Showing posts with label KFC. Show all posts
Showing posts with label KFC. Show all posts

Tuesday, April 5, 2016

KFC Super Jimat Box Bloggers Party

Hi Korang, 


Last week memang pulun habis event ek, semuanya sempat aku pi so syukur dapat jumpa kengkawan bloggers ek. 


KFC Bloggers Party kali ni di adakan di KFC Pavilion KL, aku malas nak bawak kereta so naik train jelah senang sket.



Untuk party kali ini KFC ini memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu KFC Super Jimat Box popular mereka kepada 5 pilihan kotak hebat. Menampilkan hidangan kegemaran KFC, seti ap kotak menawarkan pelbagai variasi pada harga serendah RM8.95 bersih! 

Lanjutan KFC Super Jimat Box ini menampilkan lima kotak yang dicipta khas untuk menyatukan kesemua makanan kegemaran KFC untuk memberikan penjimatan kepada pelanggan setianya tanpa menjejaskan kepelbagaian atau rasa. Sama ada anda penggemar Wrap, peminat Zinger atau hanya ingin memuaskan selera, kelima-lima kotak ini dicipta khas untuk memenuhi citarasa semua. 

Nampak cam best kan

Sebelum kita tengok set KFC Super Jimat Box ni, meh layan party dulu

Nelydia Senrose in the house yo


bloggers yang sporting


foodssss


Lets partyyyyy.........


Ada Nelydia Senrose tau join ktorang sekali, memang sangat kelakar dia seronok je melayan bloggers yang gegila ni. Selain daripada memperkenal Jimat Box ni ada pelbagai aktiviti termasuk tiru tarian artis, lucky draw dan memacam lagi ek. Aku tak join pun coz bagi chance kat orang lain plak kan. 

Pilih daripada Snacker Box, Lil' Zinger Box, Wrap Box, Variety Box, atau Signature Box. Setiap kotak hidangan mengandungi ayam goreng kegemaran ramai (Original Recipe atau Hot & Spicy), Kentang Crispier Fries dan minuman, menjadikan ia sekotak hidangan yang cukup lengkap untuk dinikmati setiap penggemar KFC. 

"Rangkaian KFC Super Jimat Box membolehkan pelanggan untuk 'dapat lebih, belanja kurang' dengan pelbagai pilihan lazat untuk memenuhi selera sambil menyelamatkan poket. Kami mahu pelanggan merasai penjimatan dan menikmati keenakan hidangan bernilai hebat dari KFC," kata Angelina Villanueva, Pengurus Besar Kanan, KFC Marketing.






Berikut adalah kandungan dan harga setiap Super Jimat Box:



KFC SUPER JIMAT BOX
Jenis
Kandungan
Harga
KFC Snacker Box
4 ketul Nuggets
1ketul ayam KFC (Original Recipe/ Hot Spicy)
1(S) Crispier Fries
1(R) Minuman Berkarbonat
RM 8.95
KFC Lil' Zinger Box
1Lil' Zinger burger
1ketul ayam KFC (Original Recipe/ Hot & Spicy)
1(S) Crispier Fries
1(R) Minuman Berkarbonat
RM 9.75
KFCWrap Box
1Lil' Cheezy Wrap
1ketul ayam KFC (Original Recipe/ Hot Spicy)
1(S) Crispier Fries
1(R) Minuman Berkarbonat
RM 9.95
KFC Variety Box
Lil' Zinger burger
3 ketul Crispy Tenders
1ketul ayam KFC (Original Recipe/  Hot & Spicy)
1(S) Crispier Fries
1(R) Minuman Berkarbonat
RM 12.95
KFC Signature Box
Zinger Burger
1ketul ayam KFC (Original Recipe/ Hot & Spicy)
1(S) Crispier Fries
1(R) Minuman Berkarbonat
RM 13.45
KFC Super Jimat Box tidak boleh didapati melalui  KFC Delivery dan semasa waktu Sarapan (4pg-11pg  di semua cawangan Sarapan Pagi).



KFC Super Jimat Box telah dilancarkan pada 23 Februari 2016. Jangan lepaskan peluang korang untuk menikmati penjimatan ini. 

Yang mana malas nak masak balik karang tu nanti boleh pi singgah KFC, alah bukan makan pun kan 

Thanks KFC for the invite !

 



Tuesday, December 3, 2013

Matic Fest 2013 Meriah Sangat

Hi Korang,

Last weekend, sempat aku ke Matic Fest 2013 di Jalan Ampang.


Ini kira first time aku jejak kaki ke sini. Yelah kita bukan pelancong so buat apa nak kemari, itu pada pendapat aku. La memacam rupanya yang ada kat sini ek.

Ishkk rugi tak ke sini selalu lah


MaTiC Fest 2013 ni bertujuan untuk mempromosikan MaTiC sebagai 'One-Stop Centre' untuk kemudahan pelancong dalan dan luar negeri menerusi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. MaTiC Fest ni merupakan acara tahunan dan penyertaanya terbuka kepada orang ramai serta pelancong asing.


Di antara aktiviti yang telah pun di sediakan

i. Paint Ball Tournament – Juara (RM 2000 & medals)

ii. Cat Show Exhibition & Competition – Juara (Trophy & gifts)

iii. Treasure Hunt – Juara (RM 600 & 2 medals)

iv. Karaoke Competition – Juara (RM1000 & hamper)

v. Batik Painting Competition – Juara (RM 150)

vi. Citizen Sports Challenge – Juara (RM 500)

vii. Colouring Contest – Juara (RM 150)

viii. Arm Wrestling Competition – Juara (Male: RM1000 & medal; Female: RM200)

ix. Tamiya Competition – Juara (Tamiya cars, trophy & hamper)


La ingat join sesuka je, rupanya siap ada hadiah lagi wokeh. Sape yang tak mau kan.

Mehlah tengok aksi-aksi diorang ni ek

Tamiya Competition




Memang ramai orang, tapi bukan bebudak ye. Mereka yang dah berumur pun minat dengan hobi comel ni. Ini first time aku tengok. Syiok gak

Cat Show Exhibition & Competition






Best best best sebab aku suka kucing. Boleh duk berjam-jam kat sini menengok telatah kucing. Yang besar yang kecik yang hitam yang putih. Ada plak gerai jualan barangan kucing macam makanan, vitamin, pasir ermm semualah.

Paint Ball Tournament




Pepagi dah start, ramai betul team yang main. Siap penuhlah khemah kat situ kan.

Arm Wrestling Competition




Ini pun kira first time aku tengok. Ingatkan lama diroang main, rupanya sekejap je. Lepas referee releasekan ikatan tangan yang diorang gengam tuh, time tulah diroang struggle nak jatuhkan lawan memasingkan.

Batik Painting Competition




Khas untuk kanak-kanak je. Pandailah diorang ni. Pihak penganjur dah siapkan kain yang telah pun di canting, kemudian anak-anak ni just mewarna je. Tapi kemas tau kerja diroang, like ak pro gituh.

Karaoke Competition



Ini best coz sambil ktorang duk lepak makan-makan tuh, sambil layan karaoke ni. Ramai betul yang masuk bertanding. Lagu-lagu plak up to date ye.





Aku sempatlah mencuba makanan yang di gerai-gerai yang di sediakan. Ada nasi kerabu, menu dari Sarawak, sate, keropok lekor, laksa dan memacam lagi. Hah ko makan sepuas hati kat sini.


Pada hari tu gak, ada beberapa artis yang turut memeriahkan acara tersebut seperti Hyper Act, Kumpulan Estranged, Lan Typewritter, Amanda Imani, M Daud Kilau dan Ezlyn. Tapi aku tak sempat nak tunggu coz ada hal lagi plak kan. Ermm rugi plak rasanya.


MaTiC Fest 2013 ni jugak mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuklah Concorde Hotel, KFC, Ribena Malaysia, Secret Garden, Cocoa Boutique, Saloma Bistroda Happy World Resources serta kerjasama erat dari Sekretariat Visit Malaysia Year 2014, Tourism Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Memang seronoklah dapat pi Ke Matic Fest 2013 ni. Tak sangka plak aku memacam ada, kalau dapat bawak family lagi baik coz pelbagai aktiviti disediakan tak kira umur pun.


Jomlah ke

Malaysia Tourism Centre 
109, Jalan Ampang, 
50450 Kuala Lumpur. 
Contact: 603 9235 4800 / 4900
Fax: 03 2162 1149
Facebook: fb.com/PPMMaTiC

Probably next year kalau ada lagi, haruslah aku join kan. Hangkut semua yang ada kat umah tuh.