Showing posts with label Kempen Semai Satu Benih. Show all posts
Showing posts with label Kempen Semai Satu Benih. Show all posts

Thursday, August 15, 2019

Kempen Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan Anjuran Botaneco Garden dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Hi Korang,


Adakah anda bersedia untuk menyemai satu benih untuk menghidupkan sebuah hutan? Sertai Botaneco Garden dalam usaha jenama penjagaan diri yang berilhamkan alam semulajadi itu untuk mengumpul dana bagi menanam pokok hutan hujan di lokasi terpilih di kawasan Taman Antarabangsa Bukit Jalil yang diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Sepanjang Ogos 2019, satu peratus daripada hasil jualan produk Botaneco Garden di rangkaian Guardian seluruh negara akan disalurkan kepada usaha penanaman pokok hutan hujan berkanopi luas untuk memberi teduhan di kawasan berhampiran tasik utama di Taman Antarabangsa Bukit Jalil. 

Botaneco Garden 'Pick A Tree' - Pendidikan Interaktif mengenai pokok-pokok hutan hujan Malaysia, dan idea orang ramai mengenai pokok yang akan ditanam di taman tersebut

Ini adalah tahun ketiga berturut-turut penganjuran inisiatif alam sekitar, Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan oleh Botaneco Garden – satu rangkaian penjagaan diri berilhamkan alam semulajadi yang dihasilkan daripada gabungan inovatif bahan botanikal yang sofistikated dan minyak yang disahkan eco dan bebas daripada sesetengah bahan kimia berbahaya, menjadikannya selamat untuk pengguna dan alam sekitar. 

Rangkaian ini terdiri daripada pelbagai produk penjagaan rambut dan badan untuk golongan dewasa serta kanak-kanak dan bayi. Produk-produk ini boleh didapati secara eksklusif di kesemua 400 rangkaian Guardian di seluruh negara, dan melalui talian (e-store) Guardian.

Botaneco Garden menawarkan 57 produk berbeza untuk semua jenis rambut dan kulit

Jenama tersebut telah bekerjasama dengan DBKL untuk merealisasikan inisiatif Ke Arah 70 Menjelang 30, selari dengan Rangka Tindakan Kuala Lumpur Rendah Karbon 2030 yang menyasarkan pengurangan intensiti pengeluaran karbon kepada 70% menjelang 2030 [1]

Meningkatkan jumlah pokok yang ditanam adalah satu daripada langkah untuk mengurangkan intensiti penghasilan karbon. Pokok menggunakan tenaga daripada matahari dan menerusi proses fotosintesis, ia menyerap karbon dioksida (CO2) dari udara dan air dalam tanah. Dalam proses untuk menukarkan ia menjadi kayu pohon, pokok membebaskan oksigen ke udara. Di samping jumlah karbon dioksida (CO2) yang diserap, pokok juga membantu menyerap sejumlah karbon dari dalam tanah [2]

Taman yang terletak di bandar dapat membantu menjadikan alam semulajadi lebih dekat dengan orang ramai dan turut menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif. 

Taman Antarabangsa Bukit Jalil adalah lokasi ideal bagi inisiatif Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan kerana statusnya sebagai taman perbandaran yang popular dengan denai pejalan kaki dan joging, tasik, taman bertema antarabangsa termasuk kawasan khas untuk golongan orang kelainan upaya (OKU), taman permainan dan denai refleksologi. 

Pada hujung minggu dan musim perkahwinan, lokasi ini sering menjadi tumpuan untuk sesi fotografi perkahwinan berlatarbelakangkan alam sekitar. Selain itu, kelompok keluarga dan pencinta haiwan akan berkumpul di tepian tasik untuk memberi makan kepada ikan dan kura-kura sambil menikmati pemandangan.

Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil dan Honey sesuai untuk rambut dan kulit kering

Dana yang dikumpul melalui inisiatif Botaneco Garden – Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan – akan disalurkan kepada penanaman pokok hutan hujan Malaysia terpilih di kawasan tasik untuk memberikan teduhan di kawasan rehat berdekatan, agar orang ramai mampu menikmati alam sekitar dengan lebih lama, di samping mengurangkan pengeluaran karbon. 

“Botaneco Garden adalah rangkaian produk penjagan diri yang diilhamkan daripada alam semulajadi dan kami berbangga kerana dapat memberi inspirasi kepada orang ramai melalui inisiatif Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan. Melalui kerjasama DBKL untuk menanam pokok hutan hujan di Taman Antarabangsa Bukit Jalil, ia akan menyebarkan mesej cintakan dan menghormati alam sekitar kepada lebih ramai orang. 

“Kami berharap pelanggan kami akan menyokong inisiatif ini dan berkunjung ke Taman Antarabangsa Bukit Jalil untuk melihat sumbangan mereka,” kata Michelle Yeap, Pengurus Pemasaran, Kesihatan & Kecantikan, South East Asia Guardian Health & Beauty Sdn Bhd. 

Botaneco Garden dan DBKL sedang mempertingkatkan tahap penglibatan orang ramai dengan kempen ini melalui pengumpulan idea terbuka berkenaan jenis pokok hutan hujan Malaysia yang patut ditanam menerusi interaksi Pilih Satu Pokok di laman Facebook Guardian Malaysia dan laman Instagram Botaneco Garden @mybotanecogarden. 

Lima pokok yang telah disenarai pendek adalah Diospyros pilosanthera (Kayu Arang), Shorea roxburghii (Meranti temak nipis), Hydnocarpus spp. (Setumpol), Dryobalanops aromatica (Kapur) dan Parashorea densiflora (Gerutu Pasir). 

“DBKL sedang memacu inisiatif Kuala Lumpur Ke Arah 70 Menjelang 30 kerana memelihara alam sekitar penting untuk mencegah perubahan iklim, meningkatkan kualiti hidup dalam bandar dan manjadikan bandar lebih hijau dengan alam sekitar. 

“Kami mengurus 17 taman perbandaran sebagai kawasan hijau dan rekreasi di seluruh Kuala Lumpur. Kami menghargai usaha yang dilakukan Botaneco Garden untuk meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya menanam pokok untuk mengurangkan pengeluaran karbon dan meningkatkan keterlibatan orang awam dalam memilih jenis pokok yang ditanam. 

“Sehubungan itu, kami menjemput penghuni bandar untuk mengunjungi taman-taman kami dan berharap anda semua akan teruja dengan apa yang bakal anda lihat dan terinspirasi untuk mengambil langkah kecil dalam mengurangkan pengeluaran karbon dalam kehidupan, bermula dengan menanam satu benih untuk menghidupkan sebuah hutan,” kata Norhaslinda Nordin, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat, DBKL. 

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62, Botaneco Garden akan menawarkan diskaun sebanyak 62% atas pembelian kedua di semua cawangan Guardian dan e-stor Guardian. 

“Kami ingin menarik minat lebih ramai pelanggan untuk menyokong inisiatif Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan bersama DBKL dengan tawaran istimewa sepanjang bulan kemerdekaan ini. Kami berharap menerusi usaha ini, kita dapat menyambut kemerdekaan di samping menambah baik dan menghargai alam sekitar di Kuala Lumpur,” kata Michelle Yeap.