Terpanggil plak untuk aku bercerita pasal rumahtangga ni.
Alah sekali sekali kongsi citer apa salahnya bukan sampai ke cerita dalam kain pun.
Rasanya dah lebih 5 tahun ktorang kawin, serius aku kekadang confius dengan tarikh anniversary kahwin ni. Yelah kawan je dekat 6 tahun, then kawin dekat nak 5 tahun so maknanya dah 10 tahun lebih aku kenal Mr Big ni.
Ramai gak orang ingat ktorang berdua ni tak macam husband and wife but more to girlfriend and boyfriend punya relationship. Yelah kemana je berdua, perangai pun gila-gila sentiasa nampak happy go lucky je.
Sepanjang 10 tahun lebih ni dah memacam yang ktorang tempuh bersama. Dari sesenang perkara sampai ke susah benda yang dah di lalui.
So SABAR memang memainkan peranan yang penting di dalam sesuatu hubungan especially dalam rumahtangga.
Masa memula kawin dulu, semuanya tak cukup. Yelah orang kata baru mula nak hidupkan. Nak settlekan hal rumah, duit makan, kerja lagi, aik macam-macam. Tapi Mr Big kata SABAR, kita boleh semua slow-slow ye. Kemudian secara perlahan-lahan ktorang overcome the problem.
Syukur.
Sekarang ni, pasal kes anak plak. Ktorang senantiasa berusaha untuk mendapatkan anak. Dah bermacam tempat pi berubat, but still belum ada rezeki. So berSABARlah. Lepas tuh plak, nak menghadapi orang-orang sekeliling yang over friendly sibuk bertanyakan pasal anak ni satu hal jugak.
Kalau tak SABAR rasanya memacam boleh jadi dibuatnya.
Memang ada pelbagai tips rumah tangga seperti jujur, saling mempercayai, kena ada sefahaman, terima seadanya tapi bagi aku KESABARAN itulah kuncinya.
Ni aku letakkan sedikit tips rumahtangga yang aku rasakan kelakar tapi ada kebenaran di sebaliknya.
1. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
2. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami
3. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
Betulkan apa yang aku tulis ni.
Cuba renungkan
Hopefully entry ni dapat di jadikan panduan oleh semua suami isteri ye.
credit pics : www.GooGle.com