Showing posts with label Kenko Reflexology & Fish Spa. Show all posts
Showing posts with label Kenko Reflexology & Fish Spa. Show all posts

Friday, March 7, 2014

Spa Kaki Di KENKO Fish Spa, Pavilion




 Hi Korang,



Kita ni kalau bab muka bukan main belek lagi kan, cuba tengok kaki memasing.



Ya ampun, berkerak bagai. Ada tuh kering nau nampaknya itu belum kira hitam-hitam kat bahagian tumit tu kan. Kaki pun sama penting gak wei dengan muka.


Dapat je peluang berouting dengan bebudak comel dari The ButterflyProject ni, haruslah aku tak lepaskan. Yelah ko sekali sekala chillax dengan pompuan-pompuan kan, best apa.


Lepas hantar Mr Big kat Sg Wang Plaza, aku terus je drive ke Pavilion. May be awal lagi kot so parking still banyak kosong lagi. Naik pi minum kopi jap then baru ke KENKO Spa Fish ni.

So ktorang pi berendam kaki di Kenko Fish Spa kat Pavilion ni. Sebab terlalu ramai so kena buat 2 session. Aku haruslah kena 1stsession coz aku nak lepak plak dengan Mr Big lepas tuh. Hehehhehe biasalah laki bini kan.


Ktorang dapat kupon dari Worthy Book ni.

Boleh rendam kaki, kasi ikan makan daki-daki dalam masa 30 minit. Kira okla tuh.

Sebelum tu, sila basuh kaki dulu kat tempat yang telah disediakan. Ikut prosedur dalam gambar tuh ek. Kena cuci kaki dengan special sabun, mana tau kaki korang cagu ke kan, at least ikan-ikan tu taklah mati lepas makan daki korang

Marilah celup kaki ke dalam kolam la ek




Dah lama gak tak buat fish spa ni. Masa nak celup kaki ni dalam air, ma koi banyak benau ikan yang datang. Memula rasa geli pas tu rasa best plak. Yelah ko segala daki-daki kita dia bersihkan.

Bebudak pompuan ni memang kelakar betul, ada tu siap jerit macam di sampuk hantu bagai. Giler ar. Nasib baik spa ni hujung sekali, kalau tengah-tengah rasanya satu Pavilion boleh dengar diorang jerit kan.




Ikan-ikan dalam kolam ni baik-baiklah moi, tak makan jari kaki pun. Ada gak ikan besar tau, yang tu aku terasa sket cam dia mengigit tapi bukan sakit mana pun.

Nak tau berapa harga sebenar kalau without guna Worthy Book kupon

RM38 untuk 30 minit

Murah kan. Alah sekali sekala pun nak berkira kan


Memang sangat seronok wei, sekali sekala memanjakan diri kan

Anyway thanks to The Butterfly Project and Worthy Book jugak tau