Showing posts with label Korean food in Nilai. Show all posts
Showing posts with label Korean food in Nilai. Show all posts

Tuesday, July 23, 2019

RISTECH CAFÉ, Nilai. Nak Makan Korea, Western, Italian Semua Ada Tau!

Hi Korang, 

Sampai ke Nilai ahkak korang pi jalan-jalan cari makan ek, memang melampau betul ek. Dah macam level tv show Jalan Jalan Cari Makan setiap Ahad di TV3 tuh ek. 

Huahau poyo bebenau ayat-ayatnyer pun kan!!


Tak de maknanya akak sampai ke sana kalau takde sebab ye 

La kan site office kak lily memang area Nilai so memang kebetulan merayau-rayau time lunch tuh ternampaklah Ristech Café ni so dalam hati dah plan dah kene ajak bebudak blogger kaki makan ni rasa jugak, jadiknya di plan kan satu malam di minggu lepas ek. 

Kitaorang sampai ke area Nilai lepas maghrib camtuh dengan acik Kols yupikoh tuh sesat barat bagai hehehee, she’s redah kasi pecah punyer orang huahauhauaha janji sampai katanyer.


Kalau korang nak tau Ristech Cafe ini terletak di Kuarters Business Center Nilai Negeri Sembilan. Berhampiran dengan stesen Petronas dan kedainya di tingkat atas bersebelahan dengan Pasaraya Segi. Memang betul-betul di dalam kawasan perumahan, sesuai sangat pemilihan lokasinya memudahkan pelanggan datang ke sini untuk menikmati makanan pelbagai jenis rasa ini. 

Sedikit kak lily kongsikan mengenai Ristech Café ni lagi ek, ianya dimulakan selepas tahun Baru Cina tahun ini (2019) menawarkan menu-menu hidangan bercitarasa Barat (western), Itali (italian) dan Korea (korean). Ke semua hidangan disediakan oleh pemilik cafe iaitu selaku chef yang cukup berpengalaman dalam bidang kulinari dan masakan. Kemain tuh ek, dah ler tuan punya café jadi chef lagi kan 

Once ktorang masuk ke dalam Ristech Café ni, terus macam wow!!







Dekorasinya simple tapi cantik sangat-sangat menenang jiwa ewah kengkonon ek. Ada beberapa ruangan untuk korang pilih samada untuk makan bersendirian tanpa gangguan, meja untuk lepak-lepak chill bersama kengkawan even ruangan untuk meraikan majlis-majlis seperti sambutan harijadi, makan malam esklusif privasi pun ada jugak. 

Membebel jelah ko kan kak, dah ler tunjukkan menu-menu makanan tuh ek 

LINGUINE SHRIMP and SPINACH | RM12.90 

Selalu pekena spagethi je kan so why not kita tukar selera dengan makan Linguine ek. Hidangan tampak simple tapi rasanya mengagumkan dan kena makan panas-panas sebab cheesenya yang banyak dan bila di tarik Linguinenyer ermm amik ko, sila lap air liur tuh 

CAJUN CHICKEN AFREDO | RM12.90 

Hidangan pasta ye bukan ayam semata-mata tau, dan lagi sekali cheese memainkan peranan di di sini walaupun pedas tapi nyaman sampai ke tekak 

DEEP FRIED CORDON BLEU | RM18.90 

Ayamnya ranggup dan sesuai di hidangkan sekali dengan sos putih yang enak tuh 

DEEP FRIED CHICKEN CHOP SPECIAL | RM14.90 

SWEDISH MEATBALL | RM10.90 

Daging meatballnya di buat sendiri ye itu yang best tuh dengan sos blackpeppernya yang mantap 

YANGNYEOM-CHIKIN | RM8.50 (6 pcs) RM16.50 (12 pcs) 

Nampak macam pedas tapi tak pun, terus kak lily makan 2 ketul hehehe. Ayamnya garing dan sos koreanyer enak 

GANJANG-CHIKIN | RM8.50 (6 pcs) RM16.50 (12 pcs) 

Untuk tak boleh makan pedas, sila order ayam ni. Sedap bak hang wokeh! 

Minumannya sangat-sangat awesome jugak tau.. 

GREEN TEA LATTE VIRAL, AJUSHI MILK TEA VIRAL dan TEH PUAKA JB VIRAL 

Kemain nama memasing ek, sampai terkejut kak lily dengar tau. Teh Puaka yang kemain tak sabar nak minum tuh kan.


Untuk air AJUSHI MILK TEA VIRAL, bagi 5 pelanggan yang pertama pada jam 6 petang dan 8 malam ditawarkan harga istimewa iaitu RM5. Harga biasa minuman ini adalah RM7. So, kalau korang nak dapatkan harga lebih murah kena datang awal pada tepat jam 6 petang dan 8 malam setiap hari kecuali Jumaat ya. (Jumaat cafe tidak beroperasi). 

RISTECH MEAT and GREET | RM5 

Comey kan, tak sangka ada hidangan sebegini. Ini namanya grab and go tau, Isi daging tebal digrill, dinikmati bersama sos mayonis dan keju serta waffle sebagai rotinya.


Nak tambah uniknya lagi Ristech Café ni, di sini ada di sediakan satu section untuk korang menikmati makanan-makanan simple yang boleh di Do It Yourself (DIY) sendiri, seperti maggi, makanan sejuk beku dan pelbagai lagi. Just cakap je di kaunter nak makanan DIY nanti diorang keluarkan menu untuk korang pilih then gunakan microwave yang di sediakan then panaskan. Untuk hidangan-hidangan ini takdelah mahal mana pun, ikut harga macam kat luar gituh je.


Istimewanya bermula dari 20 Julai 2019, Ristech turut menawarkan sarapan pagi dari jam 8 pagi sehingga 12 tengahari. Antara 3 menu yang korang mesti cuba adalah seperti Roti Goyang, Cinnamon Toast dan Omelette Toast. Didatangkan dengan 'hot espresso' dan harga ditawarkan hanya RM7 sahaja.


Kalau korang bosan menunggu kengkawan korang yang lambat sampai tuh, boleh lepak-lepak main game untuk hilangkan stress. Online game dan PS 4 jugak, ermm hah yelah. Untuk 2 jam pertama RM18 dikenakan dan untuk jam seterusnya hanya RM7 untuk setiap jam.


Cara pembayaran adalah samada secara tunai, apps Boost ataupun e-wallet Touch n Go. Untuk penggunaan apps Boost dan e-wallet Touch n Go akan diberikan 5% diskaun daripada harga jumlah bayaran. 

By the way, ok ok kan harga makananyer kan

Jom ke : 

Ristech Café, 
C29-1 Jalan Pusat Niaga, 1, 
Klia, Kuarters Business Centre, 
71800 Nilai, Negeri Sembilan. 

Tel : 60 19-296 9306 

Opening Hours : 
Setiap hari 
8 pagi - 12 tengahari
3 petang - 11 malam



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook Page : 

Instagram Link : 



#RistechCafe
#NilaiBestWesternFood
#NilaiBestItalianMeal
#NilaiBestKoreanSpicyChicken