Showing posts with label Jaya One. Show all posts
Showing posts with label Jaya One. Show all posts

Tuesday, March 8, 2016

Jom Sambut EARTH HOUR 2016 Di The School JAYA One

Hi Korang,

Dah bertahun bertahun-tahun kita sambut EARTH HOUR ni tapi aku still tak de kesempatan nak pi celebrate dengan kengkawan kat luar kan.


Ok ok ni ada berita baik aku nak kongsikan dengan korang ni ek

Bersempena dengan sambutan Earth Hour ini 19 dan 20 Mac 2016, The School di Jaya One akan memulakan Pusat Latihan Eco-Schools dengan kerjasama Program Eco-Schools oleh WWF-Malaysia (World Wide Fund for Nature Malaysia) di bahagian Aras Bawah. 


Orang ramai boleh menjangkakan pelbagai bengkel pendidikan dan pameran mengenai kehidupan lestari, persembahan secara langsung oleh artis-artis tempatan yang berbakat, bazar makanan dan healthy living eco-camp sepanjang dua hari ini.

Di antara aktiviti yang diadakan oleh Pusat Latihan Eco-Schools adalah,

Kids having fun planting seeds and plants

Kids learning more about plants under the supervision of a certified WWF trainer

Kids were taught how to dispose waste properly as part of the Eco-Schools Programme by WWF-Malaysia

Kids were taught how to draw flora using their own creativity

Mayor of Shah Alam, Y.Bhg Dato' Ahmad Zaharin bin Mohd Saad visiting students' exhibition that showcases the nine eco themes

Students of Eco-Schools Programme were taught how to grow and plant


“We are very excited to be working with the Eco-Schools Programme by WWF-Malaysia to bring forth this meaningful initiative to all the families in The School. We hope that this training centre will help shift mindset and empower the young generation to start recycling their waste as well as to educate them that every little step counts in making the world a better place,” kata Charles Wong, Pengarah Eksekutif Tetap Tiara Sdn Bhd, pemaju bagi Jaya One dan The School.

Semua aktiviti adalah terbuka kepada orang ramai dan akan bermula dari pukul 11 ​​pagi hingga 9.30 malam pada hari Sabtu, 11 pagi hingga 4 petang pada hari Ahad. Untuk semua penggemar makanan or kaki makan, acara dua hari ini tidak boleh dilepaskan kerana ia juga menghidangkan pelbagai hidangan gastronomi menampilkan artisanal penjual makanan dan trak makanan (food truck) yang terdiri dari kegemaran tempatan untuk pencuci mulut buatan sendiri.

Bestnya ada makan-makan, kan aku suka bab makan ni ek. Confirm perut mengembang masa 2 hari ni ek


Pada 19 Mac 2016, di sebelah petang pula, di adakan hiburan yang bakal dimeriahkan oleh Megan Tan, personaliti TV yang terkenal yang menghiburkan orang ramai. Akan ada jua persembahan yang menarik dan penampilan daripada learning tenants The School serta pelbagai penghibur terkenal seperti Dina Nadzir, Baki Zainal dan Shawn Lee serta ramai lagi.

Apabila jam tepat 8.30 malam, The School ini akan ditukarkan kepada tempat perkelahan di dalam keadaan gelap selama satu jam demi menyokong Earth Hour selama 1 jam, gerakan di seluruh dunia untuk meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim dan isu-isu alam sekitar yang lain .

Apmacam apmacam seronok kan!

Itulah aku pun dapat rasakan mesti awesome punye lah. Makan dalam keadaan suram bertemakan pelita comel ermm romantic gituh ekk hehehhe

Untuk info lanjut, korang boleh check it out di

The School Earth Hour 2016, 

Website at 

or 

The School’s Facebook page at www.facebook.com/theschool.my





Saturday, March 21, 2015

Jom Shopping di Market 15, The School JAYA ONE Weekend Ni Ek.

Hi Korang,

Weekend ni kat dah cukup bulan kann

Apalagi moh shopping sementara belum kena GST ni ek!!. Eee jangan sebut pasal GST please..

Ok ok ni aku nak war-warkan ni…


Markets 15 yang merupakan Bazaar suku tahun oleh Jaya One akan bekerjasama dengan The One Academy bagi melancarkan Hunters & Collectors Fair yang bakal berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Mac 2015 daripada pukul 11 pagi hingga 7 malam. 


Terkenal dengan spektrum luas daripada persembahan khas curated dari fesyen, vintage finds, aksesori, perkakas rumah, artisanal food and unique one-offs oleh para usahawan tempatan, bazar seperti karnival suku tahunan akan menjanjikan hujung minggu yang menyeronokkan bagi peminat fesyen dan penggemar makanan juga. Untuk menghidupkan suasana, Markets by Jaya One baru-baru ini telah memperkenalkan jenama unsur hiburan baru; yang dengan itu berfungsi sebagai platform untuk individu-individu berbakat untuk mempamerkan apa yang mereka suka buat.



Mempunyai darik-kira 100 vendor, 250 pelawat pertama pada setiap hari akan mendapat untuk berjalan kaki dengan beg hadiah istimewa terdiri daripada pelbagai baucar membeli-belah daripada vendor yang mengambil bahagian. Pelawat berada dalam untuk merawat menarik seperti The Hunters & Collectors Fair diketuai oleh pelajar kreatif The One Academy mahu melihat pelbagai barangan mereka Semata-mata buatan tangan: seperti alat tulis, pakaian dan perhiasan knacks dihasilkan dalam kuantiti yang terhad. Untuk menambah keseronokan, mereka juga akan menganjurkan pelbagai aktiviti menghiburkan iaitu prize hunting and board drawing di The Tree di tingkat yang sama.


Peminat fotografi akan teruja sebagai Markets 15 akan mengadakan Instagram Hunt, di mana para pesertabberpeluang untuk memenangi mana hebat one-of-a-kind items barangan dari koleksi Hunters & Collectors Fair. Korang hanya perlu mengambil gambar tiga gerai kegemaran korang dan memuat naik gambar-gambar untuk akaun Instagram korang.

Well well well.



Korang mesti dah excited kan bila dengar pasal bazaar-bazaar shopping ni. So haruslah simpan duit gaji sket untuk shopping pada weekend nanti ek


Untuk maklumat lanjut mengenai Markets 14, sila layari laman Facebook di www.facebook.com/themrkts

Ok ok jangan lupa bawak beg plastic sendiri ek, kan Saturday no plastic bag day...

Thursday, December 18, 2014

Bazaar 'Markets14' by Jaya One… Jom Shopping!

Hi Korang,

Hujung tahun, of course ramai yang koceknya berkaching-kaching sebab dapat bonus year end. Aku? Ermm mana boleh cakap hehehhehe

Dah tu apa lagi, selain daripada menyimpan sket moh lah kita bershopping untuk me’reward’kan diri sendiri yang penat bekerja selama ni.


Ok ada bazaar iaitu ‘Markets14’ anjuran Jaya One, kembali tidak lama lagi. 

Bertempat di The School, Jaya One pada 20 Disember 2014 dari pukul 11 pagi hingga 9 malam. Sesuai untuk mereka yang celebrate Christmas untuk shopping last minute. 

Ermmm semua ada katanya



Lebih daripada 60 vendor yang mengambil bahagian di dalam bazaar ‘Markets14’ ni yang terdiri daripada trendy apparels, scrumptious food, homemade paraphernalia dan siap ada persembahan lagi plak. Ada juga jam session dari Academy of Rock yang merupakan salah satu tenant di The School.


Kali ini, Markets 14 akan memperkenalkan satu slot Special Sales Hours, dimana para pengunjung boleh mendapatkan harga istimewa daripada vendor yang terpilih pada waktu itu. Bukan itu sahaja, 1,200 pengunjung pertama juga akan mendapat goodies bags yang penuh dengan produk dan voucher membeli belah.

Ada lagi ni, para penggunjung boleh menajamkan kreativiti mereka Di Photo Corner, dan pemenang bertuah akan memenangi Xiaomi smartphone.


Untuk maklumat lanjut mengenai Markets 14, sila layari laman Facebook di www.facebook.com/themrkts

Ok ok jangan lupa bawak beg plastic sendiri ek, kan Saturday no plastic bag day...



Saturday, July 21, 2012

Buffet Ramadhan 2012 @ Restoran Brisik Indonesian and Siamese Cuisine

Hi Korang,

Ahad lepas ktorg (aku + Mr Big) dapat jemputan ke Restoran Brisik di Jaya One, PJ. 


Aku langsung tak perasan ada restoran ala melayu kat sini yang terletak di tingkat atas. Bagus jugak ye tambah sket knowledge mengenai restoran di sini.



Ramai gak blogger yang aku kenal datang kira tak rasa kekok lah kan nak mingle around sebab semua dah kenal. Sebelum ada ucapan sket dari wakil Brisik Restaurant Pn Nusmawati dan juga merupakan salah seorang chef di sini.



Selain daripada food review bagi Restoran Brisik ni, di adakan juga demonstrasi  3 masakan yang menggunakan bahan-bahan dari Simplot, Heinz dan Majalah Aroma selaku penaja bersama bagi event ini.







Jom tengok apa yang di hidangkan kepada ktorg kan

Spagetti yang sosnya menggunakan produk Heinz. Sedap

Daging Dendeng - Perapan yang gunakan BBQ Heinz

Sapi Lilit - Daging yang dibalut dengan serai dan di perap sebelum di bakar. Wangi baunya

Hash Brown popcorn dari Simplot, ranggup dan sedap

Keli pecel lele - salah satu speciality di sini

Nasi dalam daun pisang - comel kan

Selain daripada ada Q and A session untuk bloggers ada juga sessi lucky draw. 



Mr Big memang beruntung lah dia menang plak tuh. Untung aku dapat produk dari Heinz dan Simplot boleh masak-masak kat umah kan. 



Tak ketinggalan juga, ada ucapan sket wakil dari Simplot. Ramah orangnya, ceria je menceritakan mengenai kebaikan produk dari Simplot ini.


Bagi korang menggemari masakan Indonesian dan Siamese cuisine boleh datang ke Brisik Restaurant pada bulan ramadhan ini kerana mereka menawarkan pakej berbuka puasa yang di namakan Juadah @ Maghrib

Meh tengok menunya ye

STARTER :
rojak buah grilled veggies fried honey chicken
Gado gado fruit salad keropok
Tahu bakar pasta salad fried mee

MAIN COURSE 1 :
Ikan bakar such as kembung pepes / pari / tilapia/bawal/lele/seafood
Rice with lalapan

MAIN COUSE 2 :
steamboat on each table with varieties
Serve in pot with tum yam sup and chicken soup

DRINK :
panas : es :
Kopi ‘ o ’ air suling
Teh ‘ o ‘ es selasih
Nescafe ‘ o ‘ es cincau soya

DESSERT :
mixed kueh nyonya and etc.


Pakej berharga RM45.00 nett for adult and RM22.50 nett untuk kanak-kanak berumur di antara 8 - 12 tahun mulai dari 23th Julai  - 15th Ogos 2012.
Untuk tempahan boleh rujuk :-

Brisik Restaurant
10-1, Palm Square Jaya One, 72, Jalan Universiti,
46200 Petaling Jaya, Selangor 
03-79586681
Memang seronok dapat hadir di majlis masak-masak ni, memacam ilmu masakan yang aku dapat timba dan tak kurang juga dapat ini dan juga produk dari Simplot.




Best kan.


Terima kasih kepada Cik Hartina Arssid – Pengurus Mylittlewing12.com yang sudi menjemput ktorg berdua ke event yang awesome ni. Hopefully pas ni ada lagi event sebegini lagi ye.

credit photos : Hazmanfadzil.com