Showing posts with label Kulit Muka Cantik. Show all posts
Showing posts with label Kulit Muka Cantik. Show all posts

Thursday, September 20, 2012

L’Occitane Angelica Skincare, Penjagaan Kulit Muka Dari Dalam

Hi Korang,

Wanita mana yang tak nak cantik dalam dunia ni, cuba cakap kat aku siapa ek? Aku ni pun walaupun tak berapa nak cantik still berusaha untuk mencantikkan diri. Tapi Mr Big kata tak yah nak make up sangat lah, asalkan kulit muka bersih itu pun dah cukup bagus dah.


Tapi kita orang perempuan, mana pernah puas kan, betul  tak?


Recently aku dapat invitation ke Angelica Skincare Workshop dari L’Occitane merupakan salah satu jenama penjagaan kulit muka terkemuka dari France di The Aprtment, KLCC. A very closed and intimate session mengenai Angelica skincare ni, cuma 5 orang bloggers je yang dijemput. Best tuh..




Angelica ini merupakan sejenis tumbuhan yang juga dikenali sebagai ‘Angel Grass’ merupakan tanaman tradisional dari keluarga Umbelliferae di France. Struktur pokoknya yang amat sesuai digunakan di dalam penjagaan kulit kerana sifat hydrasinya dan kadar kelembapannya yang begitu menakjubkan.

Ok its time tuk mencuba yeah!

Cleansing Lotion-200ml at RM100

Face Toner-200ml at RM84

Milky Lotion- 100ml at RM105

Exfoliating Gel-75ml at RM107

Eye Roll On-10ml at RM101

Hydration Crème-50ml at RM173

UV Shield SPF15 and SPF40-30ml at RM130 and RM158

Hydration Mist-100ml at RM71

Bestkan product L'Occitane nie, aku sendiri pun teruja di buatnya lah.




Banyak step aku belajar dalam ilmu penjagaan muka secara detail ni. Memang best sangat sebab boleh rasa effect yang buat kat tangan tu sekelip mata je tau. Betul-betul membersihkan kulit muka dari dalam, rasa sangat segar, sangat lembut lepas mencubanya.


Inilah dia complete set of L’Occitane Angelica Skincare.



Abis je workshop betul-betul time lunch so apa lagi makan dulu kenyang-kenyang kat The Apartment sebelum balik. Sedap juga Baked Fish ni, rasa lemak-lemak ikannya.


Aku tak balik dengan tangan kosong ye, ktorg dibekalkan dengan L’Occitane Angelica Product ni 1 set tau. Berat gak mengangkatnya maklumlah botol kaca kan.

Anyway, thank you to Team L’Occitane especially Clarance dan Sharon coz sudi menjemput dan melayan kerenah bloggers yang nak senantiasa nak cantik!




Tuesday, June 26, 2012

L’Oreal Paris White Perfect Laser™ Bloggers Briefing, Really Worth It.

Hi Korang,

Intense Pulsed Light (IPL) treatment, pernah dengar tak? Aku pun baru first time dengar jugak tapi kalau buat rawatan laser kat muka? Mesti biasa dengar kan. Cara cepat nak cantikkan kulit kan, gunakan rawatan laser. Cepat tu memang cepat but harga servicesnya tu memang menakutkan. Mana taknya satu sessi tu lebih RM300-600 each tau. Mahal…




Bertitik tolak daripada rawatan IPL inilah L’Oreal Paris mengilhamkan produk kosmestik berteknologi tinggi jeng jeng jeng..

L’Oreal Paris White Perfect Laser™

Produk White Perfect Laser ini mensasar tepat ke bintik-bintik gelap, memperbaiki dan melindungi kulit untuk pencerahan sempurna dalam hanya dua langkah.


So masa di L’Oreal Paris White Perfect Laser Bloggers Briefing di Mid Valley hari tuh, ktorg beauty bloggers ni diberikan penerangan terperinci mengenai produk terbaru dari L’Oreal Paris ni. 




Ms Ashley selaku jurucakap bagi L’Oreal Paris menerangkan mengenai bahan-bahan kecantikan yang digunakan di dalam White Perfect Laser ini, cara bagaimana essence pencerahan ini bertindak, kesan penggunaannya dan pelbagai lagi.


Kemudian Beauty Advisor menunjukkan demonstrasi cara penggunaan White Perfect Laser ini satu per satu di mulakan dengan turutan seperti di bawah



1. L’Oréal Paris White Perfect Milky Foam
2. L’Oréal Paris White Perfect Toner
3. L’Oréal Paris White Perfect Micro-Vibration Eye Brightener
4. L’Oréal Paris White Perfect Laser™ Anti-Spot Brightening Essence
5. L’Oréal Paris White Perfect Laser™ All-Round Protection Whitening Day Cream


Time nilah ktorg bloggers ni tanya macam-macam soalan, sampai pening2 Ms Connie kita nak menjawab soalan kan. Siap ada yang bagi opinion tentang packing lagi tau. Hebat tak kuasa bloggers ni hehehehhe


Tak ramai Cuma 8 orang je dijemput oleh pihak PR tapi 5 bloggers je yang dapat hadir coz yang lelain tuh commitment dengan kerja kan.




Selesai je demonstrasi cara penggunaan, ktorg di perlihatkan ke atas sekeping gambar bagaimana kesan wajah seseorang tu jika tiada penjagaan kulit dilakukan ke atas wajah mereka. Hah ko, pigmen, bintik hitam, kulit gelap semua boleh nampak atas gambar tersebut. Jadi takut plak aku di buatnya.


Lebih kurang 1 jam jugak briefing mengenai L’Oreal Paris White Perfect Laser™ ni. Lepas tu ktorg di jemput ke Delicious Café untuk Hi –Tea. Ya ampun, memang sedap nau kuih muih, cakes, biscuits, scones, muffins, pavlova, chocolate kat situ. Semuanya aku bedal tanpa kira kolestrol pun khakhakha


Sememangnya jutaan terima kasih kepada pihak PR dan L’Oreal Paris sendiri yang sudi menjemput ktorg ke event yang amat casual dan santai ni. Hopefully ada lagi jemputan sebegini lagi kan.


Nanti aku citer kat korang mengenai produk ini dengan lebih lanjut ek. Memang tak sabar nak cuba lah sebab dalam masa 8 minggu je kulit muka akan jadi lebih cerah dan bersih kan.

CLP Notes : Ermm tak sabar nak cantik lah kan korang kan..