Showing posts with label Koleksi Coca-Cola Preppy. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Coca-Cola Preppy. Show all posts

Wednesday, May 18, 2016

Coca-Cola Collectors Fair 2016

Hi Korang,

Sabtu 2 minggu lepas, aku sempat ke event Coca-Cola Collectors Fair 2016 ni di Berjaya Times Square


Gigih tau pepagi tuh naik train ke sini sebab malas nak bawak kereta, alah train stop depan mall so tak yah nak susah-susah kan





Coca-Cola Collectors Fair 2016 yang mengundang nostalgia kali ini diadakan untuk meraikan ulang tahun ke-80 kehadiran Coca-Cola di Malaysia.




Buat tahun keenam, acara yang dinanti-nantikan ini mendapat sambutan daripada peserta-peserta dari sepuluh negara termasuk Sepanyol, Korea, Jepun, Macau, Hong Kong, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura untuk berganding bahu dengan kolektor barangan Coca-Cola di Malaysia.










Selain menikmati keghairahan 60 kolektor tanah air dan luar negara mempamerkan dan bertukar-tukar barangan Coca-Cola yang luar biasa dan jarang ditemui, acara ini diperhebat lagi dengan pameran gambar dari arkib Coca-Cola Malaysia yang memaparkan perkembangan syarikat minuman yang popular ini sejak kemunculannya di Malaya pada 1936.












Tidak mengabaikan orang awam yang turut hadir untuk merasai kehebatan koleksi Coca-Cola, pesta tersebut menyediakan peluang kepada mereka yang memiliki memorabilia Coca-Cola untuk menilai harganya di petak “Coke Converters”, di mana kolektor-kolektor pakar membantu mereka untuk mendalami latar belakang dan sejarah item yang dimiliki, sekali gus mengetahui nilai wangnya di pasaran hari ini.

Untuk menghargai peranan penting Coca-Cola bersama rakan niaga F&B dan perniagaan sokongannya, acara pada tahun ini melihatkan penglibatan rakan niaga rasmi Coca-Cola seperti Wendy’s, Krispy Kreme dan Hero Market dengan memberi tawaran istimewa kepada semua pengunjung pesta hari ini.



“Coca-Cola telah menyentuh hati warga Malaysia selama berpuluh-puluh tahun melalui pelbagai kempen yang menyampaikan intipati budaya pop negara ini termasuk cogankata-cogankata menarik yang sukar untuk dilupakan,” kata Stephen Lusk, Ketua Pegawai Eksekutif Bottling Investment Group, The Coca-Cola Company, Singapura-Malaysia-Brunei.


“Sejak permulaannya 80 tahun yang lepas, Coca-Cola telah banyak berkembang di negara ini – daripada sebuah kilang pembotolan kecil-kecilan di Kuala Lumpur, kami kini melabur sebanyak RM1 bilion dalam penubuhan pusat pengeluaran yang serba canggih di Nilai, Negeri Sembilan untuk memantapkan lagi peranan kami dalam pembangunan ekonomi negara,” kata Lusk. 

Selain berseronok dan bermain di pesta, pengunjung juga terlibat dalam aktiviti amal. Satu daripada acara utama yang diadakan ialah lelongan amal memorabilia Coca-Cola dan tiket masuk taman-taman tema Legoland Malaysia dan Berjaya Times Square, yang diderma oleh Coca-Cola, Kelab Kolektor Coca-Cola Malaysia dan Berjaya Times Square, selaku penaja lokasi rasmi.

Wang yang dikumpul hasil aktiviti lelongan tersebut dihulurkan kepada pertubuhan kebajikan, Children’s Wish Society of Malaysia, untuk membantu kanak-kanak yang mengidap penyakit kritikal di negara ini, dan juga Persatuan Bulan Sabit Merah, untuk membantu mangsa peperangan, bencana alam dan juga komuniti daif tempatan.


Coca-Cola Collectors Fair 2016 yang pertama diadakan pada 2011 dan sejak itu telah berkembang daripada perjumpaan tidak formal kepada suatu acara tahunan di mana para kolektor dan pengemar item Coca-Cola dapat menyaksikan, membeli dan bertukar barangan Coca-Cola. Matlamat utama pesta ialah menemukan semua orang yang setia kepada jenama Coca-Cola dan warisannya, dan sanggup melabur masa dan wang untuk membina koleksi item Coca-Cola masing-masing yang unik dan sukar untuk dicari.

Acara ini diadakan setiap tahun pada bulan Mei, sempena perayaan ulang tahun Coca-Cola pada 8 Mei, iaitu tarikh minuman ini mula dijual di Atlanta, Georgia, pada 1886, tepat-tepat 130 tahun yang lalu.

Sunday, November 16, 2014

COCA-COLA® Lancar Koleksi Pakaian Di MAalaysia

Hi Korang,

Untuk mereka yang fashionista, meh tengok koleksi terbaru dari Coke ni


Segala-galanya bermula dari tahun 1886. Demi memenuhi perasaan ingin tahunya, seorang ahli farmasi di Atlanta telah menghasilkan sejenis minuman - gabungan air sirap dan air bergas sehingga mendapat pujian daripada mereka yang telah merasainya. Semenjak itu, minuman Coca-Cola sudah berjaya menambat hati ribuan juta pengguna di serata dunia. 

Maka tidak hairanlah mengapa populariti Coca-Cola kini merangkumi segenap peringkat umur. Jadi, tiada yang lebih bermakna kecuali meraikan keriangan ini dengan memperkenalkan koleksi pakaian Coca-Cola yang pertama di Malaysia. Malaysia merupakan negara pertama di rantau Asia Pasifik yang melancarkan rangkaian fesyen Coca-Cola dengan koleksi utama yang kini boleh didapati di gedung beli-belah Parkson di Pavilion, Kuala Lumpur.


Bertemakan gaya preppy (ala pelajar), koleksi ini mengembalikan semula memori terindah yang tercipta sewaktu di bangku sekolah. Tampil dengan gaya trendy, riang-ria dan berwarna-warni, koleksi pakaian ini diperbuat daripada gabungan kain jaket dan kulit yang bergaya. Malah, ia juga diperkayakan dengan warna-warna asas seperti biru, kelabu, perang, merah dan hijau beserta corak petak dan garisan kain gingham. 

Koleksi Coca-Cola Preppy ini amat sesuai dengan golongan individu yang meminati gaya fesyen retro dan ini merangkumi semua jenis pakaian.


Bagi wanita pula, koleksi ini menawarkan seluar denim dalam dua pilihan warna iaitu merah manggis dan putih yang sesuai dipakai di negara beriklim tropika.

Anda juga boleh tampil berbeza menerusi padanan seluar denim ini dengan baju-T 


Coca-Cola edisi khas daripada koleksi ini. Cukup sinonim dengan slogan-slogan utama Coca-Cola seperti “It’s The Real Thing” dan “to Always Coca-Cola” yang didukung sejak 128 tahun lalu, penampilan anda dalam koleksi pakaian ini sudah pastinya menarik perhatian ramai. 

Selain itu, koleksi ini juga menampilkan blaus bercorak polka dot, singlet, baju blaus bercorak kain gingham dan shirt dress yang cantik serta sesuai dipakai untuk bersantai. 

Rangkaian baju panas dan hoodie yang memaparkan logo Coca-Cola pula sesuai dipakai untuk aktiviti sukan, bersiar-siar pada waktu pagi mahupun pada hari petang yang dingin. 


Koleksi ini juga akan menawarkan satu rangkaian hoodie, baju panas sarung, baju berlengan panjang, baju berlengan pendek, baju polo, kemeja-T leher bulat, singlet, gaun, seluar pendek, seluar Bermuda, seluar chinos, seluar jean, legging, sweatpant, seluar pendek santai dan seluar boxer. Bagi melengkapkan penampilan anda, pelbagai aksesori lain seperti beg sling (simpang pada bahu), beg jinjing, beg galas, topi juga telah direka khas. 

Berharga dalam lingkungan RM49.90 sehingga RM299.90, harga mampu milik ini sememangnya berbaloi bagi koleksi pakaian yang selesa dengan hasil rekaan serta penggunaan kain yang berkualiti tinggi.

Ingin mencuba atau melihat koleksi pakaian ini dengan lebih dekat? Sila berkunjung ke butik Coca-Cola Apparels di Parkson Pavilion dan di semua gedung beli-belah di seluruh negara.