Showing posts with label KL view at night. Show all posts
Showing posts with label KL view at night. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

Lunch Yang Menarik @ 28th Floor, The Club Bridge Bar G-Tower KL


Hi Korang,

Semalam ada keje sket kat G-Tower Jalan Ampang tuh. Dari pagi ada seminar sampailah ke tengahari. So abis je seminar, ada lah sket jamuan makan. Alah simple2 je dishnya but semuanya healthy.


Ada bridge kat 28th floor ni. seram sejuk nengoknya

Yang bestnya seminar kat Mezzanine floor tapi lunch kat 28th floor, The Club Bridge Bar. Hah ko memang cantik betul tempat ni. 

Simple Buffet Table

Tempat makan yang syiok

Deco pasal sejarah Malaysia

Deconya simple dan menariklah. Susunan meja teratur je so tak de lah orang serabut sangat nak pilih tempat duduk kan. So sambil makan dapatlah enjoy tengok KL view dari tingkat 28. 

Tengok apa aku makan :-

Salad yang pelbagai jenis

Dessert yang menambat hati

My perfect lunch - semua ada

Sket je amik dessert

Simple je kan. Cukuplah sekadar alas perut untuk tengahari tuh. Rasanya dish yang simple lagi sedap di makan. Aku siap tambah lauk halibut masak lemak tuh. Pedas. 


Dessert Creme Brulee plak aku bedal sampai 3 sudu sebab sedap dan tak berapa manis sangat. 

Ampang Park

The Intermark Building, KL

Jalan Ampang yang selalu jem

Volkswagen Building, Jalan Tun Razak - kecik je


Tak sangka memang cantik KL dari 28th floor nie. Redup nya dan angin pun sepoi2 bertiup kan.

Thks to Ms Loh dan Nutrition Society of Malaysia.

CLP notes : Nanti nak ajak Mr Big makan kat sini lah. Boleh layan view cantik lagi.


Thursday, December 16, 2010

“GiveAway Haven Restaurant Cash Voucher From Eyriqazz.com"

Hi Korang,

Yeah, aku join giveway lagi...suker...


Atas pujukan eyriqazz aku joinlah giveaway nie. Eh, blogger kan, mestilah sokong bloggers yang lain. Lagi plak eyriqazz, bukan aku tak kenal pun kan dah terlebih kenal dah.

Tak caya, eyriqazz pujuk aku... nie tengok twitter aku nie.


Betul kan? Aku tak tipu. Atas pujukan yang tak berape nak mesra tu (eyriqazz jangan marah okeh, nanti hilang idea nak berblogging tau), aku pun joinlah. Sebab apa aku nak sesangat voucher nie ermm jeng jeng jeng...


Aku nak paksa mrBig test lens camera DSLR yang baru je dia beli hari tuh masa pi Penang. Sampai sekarang aku belum lagi dapat jadi model gambo waktu malam tau. Aku nak dia amik gambo lobster tu sedekat dan secantik yang boleh dan juga gambo view KL waktu malam dari Haven Restaurant nie. Yang penting dapat makan berdua2 dengan lilin2 yang wangi sambil menikmati view KL yang tercantik tu.

Hah, apa macam boleh ke jawapan aku nie. (doa bebanyak lah, Alisya mintak nama auntie tau nanti okeh... hehehehhe) 

Giveaway kali nie senang je tak yah nak fikir panjang nak join. Simple as that. La tak caya meh baca syarat2 kat bawah nie.


1. Create 1 Entry bertajuk “GiveAway Haven Restaurant Cash Voucher From Eyriqazz.com" ( sertakan sebab kenapa anda mahukan voucher ini ) - DONE

2. Linkkan permalink entry ini dan link Haven Restaurant di entry anda - DONE

3. Tag 3 Orang rakan bloggers (nak tag lebih pun takpe)  - DONE


4. Comment Entry ini berserta LINK Entry anda dan Siap! - DONE

Senang kan.

Eh nak bagi tau tarikh tutup giveaway nie ialah  31 December 2010. Hah apa lagi cepat2 korang join ek.

p/s : mintak2 ada 'ong' dalam giveaway eyriqazz nie. Aku nie susah nak menang giveaway cam nie. Wish me luck!!1