, hehehehe siap ada shooting untuk video commercial. 

mereka-mereka, si model 30 an

dengan ayu, belum makeup lagi ni

dengan farah dan sueizza

Sangat-sangat seronok coz dapat tau cam ne model-model bekerja. Mana tau satu hari nanti aku boleh jadi residen model Loreal kan hehhehehe

berangan jelah tak sudah kan

Ermm nanti aku citer lagi pasal product revitalift v-shaper ni ek

Wednesday, January 25, 2012

Muda Dengan Hanya Setitis L’Oreal Youth Code Pre-Essence


Hi Korang,

Ingat tak aku penah citer yang aku  ada pi L’Oreal event last month. So one of the product yang diorg duk perkatakan ialah L’Oreal Youth Code ini. Aku dah lama dengar tentang product ni so memang tertunggulah info mengenai Youth Code ni.


Actually L’Oreal Youth Code ini merupakan langkah pertama untuk korang dalam mengaktifkan proses pemulihan semulajadi kulit dari dalam. Terdapat Pro-Gen Technology yang direka khas oleh L’Oreal Paris untuk meningkatkan keupayaan kulit supaya  nampak lebih muda secara semulajadi.

Sesuai untuk semua jenis kulit tak kira lelaki ke wanita apa jua umur pun. Dengan hanya setitis Youth Code ini, korang gunakan pagi sekali malam sekali sebelum pakai skincare lain. Kira cam jimat gak lah, one drop je boleh tahan lama lah kan.


Keberkesanannya?

Dengan menggunakan Youth code Pre-Essense, hasilnya kita leh nampak serta merta

Satu Titik – kualiti kulit berubah. Kulit terhidrat dan licin selembut sutera, tona kulit kelihatan segar.

Dalam 1 Minggu – Kulit mula kelihatan lebih muda. Tekstur adalah baik dan lebih anjal so kulit kelihatan berseri.

Dalam 1 Bulan – Kulit jadi muda, seolah-olah masa time muda-muda dulu.


L’Oreal Youth Code Pre-Essence ini boleh di dapati di kesemua farmasi dan pasaran di seluruh negara dengan harga RM105.90 sebotol. Tapi tahan lama coz satu titis je kann setiap hari.

So apa lagi, nak muda nak cantik meh kita gunakan Pre-Essence hebat ni dari L’Oreal Paris. Maya Karin pun guna gak product ni, so tak de sebab korang tak leh cantik macam Maya Karin kan.

Coz korang kan begitu berharga

CLP notes : Kulit aku ni jenis berminyak kira cam lambat sket nak absorb kan sebab essence tu nak lalu cam payah sket coz banyak lemak kat pipi aku ni dia kena langgar.. khakahkahakha. Bila ada perubahan sket, nanti aku tunjuk kat korang ek


Tuesday, January 3, 2012

L'Oreal French Glamour With True Innovation Event

Hi Korang,

Aku dapat invitation untuk event glamour sakan ni dari L'Oreal Paris. Diorg ni memang suka sangat ajak aku ke event diorg alah riuhkan majlis katanya kan. Eh bukan aku sorang je lah, ada jugak blogger glamour yang lelain di ajak sekali, barulah riuh lagi kan. 

Bloggers yang Hot Dengan Ms Connie

Aku pun tak tau apa masalah aku ek, kalau pi memana event aku ni memang puntual jarang lambat kecuali kalau ada sebab je. Kalau record ni confirm aku dapat anugerah blogger puntual kan. Sesampai geng2 yang lain pun baru 2-3 kerat kan. So sementara tunggu yang lelain ktorg sapdek dulu lah.

Spagetti Udang yang sedap betul

Dessert pun ado jugak lah

Tengok menunya western cuisine. Walaupun pun simple je but aku tetap tambah 2 kali tau. Sedap sangat spagetti udang tuh. 


Once dah puas makan2 sambil bercamwhore, ktorg pun di jemput ke training room coz event dah nak start. So acara dimulakan dengan kata alu-aluan dari  Mr Mr. Ivan Franco the Marketing Director of L’oreal Paris  dengan sedikit ucapan dan tayangan beberapa  slide presentations tentang  sejarah penciptaan L’oreal.

Seterusnya ktorg pun di perkenalkan dengan beberapa produk terbaru keluaran L'Oreal Paris ni.

L'Oreal Perfect Clean Foaming Scrub

L'Oreal Youth Code Pre-Essence

L'Oreal Double Extension Curl Mascara

L'Oreal Roll'On True Match Foundation


Part ni yang best ni, ktorg di berikan sebakul product skincare yang mengikut keperluan kulit muka ktorg. Cam aku kan jenis oily skin so dapatlah product untuk kulit berminyak ni.

Apa lagi terus je ktorg cuba satu persatu segala mak neka product ni. 

Tengok aku tengah duk sapu foaming cleanser ni. Lembut je then ada biji2 halus cam scrub.

Perasan cantik bila dah sapu Base Magique. Memang lembut dan wangi plak tuh

Tengah dipakaikan mascara. Manja sungguh! 


Dah puas mencantikkan diri bagai, sebagai tanda penghargaan kat ktorg bloggers yang comel cute miut nie, ktorg di hadiahkan rantai dari L'Oreal Paris. Siap tulis You're Worth It. Hah! bangga kejap coz terasa begitu di hargai kan.


Inilah yang diorg bekalkan untuk ktorg. Hah macam tak percaya melambak-lambak. Rasanya tak sabar nak cuba semuanya. So nantikan review aku mengenai semua produk ni kan.

So thanks to Connie dan L'Oreal Paris team yang sudi menjemput aku blogger yang tak berapa glamour ni untuk jayakan event yang best ni.


credit : ada certain gambo cilok dari Madammondoq.com