aku baca entry si Bean tadi pasal lagu untuk pagi-pagi, so aku agak terpanggil lah untuk type pasal lagu2 gak. Tapi 100% tak de kena mengena langsung dengan entry dia, so Bean jangan ko ingat aku nak plagiat entry ko okeh!
Dah selalu sangat aku citer pasal makan, mane taknya muke, perut, peha semua dah cam donut. mrBig lagilah donutnya, cam tayar michelin. Ari nie dah citer pasal tajuk kat atas tulah. Agak kelakarkan sebenarnya.
La bukan apa yang special pun, sesaje je nak merapu di hari jumaat yang mulia nie. Dari aku bangun pagi tadi sampai sekarang nie, aku asyik dengar lagu2 dari dendangan Annuar Zain. Dah kenape agaknya ek? Aku dah kene sampuk dek Annuar Zain ke?
Sebenarnye ini yang terjadi:
Aku dapat download citer dari internet semalam. Best citernya. Pasal 3 cerita yang berkaitan to each other.
Org muda suke kat orang tua
Orang putih nak kawin dengan orang melayu
Orang pekak nak kawin dengan orang buta
So duk melayan citer nielah. Itu yang jadi cam angau sket tu.Sampai mrBig pun naik heran, dengar aku melalak2 lagu Anuar Zain dalam bilik air sampai kedapur. Nasib baik solat subuh tadi aku tak terbaca doa Qunut lagu Anuar Zain. Uishk boleh rosak otak aku nie.Dalam kereta dengar CD Anuar Zain, sampai sekarang nie, kat opis nie playlist radio aku semua lagu Anuar Zain. Ini semua citer nie punya pasal lah.
Anyway,kalau korang tergolong dalam konflik2 kat citer nie. Cam ne korang nak settle ek? Kalau aku yang kena agak payah gaklah. Tapi orang kata, Nak 1000 daya tak nak 1000 dalih kan.
Oh! Anuar Zain, jom pi lunch nak tak ???Ishk kan ari Jumaat nie, dia nak pi solat jumaatlah. Korang nie!
p/s: Korang yg tak suke Annuar Zain, jangan jeles okeh!!