Showing posts with label KLIA2. Show all posts
Showing posts with label KLIA2. Show all posts

Sunday, November 3, 2019

Siri Kembara Eksklusif Guardian Tokidoki Harus Di Miliki Segera

Hi Korang, 

Kak lily dapat jemputan event dari Guardian harus tak lepaskan peluang sebab ramai kengkawan beauty blogger akan hadir sekali so dapatlah chill chill dengan diorang ni kan hehehehe

Kebetulan cuti half day hari tuh so attend event best ni kan hehehe


Guardian Malaysia terus menceriakan dan memberi ganjaran kepada para pelanggan menerusi kolaborasi terbarunya dengan jenama gaya hidup ikonik dan terkenal, tokidoki dan melancarkan Siri Kembara eksklusif Guardian tokidoki yang boleh didapati pada harga istimewa bermula 31 Oktober sehingga 31 Disember 2019 di semua stor Guardian. 

DY Cho, Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd berkata; “Kami sangat teruja dengan kolaborasi dengan tokidoki, sebuah jenama yang memiliki pengikut yang luar biasa dengan karakter-karakternya yang berwarna-warni, menarik, dan menonjol dan karya seni ini direka dan dihasilkan sendiri oleh pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Kreatif, Simone Legno.” 


“Menerusi promosi ini, para pelanggan dapat memiliki beg-beg kembara edisi terhad Guardian tokidoki ini pada potongan hebat 70%.Selaku sebuah jenama antarabangsa, tokidoki telah berkolaborasi dengan banyak jenama bertaraf dunia seperti Karl Lagerfeld, Muzium Guggenheim, LeSportsac, Onitsuka Tiger, Marvel, Hello Kitty, Fujitsu, Levi's, Xbox, Barbie, Canon dan banyak lagi.”

“Oleh itu, Guardian sangat berbesar hati apabila Simone Legno menghasilkan hasil seni unik untuk 3 beg kembara edisi terhad yang kami namakan Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki ini. Jika anda perhatikan betul-betul, anda akan dapati rekaan tersebut menerapkan elemen-elemen kesihatan dan kecantikan dengan karakter- karakter tokidoki. Anda boleh lihat beberapa item, contohnya, seperti gincu dan penggilap kuku yang boleh didapati di Guardian dan anda juga boleh dapati stor berwarna oren yang mewakili stor Guardian.” 


“Kami percaya bahawa Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki akan menjadi rebutan pelanggan kami kerana mengembara merupakan satu bahagian penting dalam gaya hidup moden kita. Pelanggan kami mementingkan pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, dan salah satu cara terbaik untuk menikmati pengalaman tersebut adalah dengan mengembara. Oleh sebab itu kita kini menyaksikan ledakan dalam industri kembara dan tiada masa yang lebih baik untuk kami melancarkan pro- mosi ini dengan cuti Krismas dan Tahun Baru yang bakal tiba tidak lama lagi,” tambah Cho.

Dalam sebuah klip video khas yang dirakam untuk majlis pelancaran ini, Simone Legno berkata beliau sangat bangga untuk berkolaborasi dengan Guardian Malaysia, pen- eraju rangkaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan di Malaysia, di atas inisiatif berkesan ini dan berharap beg-beg kembara ini bakal memberi inspirasi kepada semua ahli-ahli kembara tokidoki yang baru.

Simone berkata:

“Mengembara bagi saya adalah satu bahagian yang penting dalam gaya hidup moden. Ia memberi inspirasi dan membuka minda saya kepada budaya dan masyarakat dunia yang berbeza dan mengekalkan kreativiti saya. tokidoki dan kem- bara tidak dapat dipisahkan.Tokidaki yang bermaksud ‘kadang-kadang’ dalam Bahasa Jepun, melambangkan penantian untuk satu detik yang dapat merubah takdir seseorang, ia boleh berlaku dalam kehidupan seseorang secara kebetulan atau apabila bertemu orang baru.”

Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki terdiri daripada beg tote, beg sandang dan beg bagasi 20 inci. Ia boleh didapati pada harga istimewa;

Beg Tote RM80 (Belian dengan Belian) RSP* RM280

Beg Sandang RM100 (Belian dengan Belian) RSP* RM440

Bagasi RM170 (Belian dengan Belian) RSP* RM600

* RSP = Regular Selling Price

Untuk mendapatkan beg-beg kembara ini pada harga potongan istimewa, pelanggan Guardian hanya perlu membuat pembelian sebanyak RM30 dan ke atas, beserta barangan jenama yang mengambil bahagian, dalam satu resit atau RM50 dan ke atas, tanpa barangan jenama yang mengambil bahagian, dalam satu resit.


Oleh kerana Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki adalah edisi terhad, pembelian adalah berasaskan ‘siapa cepat, dia dapat'


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook : 


Instagram : 



Thursday, September 25, 2014

Nasi Lemak Pak Nasser, Suka Order Bila Naik Air Asia

Hi Korang,

Menjadi kegemaran aku kalau travel jauh lebih dari 1 jam flight harus ada makan. La bukan apa, lapar wei duduk lelama tak de buat apa pun kan. Tak kan nak tidur manjang je sepanjang flight.


So masa travel ke Indonesia hari tu aku naik Air Asia sebab murah sangat wei flight masa ktorang book hari tuh. Haruslah add-on dengan makan sekali sebab harganya jauh lebih murah beli secara online daripada beli on the spot at kapal terbang.

Ini menu aku masa on the way ke Kuala Lumpur.

Nasi Lemak Pak Nasser

Rata-rata ramai Malaysian especially orang melayu pilih menu ni bila fly dengan Air Asia, nasi lemak tuh memang jadi favourite orang kita kan. Nasib baik aku order time nak balik coz masa ktorang nak ke Jakarta Airport langsung tak sempat nak makan yang berpunca daripada keadaannya jalannya yang ‘macet’ teruk walaupun pada hari sabtu.


Bagi aku yang penting mesti ada nasi, sambal tumis, kacang, ikan bilis dan telur baru betul ikut resipi nasi lemak. Lauk-lauk tu sampingan, ada pun boleh tak de pun tak pe. So far nasi lemak Pak Nasser ni memang menepati citarasa aku lagi. Tengoklah sampai licin aku kerjakan, nampak sangat kelaparan yang amat di situ kan.

Cuma yang aku kurang berkenan hanya packagingnya.


Kecil sangat bagi aku yang tangan besar ni, dengan cutlery plastiknya lagi. Hampir-hampir gak lah ayam rendang aku terbang ke orang sebelah kan. Itu belum kira berlaga siku masa nak makan, maklumlah seat space tak berapa besar, kena plak orang kiri kanan aku ni comel-comel belaka saiznya, mau tak tercucuk mulut dengan garfu bila terlanggar kan hehehhehehe..


ermm ada lagi citer makan di awan biru ni tau..

aku citer memang senantiasa ada tapi masa tu yang tak de huhuhuhu...