Showing posts with label KL Sentral. Show all posts
Showing posts with label KL Sentral. Show all posts

Wednesday, October 14, 2015

Kulit Cantik Dengan VASELINE Insta Fair

Hi Korang,

Last week punye event ni.

Baru ada kesempatan nak citer dengan korang ek


Bertempat di Aloft, KL Sentral, revolusi Vaseline® menampilkan teknologi titisan mikro jeli petroleum dalam losyen diperkenalkan. Dan untuk pengetahuan semua, revolusi terbaru ini mampu memberikan lebih kelembutan dan memelihara kelembapan kulit kita.


Mengikut kajian yang telah dijalankan, kebanyakan wanita Asia rajin melembapkan wajah mereka setiap hari. Dan hanya separuh daripada mereka melakukan perkara yang sama (menyapu losyen) pada tubuh mereka. Sekaligus menunjukkan bermakna, 95% kulit telah terabai dari penjagaan yang sempurna.

Dengan keadaan cuaca yang berjerebu, berkeadaan panas dan hujan tidak menentu, kulit kita pasti akan mengalami kekeringan dan kusam. Atas keprihatinan itu Vaseline® telah memperkenalkan produk losyen Vaseline dengan jeli petroleum. Yang mana produk Vaseline terbaru ini mampu memberikan perlindungan sekaligus melembap dan melindungi kulit serta menyokong proses pemulihan kulit semulajadi.


Untuk pengetahuan semua, rangkaian produk losyen Vaseline® yang didatangkan dengan titisan mikro Vaseline® Jelly. Ianya merupkan satu rumusan tidak melekit serta mampu menjadikan kulit cerah dan lembut. Kebaikan produk ini memberi kelembapan jauh ke dalam bagi memulihkan kulit kering, membantu mempercepatkan pemulihan kulit serta menyokong pencerahan kulit dengan menyingkirkan kulit rosak dari dalam. 


model saya cik ayu rafikah 

Dengan hanya sapuan dua kali sehari secara konsisten, kulit kita akan menjadi lebih lembut dan lembap serta sihat dari dalam, dari dalam tuh hebat kan...


Rangkaian Pencerahan Sihat Vaseline terdiri daripada:-

Insta Fair dengan Skin Micro Reflector, vitamin B3 dan Glycerin – untuk kecerahan nyata dari aplikasi pertama dan melembapkan kulit agar kulit kelihatan cerah dan lembut sentiasa.

UV Lightening dengan vitamin B3 dan tiga kali ganda pelindung suria - untuk kulit lebih cerah dalam masa 2 minggu.

Perfect 10 dengan AHA dan Pro Retinol - untuk manfaat 10-dalam-1 bagi kulit yang kelihatan cerah sempurna SPF24 PA++ untuk Perlindungan UVA dan UVB – untuk pencerahan kulit di di sampling pelindungan dari matahari


Untuk pengetahuan korang, rangkaian terkini Vaseline dengan titisan mikro Vaseline Jelly kini boleh didapati di semua semua peruncit utama, farmasi dan pasar raya besar di seluruh negara. 

Untuk keterangan lanjut tentang produk tersebut, layari www.vaseline.com.my

Monday, March 9, 2015

Best Dapat Bagi Bunga Ros Sempena Hari Wanita Sedunia

Hi Korang,


Hari ni merupakan Hari Wanita Sedunia, which is aku sendiri pun tak tau. 


Alah kita orang pompuan ni bukan kisah pun kan, sibuk jaga kebajikan orang lain sampai diri sendiri terabai. Bila kita dah jadi isteri atau ibu memang selalu cam tuh lah, semua lupa kekadang tu sampai hari pun boleh lupa gak tau. 

Nasib baik ada DOVE! 

DOVE meraikan Hari Wanita Sedunia dengan kempen #YouAreAGift dan memberi kejutan kepada 10,000 wanita Malaysia dengan pemberian bunga dan kata-kata penghargaan. Kata-kata penghargaan tersebut disertai dengan pesanan bahawa wanita merupakan satu anugerah tanpa mengira peranan mereka sama ada sebagai ibu, anak perempuan, kakak atau rakan. Kempen #YouAreAGift menyaksikan kakitangan Unilever Malaysia memberikan bunga ros serta kad-kad bermesej kepada kaum wanita yang ternyata terkejut dengan pemberian itu. 

"Hari Wanita Sedunia mengetengahkan sumbangan dan inovasi penting yang telah dicapai golongan wanita dan sehubungan itu, Dove berasa bahawa Hari Wanita Sedunia juga harus dilihat sebagai satu peluang untuk menghargai wanita di sekeliling kita yang berperanan untuk memelihara, menyayangi dan menyokong kehidupan kita. Wanita dalam kehidupan kita - ibu, kakak, anak perempuan atau teman wanita kita membantu membentuk diri kita pada hari ini. Kecantikan, kekuatan, kasih sayang dan dorongan mereka merupakan anugerah untuk kita berhadapan dengan suka duka kehidupan. Mereka sememangnya anugerah yang tidak ternilai. Dove sentiasa percaya bahawa kecantikan sebenar seperti itulah yang membentuk seorang wanita," kata Ashlee Ng, Pengarah Produk Penjagaan Diri, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd. 




Kakitangan Unilever Malaysia meluangkan masa pada waktu pagi dan tengah hari di beberapa kawasan yang sentiasa sibuk dan penuh dengan orang ramai seperti KL Sentral, universiti, kolej dan bangunan pejabat. Setelah menerima bunga dan kad bermesej tersebut, wanita-wanita digalakkan untuk mengambil gambar bersama kad tersebut, #YouAreAGift dan tag setiap wanita- ibu, kakak, rakan, mahupun guru... yang istimewa dalam kehidupan mereka. 


Aku pun join sama gak wokeh, memberi bunga kepada kakak-kakak, makcik, adik-adik yang berada di KL Sentral tengahari tadi. Ramai jugak tau, sampai 2 kali bakul bunga ros aku bertukar untuk refill. Ramai yang tak sangka dan gembira, yelah at least ada jugak yang menghargai mereka ni. 


Selain daripada pemberian bunga dalam Kempen #YouAreAGift ini ada juga kempen melalui platform digital dalam satu video Dove yang unik dengan harapan wanita-wanita ini kemudiannya akan turut berkongsi mesej kepada wanita yang penting dalam kehidupan mereka. 

Korang tengok video ni ek


Itulah sedih kan, tapi itulah dia pengorbanan seorang wanita terhadap wanita yang lain. Aku sendiri tengok video ni pun rasa sayu plak. Kisah mak dan anak, kakak dan adik, good friends dan memacam lagi lah.

So korang yang kat luar tuh, please lah bagitau your one loves yang korang sayangkan dia kerana kehidupan ini terlalu singkat untuk bertangguh walau hanya sesaat je lagi tau.

Monday, October 7, 2013

MIGF 2013: Makan-Makan Di Nook @ Aloft Kuala Lumpur Sentral

Hi Korang,

Aku cam biasa mesti akan dapat invitation food review bila musim Malaysia International Gourmet Festival (MIGF) yang sedang berlangsung dari 1hb Oktober hingga ke 31 Oktober 2013.


Memang memacam makanan dan menu yang aku dapat cuba, maklumlah time  ni lah pihak hotel, chefs akan showcase hasil air tangan mereka.

So baru-baru ni aku ke Restoran Nook di Aloft KL Sentral Hotel.


Aku pernah beberapa kali pi makan kat sini masa buffet ramadhan dan ada sekali tu preview dinner cam tu lah. Lupa lah.


Diketuai oleh Chef Eksekutif Steven Seow, menu MIGF Nook adalah diilhamkan daripada Malaysia Timur dan jazzed sehingga gaya Aloft. "Tidak banyak usaha dilakukan untuk menggalakkan makanan dari Malaysia Timur dan saya merasakan bahawa ia adalah satu pembaziran kerana terdapat begitu banyak khazanah tersembunyi hanya di Sabah dan Sarawak!" Memetik Chef Steven. Chef eksekutif telah memenangi banyak penghargaan dari semua pengalaman dari bekerja di restoran Michelin 1 bintang di Paris dan banyak yang berbeza 5 dan 4 bintang di Malaysia.

Jom kita tengok apa yang di hidangkan masa malam preview hari tuh ek



Smoked Scallop Umai Sushi, Duck Confit with Pomegranate & Yogurt Sphere


Satu hidangan starter yang sangat menarik. Masa nak bukak cawan smoked sushi tu, bukan main lagi asapnya keluar. Terbau-bau salainya lagi. Duck Confit tu sedap, langsung tak de rasa itik pun.


Sarawak Lobster and Abalone Laksa with Organic Soba Noodles



Salah satu dish yang aku rekomen korang makan kat sini ialah Laksa Sarawak. Memang sangat tip-top. Kuahnya yang pekat dan penuh dengan rasa ikan dan abalone. Dihidangkan plak dengan lobster yang di bakar dan mee soba tu lembut lagi kenyal


Wagyu Beef Rendang, Farm Vegetables, Achar Jelatah, Tumeric Coconut Rice


Menggunakan daging Wagyu dalam hidangan Asia memang sesuatu yang awesome. Rasanya daging sangat lembut. Kuah rendangnya ada pelbagai rasa rempah-rempah asli. Nasi kunyit jugak tak kurang lazatnya. Walaupun nampak kuning semacam tapi rasanya ermm...


Eight Treasures Ais Kacang




Pemanis mulut yang dihidangkan secara unik. Ada pelbagai buah-buahan samada tempatan mahupun buah yang di import. Actually picagari tu mengandungi pelbagai je perasa macam sirap merah, susu, orange, mangga dan memacam lagi.


Ktorang berdua juga dapat merasai '3 layer Tea'. Rasa sirap gula melaka tak manis langsung walapun warna nampak gelap. Sangat menyegarkan bila dihidang time sejuk-sejuk.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MIGF Full Menu & Wine Pairing

*Starter
Smoked Scallop Umai Sushi
Duck Confit with Pomegranate and Yogurt Sphere
Villa Maria Chardonnay, NZ

*Main
Sarawak Lobster and Abalone Laksa with Organic Soba Noodles
Beer: Leffe Blonde

OR

Wagyu Beef Rendang, Farm Vegetables, Achar Jelatah, Tumeric Coconut Rice
Madfish, Shiraz, Australia

*Dessert
Eight Treasures Ais Kacang

Coffee & Tea

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Full Festival Menu
RM280 ++ per person with wine & beer pairing
RM180 ++ per person without wine & beer pairing

*Light Festival Menu
(Light Menu not inclusive of Wagyu Beef Rendang)
RM160++ per person with wine

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terima kasih kepada Restoran Nook ni kerana sudi menjemput ktorang merasai hidangan fushion ni. So kalau korang nak mencuba sendiri hidangan ni ,mehlah ke

NOOK
Aloft Kuala Lumpur Sentral
No 5, Jalan Stesen Sentral,
50470 Kuala Lumpur,
Malaysia

Business Hours:
6:30 AM - 10:30 AM; 12:00 PM - 2:30 PM; 6:30 PM - 10:30 PM


Saturday, June 22, 2013

L.U.L Penyakit Wanita Berumur Masa Kini

Hi Korang,

LUL tak sama dengan LOL ye, its totally different.

Light Urinary Leakage (LUL) atau Lemak Kawalan Kencing memang salah satu daripada penyakit wanita berumur macam aku ni. Kira macam dah jadi trend plak kan penyakit ni. Nampak macam simple tapi ermm payah nak cakap lah.


Wah kelas sungguh ayat kan. Kekonon nak menulis cam wartawan tapi habuk pun tarak. Hehehe..Ok ni aku nak citer sket pasal workshop yang sempat aku hadiri anjuran Poise mengenai L.U.L ni di Aloft Hotel kat KL Sentral tuh.


Cam biasa register dulu, then kemudian main game sementara tunggu orang lain sampai dan event start. Aku main 2 game dan menang hadiah gak lah, apa lagi barangan Poise lah.

Di samping tu dah gak kawan baru, dapat kenal dengan tokeh kek lapis Sarawak best gak, confirm2 aku dah dapat diskaun dah untuk promote product dia hehehe..


Speaker pada hari tu ialah Dr. Seri Suniza Sufian, Consultant Obstetrician and Gynecologist, Dr. Hariyati Shahrima Abdul Majid, Clinical Psychologist and Asst. Professor of Psychology, Neng Shahidah Sabullah, Women’s Health,  Physiotherapist; Jasmine Loh (Asst Brand Manager),  Kimberly-Clark Malaysia, tak ketinggalan juga DUTA Poise, Raja Azura.



Ok meh kita recap sket pasal LUL ni ye

Apa itu Lemah Kawalan Kencing (LUL)?

Ianya merupakan masalah kesukaran mengawal pengeluaran air kencing di mana otot lantai pelvik wanita menjadi lemah sehingga tidak cukup kuat untuk menahan air kencing daripada mengalir keluar.


Bergerak sket je, tup-tup nak ke toilet dengan tak sempat-sempat, itulah dia LUL

Punca terjadinya Lemah Kawalan Kencing ni?

Batuk, ketawa,bersin,  usia meningkat, ketidakseimbangan hormon dan sewaktu mengandung


Ada ubat?

Langsung tak de. Kita kena belajar control pengawalan kencing tuh dengan senaman pelvic floor muscle dan juga menggunakan tuala wanita yang bersesuaian.


Rangkaian Poise yang terbaru ni di perkaya dengan pati semulajadi aloe vera dan vitamin E yang lama diketahui dapat melindungi kulit dari keradangan. Ianya direka dengan teras penyerapan-ultra untuk menyerap 2x ganda lebih cecair dan teknologi nyah bau untuk menghalang 2 masalah terbesar yang dihadapi oleh wanita yang mengalami LUL iaitu kebasahan dan bauan.


Sempat belajar senaman Kegel. Menarik senamannya, sambil duduk pun dah boleh buat.


Terima kasih pada Poise yang sudi menjemput aku ke informative workshop ni, hopefully kalau ada event sebegini dapatlah jemputan lagi ye.

Kita orang pompuan ni kena banyak berjaga-jaga, lebih-lebih bila usia meningkat. Ingat tu tau..

Thursday, April 4, 2013

Kelantan Delights @ Sooka Sentral, KL

Hi Korang,

Tak puas makan makanan asli orang Kelantan masa pi travelling ke Kota Bahru hari tu.

Nak cari kat KL yang authentic ni payah sket.


So nasib baik Nuffnang Tastebuddies Group ada buat gathering makan-makan kat Kelantan Delights last week, cepat-cepat je aku agree nak pi.


Ktorg ke Sooka Sentral, KL. Memula sampai ingatkan bangunan ni tak de orang, la rupanya memang weekend semua restaurant kat sini tak bukak. Jadi yang diorg bukak hari ni purposely untuk ktorg lah.

Sementara nak cukupkan korum, meh melawat sambil amik-amik gambo di restoran ini ye





Menarik kan. Sangat nampak kemelayuan di situ. Barulah restoran melayu kan.


So ini pengurus beso dalam Kelantan Delights ni, Encik Safy. Memberikan sepatah dua kata untuk ktorg mengenai restoran ni.



Ktorg di hidangkan dengan air serai. Ingat serai buat masak je rupanya boleh buat air gak ek. Taklah rasa tajam kat tekak, maybe dah letak gula siket. It ok tastenya tak de lah weird pun.

Semua dah amik tempat duduk, its makan time.

Appetizer

Sirih Daun Kaduk


Lebih kurang macam Mieng Kham ( baca entry aku INI). Sedap. Kira macam sirih pinang gak lah but boleh dimakan terus coz intinya ada pelbagai bahan yang manis, masin dan masam. Letak semua sekali dan ngap terus.

Tomyam Kelapa Muda


Ini macam style tomyam yang aku pernah makan kat NIMS ISLAND hari tuh. Walaupun kuahnya pedas but sekali hirup je aku minum

Main Course

Nasi Kerabu Ayam Percik

letak budu sket

gaul jangan tak gaul

Wei nasi biru sape yang tak kenal kan? Memang traditional food no. 1 di Kelantan. Sebab nasinya jadi biru adalah kerana penggunaan bunga talang dalam proses penyediaannya. Bukan letak pewarna makanan ye. Cara nak makan nasi kerabu ni, korang kena satukan semua bahan nasi, kuah, ulam, telur asin di hancurkan, keropok dihancurkan dan digaul sekali, then baru di makan. Kalau ada budu, lagi masyuk tau.

Nasi Dagang Gulai Ikan


Itu pun jadi kebanggaan warga Kelantanese. Nasinya merupakan campuran beras nasi dagang dan beras pulut yang di rendam semalaman. Kemudian di tanak dan dicampurkan dengan santan. Gulai ikan mestilah guna ikan tongkol, sedap.

Nasi Tumpang


Comel kan namanya. Nasi Tumpang ni asalnya dari resipi para petani zaman dulu. Nasi ni diletakkan didalam dalam pisang hutan yang dibentukkan seakan kon aiskrim. Kemudian nasi ini di masukkan berselang-seli dengan lauk pauk seperti sambal udang, kari ikan dan serunding ayam. Setiap satu selang tu adalah untuk di makan pada waktu sarapan, tengahari dan petang. Yelah petani kan, dulu mana ada kedai makan so isteri memasing bekalkan nasi dan lauk. So makan ikut sukatan tu je lah.

Laksam


Laksam ni lebih kurang macam laksa Penang tapi kuahnya isi ikan yang di letakkan santan. Meenya merupakan mee beras. Sedap di makan dengan serunding ayam.

Desserts

Lompat Tikam

Tak manis tak tawar, just nice. Yang warna hijau tu memang tak de rasa apa but di makan sekali dengan pulut pink dan kuah gula Melaka dan santan sket, memang sesedap rasa. Terus hilang rasa tawar tu. Kalau lagi banyak kuah gula Melaka tu lagi sedap.

Ketupat Sotong

Ini first time, sotong di jadikan desert. Rupanya dalam sotong ni ada pulut manis yang telah disumbat. Bila makan rasa kenyal-kenyal sotong tu, pulut pun rasa lemak manis.

Majoriti hidangan kat sini memang semua dari Kelantan tapi yang telah di fushion kan oleh chef-chef di sini. Walaupun dah dimodern kan but still rasanya tetap sama macam rasa asli.

La abis je makan ada, brain exercise plak.


Ala bukan apa pun, ada pop kuiz pasal negeri Kelantan. Termegah-megah memikirkan jawapan ye. Nasib baik aku dapat jawab gak. So menang hadiah.. Tapi tak tau lagi apa, may be voucher dari Kelantan Delights, perhaps.

Apa-apa pun..

Lain kali kalau korang tup-tup termengidam masakan Kelantan, meh lah ke sini


Kelantan Delights @ Sooka Sentral KL
1-5, Level  1,
Sooka Sentral, Jalan Stesen Sentral
50470 Kuala Lumpur
Tel : 03-2785 1945

Opening Hours
Monday – Friday 11am – 10pm (Closed on Saturdays and Sundays)

Terima kasih kepada Team Kelantan Delights yang sudi menjemput dan melayan ktorg ‘Tastebuddies’ team ni. Hopefully lepas ni jangan serik ye nak jemput lagi.

Balik dari food review  tu terus dah tak makan berat lagi, dek perut membengkak yang amat kan, kenyang giler wei..