Showing posts with label Kenny rogers makanan kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kenny rogers makanan kesihatan. Show all posts

Monday, October 10, 2016

Makan Absolutely Sambalicious Dari Kenny Roger Roasters

Hi Korang,

Yeahhh makan ayam sedap lagi.. I liked it!

Lama benau tak ke Kenny Rogers di Berjaya Times Square, yelah time ada review KRR time tu lah boss garang tak bagi balik awal ermm sudahnya miss lah beberapa few food review session ek

cuba cari di mana saya?

So hari tuh bila Anis ajak pi makan ayam haruslah aku tak lepaskan peluang. Lepas keje je terus naik train ke BTS. Sekali sesampai je ada plak Ruby dengan Aten, ni kira cam reunion sekali lah sebab lama benau tak jumpa diorang berdua ni. 


Kali ni Kenny Rogers Roasters memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Absolutely Sambalicious yang ada pilihan Sambalicious Soup Meal, Sambalicious Favourite Meal dan Sambalicious Chicken Meal.

La sambalnye, mestilah menjadi favourite rakyat marhaen Malaysia seperti aku aku ni kan. Memang hari-hari kita makan sambal kan. 

Sambalicious Soup Meal RM 22.50 

Best sebab siap dengan chicken soup sekali so tak yah nak order asing-asing. Sambalnya terangkat wei

Sambalicious Favourite Meal RM 19.90

Untuk menyedapkan lagi hidangan Sambalicious ni, Kenny Rogers mengembalikan hidangan sampingan mereka yang menjadi kegemaran kita iaitu Spicy Golden Rice dan Potato Salad. 

Spicy Golden Rice 

Potato Salad

Yang best tuh, korang boleh order kedua-dua hidangan ini secara ala-carte pada harga pengenalan hanya RM5.90 each (Normal price RM8.90)


Ada lagi ni yang aku nak bagitau, bagi korang yang kuat makan tuh, semasa promosi Sambalicious ni korang boleh tukarkan quarter chicken meal kepada half chicken meal pada harga RM5 sahaja tau…

jemput makan semuanya

Ermm dah jangan tunggu lelama baik korang pi cuba hidangan Sambalicious yang sedap lagi terangkat ni ek 

Untuk info lanjut :

Hubungi :

+603 – 2119 9888

Web :


Facebook :



ok selamat menjamu selera ek.... hehehhee



Friday, November 14, 2014

Diskaun 30% Dari OFFPEAK.MY Bila Makan Di Kenny Rogers Roasters

Hi Korang,


Lama sungguh tak pi makan di Kenny Rogers ni. Last sekali masa diorang ada promotion 3-4 bulan lepas, oit memang lama betul tuh.


Hari tu macam biasa, geng blogger kaki makan ajak aku lagi ke sini

fikir dulu nak makan apa ek blogger shakiddo dengan team explorasa ni

aksi mengambil gambar makanan kan..

Of courselah makanan utamanya ayam tapi ayam yang di grill tau, so sangat-sangat menyihatkan badan dan dapat kurangkan kolestrol bagi mereka-mereka yang sedang berdiet ni. Kita pun bagus jugak makan lah.

Mehlah kita tengok apa yang selalunya menjadi hidangan pilihan mereka-mereka yang datang ke restoran ni kan.

Red Hot Meal (RM18.90) 

Hidangan ini mengandungi 1/4 bahagian ayam bersama dengan Coleslaw, Mashed Potato dan BB Baked Beans iaitu kacang merah dan juga 1 home-made Muffin. Gravy atau kuahnya kita boleh pilih samaada perisa blackpepper, BBQ dan original. Kalau Muffin plak korang boleh pilih dengan pelbagai perisa dan rasa yg sedap.


Kenny Chicken &Pasta Meal (RM23.50) 

Kita juga boleh makan hidangan ayam bersama pasta meal yang mengandungi 1/4 bahagian ayam panggang, Tantalizing Spaghetti yang boleh korang pilih iaitu Spaghetti Beef Bolognaise, Tangy Chicken, Cheezy Chicken dan Marinara Chicken. Ia juga mempunyai satu hidangan sampingan dan juga 1 home-made Muffin.


Kenny's Chicken & Soup Meal (RM17.50) 

Mr Big memang suka hidangan yang sebegini iaitu ada ayam dan juga sup. Ada juga 1/4 bahagian ayam panggang, nasi aromatic, dan juga 1 Kenny Home-made sup iaitu boleh pilih antara Mushroom Chicken Soup atau Kenny Chicken Porridge. Termasuk 1 Home-made Muffin. 


Texas Tortilla Wrap 

Kalau yg makan sayur lebih boleh order Toasted Tortilla Wrap. Bagi hidangan ini akan di sediakan setelah korang order untuk kekalkan kesegaran dan kerangupan Tortilla yg di bakar tu. Untuk hidangan ini ada 3 jenis yg berbeza iaitu 

Texas Tortilla Wrap mengandungi daging ayam, sayuran dan sos di dalamnya.
Island Tortilla Wrap ada daging ayam, sayur dan sos Thousand Island di dalamnya
Vegelicious Tortilla Wrap yg sesuai untuk mereka yg hanya makan sayur sahaja.



Ok meh tengok hidangan minuman plak,


Cappuccino Iced Blends, Fruit Jelly Delight, Minty Passion Mocktail, Breezy Island, Caramel dan Chocolate Iced Blends 

Ini adalah sebahagian daripada minuman yang boleh korang cuba, kira macam signature drinks gituh lah. Selain daripada tuh, ada juga hidangan minuman panas dan juga soft drinks.

But not least,

Hot Chic Tenders

Fiery Flaming Wings

Korang boleh tambah juga hidangan makanan sampingan or side dish. Sedap, panas dan pedas menyengat. Walaupun pedas tapi tetap abis jugak licin ktorang makan kan.

yang ktorang makan hari tuh

La mahal ke harga hidangan ni semua, ermm tak lah. 

Ktorang book guna service www.offpeak.my ni je.


Dapat 30% diskaun tau, pilih mana outlet yang korang nak pi then terus buat booking kan. Untuk Kenny Rogers Roasted ini hanya 5 cawangan ada promosi ini iaituSubang Parade, Cheras Leisure Mall, KL Sentral, Tropicana City Mall dan Setia City Mall sahaja.



Dah dapat confirmation email, apa lagi terus print dan redeem lah ye. Jangan plak korang lupa nak bawak masa korang nak pi makan tuh. 30% diskaun tuh, banyak tuh bagi aku kan.


Sekali sekala tukar selera makan makanan kesihatan pun not bad jugak, rasa macam sihat je bila makan banyak ayam grill tu kan.


Nak tau pasal offpeak lebih lanjut, korang boleh ke:-