Showing posts with label KLIA airport. Show all posts
Showing posts with label KLIA airport. Show all posts

Wednesday, September 23, 2015

Kalau Terlepas Flight, Kan Dah Susah

Hi Korang,


Ini memang merupakan perangai buruk aku

Suker take anything for easy. Alah tak per, kira boleh jelah ni kan.. hah cam tu lah

Ni aku nak citer kejadian Isnin pagi lepas. Sape yang kaki stalker instagram aku memang tau citer dan bantai gelakkan aku kaw-kaw punye lah.

Pagi tuh, memang kene travel ke JB pun first flight.


Cam biasa arrangement semua dah buat on Sunday night, cuma kain baju je kemas pagi isnin tuh. Bangun kul 3.30pagi then kemas apa yang patut siap lap dapur, jalan kain kat washing machine dan sempat tengok Running Man latest series yang aku tape malam sebelumnya.

Brader taxi sampai kul 6.00pagi cam tu so kira cun lah sampai airport kul 6.40pagi. Lepas check in dan dropped bag terus masuk departure area. La nampak kedai kopi plak kan, ini memang kelemahan aku pepagi nampak kedai kopi of courselah mesti kena singgah dulu. Tengok jam ermm baru kul 6.50pagi so memang sempat benau pekena black coffee secawan kan.

Plan asalnya nak minum je nampak plak nasi lemak so terus order sekali memandangkan masa banyak lagi. Ok makan sambil teguk kopi 3-4 kali sambil main tepon, aku suker baca status orang-orang pepagi ni, mostly citer pasal breakfast, jalan jem, selfie dengan anak bagai kan.

Sekali announcement, di minta Cik Hadijah Mohd ke Gate A7 dengan segera. Aku cam blur aik nama aku tuh. Sekali tengok jam amik ko 7.30, terus berlari dari restoran tu ke Gate A7. Dah lama jauh bebenau memang tak cukup kaki berlari sambil bawak bag laptop yang berat tak henggat ni.

Dari jauh staff yang jaga kaunter tu dah panggil, Ni Cik Hadijah ke? Terus aku angguk je. Tinggal awak sorang je ni, nasib baik pintu belum tutup lagi. Terus berlari lagi untuk masuk flight. Sepanjang berlari tuh, petugas MAS asyik tu tanye ni Cik Hadijah ke kan, sampai depan pintu flight semua stewardess duk tanye ni Cik Hadijah ke, aduiyai segan sungguh. Passenger yang duk Business Class pun duk senyum-senyum pandang sampai ada brader tu cakap tak per diorang mesti tunggu punye so don’t worry. Terus merah padam muke.


Rupanya flight ke JB kosong pagi tuh, tak ramai orang sebab tu flight nak jalan lekas.

Sampai seat terus duduk cover malu kan hauhuahauhauahauhauau padahal dah cuak tadi kalau flight terlepas cam no kan…

Aku tahu memang diorang akan cari sampai dapat sebab aku dah check-in dan dropped bag pun kan. Ermm bayangkan kalau diorang tinggalkan aku. Huhuhuhuhuhu memang nangis tak berlagu kan. Yelah nak kena beli tiket flight baru, kena reschedule masa dan memang lagi benda akan tersangkutlah.

So please, lepas ni aku kena hati-hati lagi dan senantiasa beringat.

Ai jangan buat main menda ni kan, serik rasanya..


Tuesday, August 12, 2014

Sarapan Pagi Di Cafe Barbera KLIA Airport

Hi Korang,

Dah tengahari, baru sibuk nak citer pasal breakfast kan.

Jauh plak pi breakfast ek, la bukanlah tadi pun kejadian tapi dah sebelum puasa kot. Ntah lupa dah aku ni.


Sementara nak tunggu flight aku ke Bintulu hari tuh, dengan perut laparnya aku pusing satu KLIA airport ni untuk cari makanan. Masa tuh, Mc Donalds penuh sangat wei, nak turun bawah aku malas plak. Tup-tup pusing-pusing nampaklah kedai kopi ni.

Jom masuk.


Tapi aku tak amik gambo kedai pun coz perut dah lapar kan. Sini aku citer sket, kedainya macam coffee shop biasa. Selain jual kopi dan the, diorang jual gak pastry yang nampaknya sedap dan enak sekali.

Dahlah tu, moh order

Beef Focacia Sandwich

Americano

Nampak! Simple je sarapan aku. Yang penting mesti ada kopi. Ramai orang cakap minum kopi ni boleh boost energy kasi kita bertenaga untuk bekerja kan but not for me, minum kopi ni sebab suka bau biji kopi tuh. Ermm harumnya..


Kalau tak minum pun tak per janji boleh bau kan.

Tapi kalau tak minum cam ne nak dapat bau tuh… so jawabnya haruslah kena minum… hahahahahahah apa punye statement bengong ni kan..

Sebab portionnya besar, aku tak abis pun makan walaupun makan slow-slow still tak habis jugak sebab rotinya tu cam feeling betul. Dah rasa kembang kat perut aku dah ni.

kenapa plak aku baca buku ni ek.. ishkk

Tinggalkan roti tuh, just minum kopi sambil chillax baca buku je

Baru feeling-feeling traveler sket ek

Nak cuba, ni lokasinya

Cafe Barbera @ KLIA
Main Terminal Building (Level 5)
Departure Hall,
Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
Malaysia.

Tel: 603-8776 6626




Kalau transit ke atau gate departure belum buka lagi, boleh lepak-lepak kat sini.