Showing posts with label Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat. Show all posts
Showing posts with label Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat. Show all posts

Friday, February 21, 2020

Antabax Perkenal Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat

Hi Korang,


Antabax telah menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan untuk melancarkan kempen Tangan Bersih Hidup Sihat. Ia bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid sekolah untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti novel Covid-19 dan Inflenza di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) hari ini. 

More than 300 students and teachers from Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) participated in the Tangan Bersih, Hidup Sihat Campaign. 

Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat yang dibangunkan oleh Antabax memudahkan pemahaman mengenai kesihatan menerusi penceritaan, visual berwarna-warni, lagu dan pergerakan tarian yang membantu kanak-kanak mengenal pasti tanda-tanda serta simptom penyakit-penyakit berjangkit yang biasa. Mereka juga diajar tentang langkah pencegahan yang mampu mengurangkan risiko jangkitan dan penyebaran penyakit berjangkit. Selain apa yang perlu dilakukan jika mereka atau rakan-rakan yang lain rasa kurang sihat. 

Di peringkat global, peringkat pertama menghalang daripada jangkitan penyakit seperti Covid-19 dan Influenza A adalah dengan kerap membasuh tangan mengunakan sabun atau pembersih tangan berasaskan alkohol jika tangan tidak nampak kotor[1]. Langkah itu bagi membunuh kuman yang ada di atas permukaan tangan dan mengelak daripada ia dipindahkan ke bahagian muka, mulut atau hidung di mana kuman boleh masuk ke dalam sistem pernafasan dengan mudah. 

Tuan Haji Hishammudin Ahmad (Light brown suit), Pengetua Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) receiving Antabax contribution for ‘Tangan Bersih, Hidup Sihat’ Campaign from Mr Francis Ng, Senior General Manager. 


“Membasuh tangan adalah langkah pencegahan penting yang perlu diamalkan oleh orang ramai sekarang. Melalui Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat ini, kami harap kanak-kanak akan tahu tentang pentingnya membasuh tangan serta amalan-amalan asas kebersihan yang lain. Ini kerana ia dapat membantu mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit,” kata Encik Azman Ab Rashid, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Lebih 300 murid dan guru dari SK Presint 11 (3) Putrajaya mengambil bahagian dalam kempen kesihatan ini. Mereka belajar tentang asas kempen Tangan Bersih Hidup Sihat yang dijalankan oleh pasukan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya. 

Dr. Siti Rafhanah Saponit, Medical Officer of Infectious Diseases, Putrajaya Health Department, going through the correct hand washing techniques with students from Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) during Antabax Tangan Bersih, Hidup Sihat Campaign

Antabax, satu jenama sabun buku, pencuci tangan, buih mandian, pembersih tangan dan pengelap halal buatan Malaysia sentiasa aktif dalam memberi kesedaran mengenai kesihatan di negara ini selama lebih sedekad. 

“Daripada pelbagai kempen, kami telah membangunkan kandungan yang membolehkan kanak-kanak faham, ingat dan mengamalkan tabiat yang membantu mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit. 

“Kami juga menyumbang produk Antabax supaya mereka mempunyai barangan keperluan kebersihan di tangan dan di rumah. Sudah terbukti bahawa Tangan Bersih Hidup Sihat. Jadi, basuh tangan anda dengan kerap dan betul untuk mengurangkan jangkitan penyakit berjangkit menggunakan sabun dan pembersih tangan Antabax atau jenama lain. Apa yang penting adalah memastikan tangan anda sentiasa bersih,” kata Pengurus Besar Kanan Antabax, Francis Ng. 

Pn Nur Hakimah binti Roslan, guru dari SK Presint 11(3) Putrajaya memberitahu kempen Tangan Bersih Hidup Sihat diterima baik oleh murid-murid kerana ia menggunakan ilustrasi, lagu dan permainan yang mudah difahami. Ia sememangnya dapat menyampaikan mesej penting iaitu Tangan Bersih Hidup Sihat. 

“Dengan adanya pasukan daripada Kementerian Kesihatan yang menunjukkan langkah-langkah kebersihan menyedarkan murid-murid ini tentang betapa seriusnya penyakit berjangkit seperti influenza. Manakala penceritaan oleh Antabax membantu mereka mengingati langkah-langkah tersebut dengan lebih baik,” katanya 

“Saya kini tahu bagaimana untuk membasuh tangan dengan betul, menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk, berada dalam jarak yang selamat dari mereka yang sakit, selain memberitahu orang lain jika saya ada simptom inflenza. Tangan Bersih Hidup Sihat,” kata Zuhaira, pelajar dari Sekolah Kebangsaan Presint 11(3) Putrajaya. 

Tips untuk mencegah tersebarnya virus



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook : 

Instagram :