Showing posts with label Jalan jalan Japan. Show all posts
Showing posts with label Jalan jalan Japan. Show all posts

Tuesday, May 22, 2018

Cawangan Terbaru Jalan Jalan Japan di Centrepoint Seremban.

Hi Korang, 

Dulu kak lily pernah citerkan yang kami pernah pi Jalan Jalan Japan (JJJ) di One City USJ dan kali ni kami ke JJJ yang bakal di buka di Centrepoint Seremban.


Majlis pembukaan rasmi bakal berlangsung pada 2hb June nanti tapi biasalah kak lily bersama rakan-rakan blogger lain mendapat jemputan preview istimewa dulu la ekkk






Ada sedikit ucapan kata-kata aluan dari Mr Daichi Shuzui  selaku wakil Jalan Jalan Japan (JJJ) ni. Seronok jugak dapat tau cara hidup rakyat Jepun yang serba ringkas ni, kagum pun hado 

Masa yang ditunggu pun tiba, preview barangan di Jalan Jalan Japan (JJJ) ni. 

Ya ampun kemain luas jugak outlet yang ni, terang plak tuh. Yelah kemain banyak lampu kan.

golf set

mainan collectible

beg troli








comel teko kopi ni ek



Memula sekali kak lily browse apa yang ada di dalam Jalan Jalan Japan (JJJ) ni, masa tu Mr Big dah hilang ntah kemana dah. Pelbagai jenis barangan ada di sini. Dari pakaian, kasut, barangan dapur, peralatan sukan, keperluan bayj, permainan kanak-kanak, set golf, alat muzik serta collectable item pun ada 

Aduiyai rambang mata oooo.. 

Nah korang tengok video kak lily ni ek 


Apmacam syiokkan!! 

Tup-tup Me Big datang balik kat kak lily dengan bakul dah ada mainan dah, untuk dia, untuk Aakif dan Aalya alah anak sedara kak lily tuh.

yang RM10 je

tengah pilih cardigan yang mana sesuai ek

bajak ini pun dia minat gak hah

sudahnya dolphin jugak dia nak beli RM50 je sebab tebal

Rasanya mau 3-4 kali pusing dalam kedai ni sebab seronok sangat, ada je benda unik yang kitaorang jumpa, bila dah suka terus masuk bakul. 

Bagi kak lily harganya berbaloi-baloi sangat setakat RM2, 3, 6, 8, 10, 15, apalah sangat kan, sebab tuh bakul makin lama makin penuh hhahahahahauaha 

So koramg yang mana duduk berdekatan dengan Seremban dan sewaktu dengannya baiklah bersiap sedia datang ke JJalan Jalan Japan (JJJ) ni tau, kak lily gerenti korang akan suka dengan pelbagai jenis barangan yang ada di sini 

Jom kita ke: 

Jalan Jalan Japan 
Centrepoint Seremban 
3, Jalan Dato Siamang Gagap, 
Betaria Business Centre, 
70100 Seremban, Negeri Sembilan



Meh LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :- 

Facebook: 

Instagram: 


Tuesday, February 13, 2018

Jalan Jalan Japan Di One City Mall Subang, Banyak Barang Best-Best

Hi Korang, 


Ini first time kak lily dengar ada kedai jual barang pre-loved dari Jepun. 

Yelah confirm dari Jepun sebab nama kedai pun Jalan-Jalan Japan, korang rasa kak lily tipu ke hah?? Ishk tak baik menipu ek 


Jadi Jalan Jalan Japan ni merupakan kedai yang menjual barangan pre-loved dari Jepun pada harga yang korang akan terbeliak mata dibuatnya, sebab kak lily pun cam tuh gak wei. 

So sabtu lepas, kak lily dengan Mr Big pepagi dah sampai ke One City Mall ni. 

Rasa cam jauh je dari rumah tapi bila ikut Puchong tuh dekat jelah, lagipun dari ELITE highway dah nampak bangunan kelabu One City ni ek. 



Sesampai je orang belum ramai lagi yelah waktu pagi cam tuh kan so selesa sket nak mencuci mata. By the way, pintu masuknya naik ke atas ye then keluar ke bawah. Kira macam tak serabut lah reramai duduk kat pintu tuh. 


Wah masuk-masuk je dah rambang mata kan, rasa semua nak di pegang, di cuba, di rasa dan di beli hehehe. 

children toys


photo frames

children stroller

topi

handbag

kasut

travel bag

Nak cari apa semua ada di sini. 

Nak baju, ada baju, nak kasut ada pelbagai jenis kasut, barangan permainan kanak-kanak pun ada, travel bag ada wei, handbag, gitar, barangan perkhemahan, pinggan mangkuk, alat-alat sukan dan macam-macam lagi. Seriously memang rasa semua nak dibelinya. 


Lepas tuh dalam store ni terang sebab kemain banyak lampu yang digunakan so cerahlah ini lagi menaikkan mood kak lily untuk membeli belah hauhauahua 




Kak lily suka cara susunan barangan di sini sebab teratur dan diasingkan mengikut kategori yang tertentu so tak delah pening nak cari barang. Kalau nak cari baju, seluar, jaket amat senang dan mudah. 



Di susun mengikut jenis pakaian, kalau nak cari jaket tuh kemain senang lagi. Lagi plak siap ada tempat duduk so kalau nak mencuba kasut ke boots ke tak delah kena berdiri, mencangkung bagai kan. Even kalau penat pun boleh je duduk kat kerusi yang di sediakan 

japlah tengah pilih baju ni hah

Kemain luas lagi laluan untuk kita memilih barang so tak delah terlanggar-langgar orang yang lalu lalang di situ. 


Untuk keselamatan para pelanggan, fitting room atau tempat mencuba pakaian di letakkan berhampiran dengan cashier. Yelah kang kalau letak hujung-hujung mana, ada pulak orang ambil kesempatan untuk mengendap kan. Ishk kita manalah tau kan, malang tak berbau 

Sempena pembukaan kembali Jalan Jalan Japan ni, ada sessi lucky draw untuk para pelanggan yang membeli belah di sini. 


Alah senang je, beli je apa jua barangan pun even harganya cuma RM1. Ambil gambar dengan barangan korang bersama hashtag #hargagiler #jalanjalanjapan then tunjukkan posting di kaunter Lucky Draw then redeem hadiah korang tau 

Best kan !! 

Ni kak lily kongsikan alamatnya tau :- 

Jalan Jalan Japan @ One City Mall 
Level 1A (Block A) Sky Park @ One City, 
Jalan USJ 25/1A, 47650 Subang Jaya, 
Selangor, Malaysia. 

Tel: 03-8601 5852 / 012-322 2106 



Meh LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :- 

Facebook: 

Instagram: 



#jjjOneCity 
#serbujjj 
#hargagiler 
#jalanjalanjapan 
#makeover 
#makeovercelebration










Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com