Showing posts with label Karnival DesaStay. Show all posts
Showing posts with label Karnival DesaStay. Show all posts

Thursday, August 4, 2016

Karnival DesaStay Negeri Johor

Hi Korang,


Sabtu lepas aku berpeluang bersama bloggers lain ke Karnival DesaStay Negeri Johor di Rengit, Batu Pahat anjuran Rush Media. 


Kami bergerak dalam 31 orang bloggers bersama team Rush Media dari Kuala Lumpur dan tiba di Batu Pahat pada jam 2 petang, sekali sekala outing bersama teman-teman sangatlah seronok ek dapat kenal blogger baru semua. 


Kami di sambut meriah oleh penduduk kampung Kg Parit Tengah dengan pelbagai aktiviti sebelum ketibaan Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor. 

Jom aku bawak korang melawat beberapa booth yang disediakan bagi Karnival DesaStay Johor ni ek. 











‘DesaStay’ merupakan salah satu produk pelancongan yang berpotensi di kawasan luar Bandar. Program ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar di dalam sektor pelancongan.

Tidak seperti konsep pelancongan kampung sebelum ini, DesaStay menyediakan bukan hanya penginapan, tetapi menawarkan pakej aktiviti dan cara hidup bersama orang kampung dalam pakej mereka.

Untuk projek kali ini, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti 32 kampung di negeri ini yang berpotensi untuk dijadikan ‘DesaStay’ sebagai satu lagi langkah menjadikan Johor sebagai satu destinasi pelancongan utama negara terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan India yang mempunyai keunikan yang tersendiri. 


“Bukan sahaja para pelancong dari luar negara, percayalah, ramai sekali generasi millennials Malaysia yang barangkali tak pernah hidup di desa. Ramai yang lahir di bandar, membesar di bandar, bersekolah dan bekerja di kota dan ibu bapa mereka telah lama meninggalkan kampung halaman mereka” Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor.


Di antara tujuan mewujudkan Program ‘DesaStay’ di seluruh negeri Johor adalah untuk:

1. Memperkembangkan ‘Hospitality Industry’ dan mempertingkatkan industry pelancongan di negeri Johor.

2. Mempelbagaikan bentuk kemudahan penginapan kepada paa pelancong khususnya kepada ‘Budget Travellers’

3. Memperkenalkan cara hidup dan kebudayaan masyarakat setempat

4. Mewujudkan peluang perniagaan kepada komuniti setempat serta meningkatkan ekonomi mereka secara tidak langsung

5. Menyediakan pakej-pakej aktiviti yang menarik untuk diikuti.

Konsep DesaStay Johor inilah yang mungkin akan mengekalkan panorama kampung tetap akan kekal sebagai kampung yang indah. Ia harus kekal sebagai desa yang aman dan semula jadi, tidak perlu untuk dimodenkan.


Sebagai contoh di DesaStay Kampung parit Tengah, Batu Pahat ini, mereka sudah lama aktif dalam projek seperti ini. Mereka mempunyai tawaran yang pelbagai dari segi penginapan, aktiviti kampung dan juga beberapa aktiviti kemasyarakatan yang boleh turut di sertai oleh pelancong.

Dengan sebab itu, Kerajaan Negeri dalam perancangan bajet untuk tahun akan datang akan cuba melihat peruntukkan yang sesuai untuk diagihkan kepada projek DesaStay Johor ini.

Inap Desa Teratak Selari Bonda


Selesai majlis perasmian Karnival DesaStay ni, kami di bawa ke Homestay Teratak Selari Bonda yang berhampiran di kawasan Kg Parit Tengah ini untuk majlis sidang media dan minum petang.

Sidang Media Karnival Desa Stay Negeri Johor

Besar betul rumah ni tau, cantik wei..

Mari aku bawa korang intai-intai homestay yang cantik ni ek







Cantikkan, simple tapi menarik kemudahannya. Semuanya ada so tak yah keluar-keluar kalau menginap di sini ek.

Seronok layan muzik gambus ni ek

Terima kasih kepada Tourism Johor yang sudi mengundang kami untuk memeriahkan lagi majlis Karnival Desa Stay Negeri Johor.

Ok nanti ada sambungan lagi tau, maklum FAM trip ni 2 hari 1 malam so banyaklah citernya kan