Showing posts with label Jakel Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label Jakel Shah Alam. Show all posts

Sunday, May 20, 2018

Promosi #JAKELBARULAHRAYA Di JAKEL SHAH ALAM

Hi Korang, 

Jakel oh Jakel!!! 

Geram betul bila masuk ke Jakel Shah Alam ni ek, cantik-cantik kain dan baju yang di peragakan di sinilah. 

Kempen Jakel Barulah Raya di Wisma Jakel Shah Alam menawarkan pelbagai promosi menarik termasuklah lelongan baju sehingga 85% diskaun. Selain itu, Jakel Shah Alam juga menawarkan 100 pasang baju melayu secara PERCUMA kepada pelanggannya yang terawal. 


Tidak hairanlah pada pagi Ahad 20 Mei 2018, begitu ramai pelanggan sudah berkumpul di hadapan bangunan Jakel Shah Alam bagi merebut pelbagai tawaran yang telah disediakan kepada pelanggannya. 

Selain itu, antara sebab kenapa begitu ramai pelanggan yang hadir pada hari tersebut di Jakel Shah Alam ialah dengan kehadiran duta-duta Raya Jakel untuk tahun ini. Antaranya seperti Nabil Ahmad, Awal Ashari, Scha Al-Yahya, Lara Alana, Hairul Azreen, HAnis Zalikha, Yusuf Iskandar, Harith ISkandar dan juga Upin dan Ipin. 


Pastinya apabila Dee yang ditugaskan menjadi pengacara diatas pentas memang gamat suasananya. Apatah lagi kehadiran Nabil dan Harith Iskandar yang begitu sinonim dengan dunia lawak di Malaysia. Senda gurauan dan saling berkongsi cerita didalam majlis berkonsepkan sembang santai. 



Untuk pengetahuan semua Jakel kini boleh dikatakan sebagai "One Stop Centre" yang mana telah menawarkan pelbagai barangan yang bukan hanya fokus kepada pakaian, bahkan pelanggan juga boleh mendapatkan langsirdan sebagainya. 

Apa yang menarik, berbelanja di Jakel kita akan dapat rasakan 'sense of belonging' yang mana kita boleh dapatkan pelbagai jenis rekaan pakaian, warna dan saiz dari koleksi pelbagai selebriti Malaysia yang cukup dikenali. Dan tidak dinafikan rekaan baju di Jakel memang mengikut peredaran zaman. Dengan pemilihan fabrik yang berkualiti tinggi, pengggunaan warna yang bersesuaian serta perincian yang sangat kemas dan rapi. Nah! Ternyata gabungan ini menjadikan pemakai lebih berpersonaliti dan bergaya. 


Salah satu tanggungjawab sosial Jakel untuk melibatkan aktiviti kemasyarakatan (CSR) iaitu membantu penduduk setempat yang memerlukan bantuan apatah lagi di musim perayaan ini. 


Upin Ipin in da house! Pastinya pakaian koleksi kanak-kanak dari label ini sangat dinantikan si cilik. Dengan setiap pembelian baju melayu upin ipin akan diberikan sampin dan juga butang baju melayu yang cantik.Selain Upin Ipin, terdapat juga baju melayu di bawah label Yusuf Iskandar dan baju kurung kanak-kanak dibawah label Lara Alana. 

Paling best di waktu majlis lelongan jualan "Happy Hour", yang mana duta Jakel ini sendiri yang beria mempromosikan pakaian dibawah label nama mereka. Memang harga runtuh uolls. Bayangkan dari harga beratus-ratus boleh jatuh pada harga RM150, RM100 dan ada yang bawah RM100. 


Antara yang perlu kak lily kongsikan kenapa korang kena dapatkan baju melayu di Jakel adalah kain sampin di Jakel adalah kain sampin benang. Jika kita sudah biasa dengan kain sampin songket, untuk tahun ini cuba ubah kelainan dengan menggayakan baju melayu bersama sampin kain benang yang lebih unik dan cantik. Senang dipakai dan memberi keselesaan sepanjang masa. Dengan pelbagai pilihan warna dan ianya hanya esklusif boleh didapati di Jakel. 


Kak lily suka beli pakaian raya di Jakel sebab ianya menawarkan pakaian yang berkonsepkan kekeluargaan. Contohnya kalau kita nak pakai sedondon dari segi warna dan rekaan bersama anak, memang mudah mendapatkannya di sini. Paling best sebab banyak betul pilihan warna dan rekaan yang ditawarkan. Jadi kita akan rasa puas dan mampu membuat pilihan yang terbaik buat keluarga. Antara koleksi berkonsepkan kekeluargaan seperti koleksi Schawalara (koleksi scha, awal dan lara) dan koleksi keluarga Hairul (koleksi Hairul Azreen, Hanis Zalikha dan Yusuf Iskandar). 



Koleksi kurta antara yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan. Untuk tahun ini koleksi kurta adalah dari label Hairul Azreen dan Awal Ashaari antara rekaan yang 'up-to-date' yang mana menggunakan kain fabrik cotton yang berkualiti tinggi, serta kekemasan yang terserlah di bahagian potongan leher dan bahu. Paling 'cool' kurta ini juga didatangkan dengan detailing pocket dan butang pada sisi lengan. Ada puluhan jenis rekaan kurta dan juga variasi pilihan warna yang boleh dipilih. 

Koleksi baju melayu Aaron Aziz untuk tahun ini telah memperkenalkan warna baru yang lebih segar iaitu warna hijau burung merak ataupun dikenali sebagai warna teal green. Manakala baju melayu Nabil Ahmad berkonsepkan rekaan kontemporari yang menekankan potongan slim fit dan juga kekemasan pada bahagian leher dan tangan. Warna yang bakal mendapat perhatian dari koleksi ini ialah warna merah hati. 

Terdapat juga baju melayu Awal Ashaari, trademarknya mempunyai tanda AA di bahagian poket. Dan untuk rekaan tahun 2018, warna dan jenis fabrik banyak diberi penekanan untuk label Awal. Warna yang bakal menjadi permintaan tinggi dari label ini ialah warna navy blue. 

Untuk mereka yang plus size, bolehlah dapatkan koleksi Baju Melayu Harith Iskandar. Warna hangat yang pasti dicari oleh pelangan dari koleksi ini adalah warna yellow buttercup. 

Untuk makluman korang, harga baju melayu yang ditawarkan dari Jakel adalah serendah RM89 dan lebih. Dan setiap pembelian baju melayu didatangkan juga dengan sampin yang diberikan secara PERCUMA. Pelanggan juga boleh mendapatkan butang baju melayu disini. 


Koleksi baju kurung di Jakel kebanyakannya adalah baju kurung moden. Pelbagai rekaan menarik dan sememangnya cantik. Setiap koleksi baju kurung diberikan sentuhan esklusif pada setiap rekaannya. Baju kurung moden ini mensasarkan kepada golongan remaja sehingga dewasa. Sebagai contoh untuk koleksi Ayda Jebat didatangkan pilihan warna yang menarik dan motif corak printed yang terkini. 

Jom dapatkan koleksi raya korang di Jakel Shah Alam - memang berbaloi dengan kualitii dan rekaan pada harga yang cukup menarik! 

Meh LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :- 

Facebook:

Instagram:



#JAkelBarulahRaya 

Kredit Some Pics From: dboystudio, Bonda Zaidalifah


Thursday, June 8, 2017

‘JAKEL BARULAH RAYA’ Di JAKEL Shah Alam

Hi Korang, 


Ahad lepas aku sempat ke Wisma Jakel Shah Alam untuk event ‘Jakel Barulah Raya‘ yang menampilkan koleksi pakaian raya daripada selebriti tanahair kita yang terkenal. 

Wah kalau ada artis hidup je korang ek hehehhe


Majlis berkonsepkan sembang santai ini akan menampilkan sekali lagi Duta Raya tahun ini Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya dan Lara Alana (Schawalara) serta Ayda Jebat. Turut bersama juga adalah wajah baru tahun ini Hanis Zalikha , Hairul Azreen dan Yusuf Iskandar dan tidak dilupakan Upin dan Ipin. 

Ramai sungguh artis, seronoklah kalau dapat selfie dengan diaorang ek tapi nan hado sebab ramai benau orang so bagi chance kat depa yang datang dari jauh tuh kan.


Menurut Tuan Hj Mohamed Izani b. Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Jakel Shah Alam, Kempen Jakel Barulah Raya tahun ini adalah salah satu aktiviti wajib dalam kalendar promosi Jakel bagi memasarkan produk pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan. 

Majlis yang berkonsepkan sembang santai ini turut menyelitkan sessi lelongan jualan untuk koleksi pakaian raya. Dimana, setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel. Jakel Shah Alam turut menghangatkan lagi kempen jualan hari raya pada hari ini dengan memberikan baucar Baju Raya Percuma kepada 1,000 pelanggan yang terawal. Pelanggan boleh menggunakan baucar ini bagi mendapatkan Baju Melayu dan Jubah Aaron Aziz secara PERCUMA .


Koleksi kain pada tahun ini lebih memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden. Memahami keinginan pelanggan, Jakel sentiasa menampilkan koleksi kain terbaru dan terkini untuk pengemar fabrik di luar sana. Jakel yang juga sebagai trendsetter, menjadikan koleksi kain di Jakel mempunyai ciri-ciri eksklusif tersendiri kerana ianya dicipta oleh desingner in-house Jakel sendiri. Setiap design-design yang bakal dikeluarkan telah dibeli dari Eropah dan dibawa ke Jakel untuk dimasukkan corak dan warna bagi disuai padankan dengan kehendak pelanggan masa kini. 

Jakel sentiasa menambah baik operasi perniagaan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Oleh itu, Jakel mengamalkan konsep 1 jurujual 1 pelanggan dimana pelanggan akan dilayan dan diberi penerangan serta penjelasan yang lebih mengenai jenis kualiti kain. Ini menjadikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar dan ingin para pelanggan merasai “sense of belonging” apabila berbelanja bersama Jakel. Dari segi operasi perniagaan, ianya masih sama dan terus dikekalkan. Dimana Jakel senantiasa menambahbaik perkhidmatan untuk pelanggan. 

JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA 


Sempena menyambut bulan Ramadan dan hari raya pada bulan hadapan, Jakel juga memberikan penawaran istimewa kepada para pelanggan yang berkunjung membeli-belah di Jakel, dimana para pelanggan boleh menikmati HARGA RUNTUH. Jakel juga mengambil peluang dengan memberikan potongan harga sehingga 85% untuk produk pakaian koleksi lebaran kali ini. Lagi menguntungkan, koleksi pakaian readymade baru untuk persiapan hari raya juga direka khas daripada pereka-pereka dalaman Jakel sendiri.



Jualan hebat sempena Hari Raya yang berlangsung sehingga malam raya memberikan promosi harga yang cukup hebat dan jimat sekaligus membantu pelanggan mendapatkan koleksi pakaian raya yang terbaik. Jualan hebat juga dianjurkan adalah bermatlamat untuk menarik minat lebih ramai pengemar fesyen terutama golongan wanita dan remaja untuk melihat dengan lebih dekat keluaran koleksi terbaru yang diperkenalkan oleh Jakel. Selain daripada itu ianya juga ingin memberitahu kepada pelanggan bahawa mereka boleh mendapatkan harga yang jauh lebih murah berbanding ditempat lain. 

Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM89 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan PERCUMA sehelai kain samping beserta butang baju melayu bagi setiap pembelian baju melayu. Tahun ini Jakel menampilkan keistimewaan lagi dengan mengeluarkan produk pakaian kurta untuk mereka yang mahukan penampilan ringkas ketika berhari raya dan ianya juga adalah mesra wuduk. 

Manakala baju kurung wanita dijual dengan harga bermula RM 79 sepasang, jika tahun sebelum ini Jakel menageluarkan pakaian kanak-kanak berjenama Lara Alana, edisi kali ini Jakel melengkapkan pakaian raya kanak-kanak lelaki dibawah jenama Yusuf Iskandar. Pakaian raya kanak-kanak juga memberikan harga yang menjimatkan bermula pada RM 39 sepasang.

KOLEKSI BAJU MELAYU 


credit photo : FB Jakel Shah Alam

Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah koleksi yang sememangnya berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna. Rekaan terbaru khas 2017 adalah dari pelbagai jenis fabrik. Antara warna-warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan pada tahun ini adalah warna-warna pastel atau lembut selain warna kegemaran antaranya hijau zamrud, merah cili dan biru diraja.

credit photo : FB Jakel Shah Alam

Manakala Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. Ini kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Nabil Ahmad ini sebagai koleksi mampu milik. Selain daripada itu terdapat juga Baju Melayu Awal Ashaari dan Hairul Azreen untuk memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. 

Menambahkan lagi kemeriahan promosi hari raya, Jakel mengambil inisiatif mengeluarkan produk baju melayu “plus size” dan ini juga merupakan kali pertama bagi Jakel memasarkan produk tersebut untuk mereka bersize comel. Lanjutan daripada ini, Jakel mengambil peluang berkolaborasi bersama selebriti yang telah mendapat pengiktirafan sebagai “Funniest Person in the World” iaitu Harith Iskander. 

KOLEKSI KURTA 


Koleksi kurta di bawah label Awal Ashaari dan Hairul Azreen ini adalah keluaran terbaru dan terkini Jakel dimana ianya adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Ini kerana kurta mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Koleksi kurta menggunakan fabrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket. 

Keluaran koleksi kurta turut berkonsepkan mesra wuduk dimana ianya boleh dilipat dan dibutangkan pada bahagian sisi lengan. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta. Jakel juga turut mengeluarkan koleksi kurta Aaron Aziz dan Nabil Ahmad sebagai pilihan kepada pelanggan untuk mengayakannya di musim lebaran ini. 

BAJU KURUNG 


JAKEL mengeluarkan koleksi baju kurung dibawah label Ayda Jebat yang berkonsepkan kurung moden dan bersesuaian dengan citarasa terkini para wanita terutamanya para gadis yang inginkan penampilan tampak ceria dan segar. Koleksi kali ini, Jakel masih mengekalkan ciri-ciri eksklusif pada setiap rekaan dimana, permainan warna yang lebih lembut tetapi masih diberi penegasan pada design dan detailing.


Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran Ayda Jebat bagi koleksi lebaran tahun ini ianya lebih bersifat “simpel but nice” dimana koleksi rekaan memfokuskan kesederhanaan dalam pengayaan tetapi masih disuntik dengan elemen glamorous dan bersesuaian trend masa kini agar si pemakai tampak lebih trendy ketika berhari raya. 

KOLEKSI KANAK-KANAK 


Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin walaubagaimanapun ianya diolah dengan rekaan yang sedia ada kepada rekaan baju melayu bercorak. Bagi pemebelian koleksi baju melayu Upin Ipin turut diberi percuma samping dan butang baju melayu. Jakel sentiasa melakukan keistimewaa pada setiap kempen yang dijalankan, bagi lebaran tahun ini Jakel menapilkan koleksi pakaian kanak-kanak di bawah label Yusof Iskandar selain daripada Lara Alana.


Menariknya lebaran kali ini, Jakel tampil mengeluarkan koleksi raya bercirikan kekeluargaan dimana ianya direka dengan design dan warna sedondon. Mewujudkan lagi suasana riang di hari raya bersama keluarga tersayang, Jakel menghasilkan rekaan dengan mengeluarkan produk bercirikan warna-warna ceria dan boleh digayakan untuk satu keluarga. 

Koleksi Schawalara 


a) Awal Ashaari 


Koleksi pakaian raya Baju Melayu di bawah label Awal Ashaari ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif warna. Disamping itu, mengetengahkan potongan “shirt” tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu, Ia mampu memberikan kekemasan apabila digayakan bersama sampin. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma samping beserta butang baju melayu. 

Disamping itu, terdapat juga keluaran kurta Awal Ashaari bagi mereka yang gemarkan penampilan secara ringkas ketika berhari raya. Berkonsepkan design moden dan mengekalkan keaslian ciri asli kurta itu sendiri membantu menampakkan lagi ketampanan pada si pemakai. Kurta dibawah jenama ini juga divariasikan menerusi design bagi memenuhi permintaan pasaran. Rekaan ini juga diperbuat daripada material yang berkualiti dengan menggunakan fabrik cotton untuk memberikan keselesaan kepada si pemakai. Selain mempunyai jahitan yang kemas, ianya juga mempunyai kekemasan pada bahagian bahu agar ianya nampak terletak cantik apabila digayakakan 

b) Scha Al-Yahya 


JAKEL mengambil inisiatif dengan mengeluarkan koleksi Baju Kurung Moden di bawah jenama Scha Al-Yahya. Fabrik yang digunakan untuk menghasilkan baju koleksi ini adalah dari himpunan fabrik-fabrik berkualiti dari jenis fabrik kapas sulam, chiffon, lace dan banyak lagi. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. Ini kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Scha Al-Yahya ini sebagai koleksi mampu milik untuk semua lapisan masyarakat. 

Baju kurung Scha Al-Yahya diperkemaskan dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik, perincian lace dan permainan dari segi “cutting” supaya ia nampak menarik dan tidak terlalu sarat. “Musim raya ialah musim untuk kita meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat handai, jadi keselesaan menjadi keutamaan dalam setiap baju saya”. Lebih menarik, kesemua baju Scha Al-Yahya didatangkan dalam pelbagai saiz, bermula dari S hinggalah ke XL. 

c) Lara Alana 


Bagi merealisasikan konsep kekeluargaan, JAKEL juga mengekalkan si kecil Lara Alana sebagai Duta Raya Jakel untuk tahun ini bagi mempromosikan produk baju kurung kanak- kanak perempuan dibawah jenama Lara Alana. Populariti si kecil ini dengan pengikut hampir 2 juta di laman sosial, dan dengan gaya fesyennya yang seringkali mendapat perhatian di Instagram dilihat mampu untuk menarik minat anak kecil, khususnya ibu bapa yang inginkan anak perempuan mereka tampil secomel Lara Alana di hari lebaran kelak. 

Koleksi Lara Alana yang direka dengan lebih 20 rekaan ini menggunakan jenis fabrik yang lembut dan bersesuaian dengan kulit kanak-kanak. Memberikan kelainan pada baju kurung kanak-kanak, rekaan kali ini dihiasi dengan butiran beads dan lace untuk menceriakan lagi karektor kanak-kanak di musim perayaan nanti. 

Istimewanya hari raya tahun ini, Jakel juga berkolaborasi bersama keluarga kecil diminati ramai iaitu Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Si Cilik Meletop Yusof Iskandar. Pemilihan ini adalah kerana keluarga tersebut sering kali mendapat perhatian ramai oleh mereka yang mengikuti mereka di alam maya. 

a) Hanis Zalikha 


Setiap rekaan yang dihasilkan oleh jenama ini pasti memberikan kepuasan yang maksima kepada peminat Hanis untuk beraya bersama koleksi ini. Jakel mengekalkan konsep elegan, versatile dan classy serta mengangkat kecirian tradisional menjadikan koleksi gabungan ini memiliki keistimewaan tersendiri. Dihasilkan dengan berkonsepkan moden dan elegan. Setiap koleksi rekaan mempunyai pilihan warna yang berbeza. Penggunaan fabrik sangat selesa, setiap design dijahit kemas. Dilengkapi butiran beads dan sulaman lace menambahkan lagi ciri-ciri eksklusif. Keluaran ini juga menyediakan koleksi dengan harga mampu milik dan boleh dibeli di semua cawangan Jakel. 

b) Hairul Azreen 

Diperbuat daripada fabrik cotton material yang bersesuaian dengan keadaan cuaca di negara kita. Mempunyai keunikan kerana ianya berkonsepkan moden yang mana di bahagian sisi diberi potongan tepi. Setiap rekaan ini juga mempunyai detail poket dibahagian dada bagi memberikan sedikit unsur klasik dan bahagian tepi kiri untuk membolehkan pemakai menyimpan barangan peribadi. Selain daripada itu keluaran kurta ini juga bermotifkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dan dibutangkan di bahagian tepi bagi memudahkan pengambilan air sembahyang. 

c) Yusof Iskandar 

Keceriaan lebaran tahun diserikan lagi dengan koleksi pakaian daripada si kecil comel Yusof Iskandar. Menjadi satu lumrah penjagaan anak kecil terutama soal pemakaian amat rumit untuk dipilih ditambah pula di musim perayaan. Oleh it, Jakel mengambil inisiatif mengeluarkan produk pakaian kanak-kanak dengan bercirikan kasual. Dibawah jenama ini, baju melayu yang dihasilkan bermotifkan potongan leher “round neck” dimana ianya membantu memberikan keselesaan kepada kanak-kanak. Penggunaan fabrik cotton yang bermutu tinggi agar ianya sesuai dengan semua kulit kanak-kanak. Pilihan warna untuk koleksi ini juga boleh disuai padankan dengan baju melayu dewasa, supaya para pelanggan boleh menyuaipadankan dengan keluarga. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Jakel, sila layari www.jakel.my.






Monday, May 29, 2017

Majlis Perjanjian Diantara Jakel Shah Alam dan Ahli Parlimen Tanah Merah Bagi Penyerahan Sumbangan 60,000 Pasang Baju Raya

Hi Korang, 


Untuk sambutan aidilfiti tahun ini, sekali lagi Adun Tanah Merah YB Dato' Sri Ikmal Hisham telah berbesar hati untuk menyumbangkan sebanyak 60,000 pasang baju kepada semua yang telah mendaftar sebagai pengundi Tanah Merah sehingga Mac 2017. Jika tahun-tahun sebelumnya pemberian hanya diperuntukkan untuk golongan tertentu seperti PERMATA (Persatuan Mahasiswa Tanah Merah), ibu tunggal dan sebagainya. Namun untuk kali ini volume sumbangan adalah lebih besar dan ianya terbuka untuk semua pengundi di tanah merah. 


Apa yang lebih menarik, pembekal bagi 60000 pasang baju raya adalah daripada pihak Jakel yang sememangnya jenama pakaian yang cukup terkenal dengan rekaan dan kain yang berkualiti di Malaysia. 



Menurut YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abdul Aziz Ahli Parlimen Tanah Merah, impian beliau untuk memberi sumbangan pakaian bersempena dengan kedatangan Aidilfitri tahun ini kepada semua pengundi Tanah merah bagi menggembirakan masyarakat di kawasannya serta membantu mereka yang kurang berkemampuan.


Dan lebih menarik, mereka yang datang menebus pakaian percuma ini boleh memilih warna, rekaan dan saiz yang mereka inginkan. Sumbangan ini bakal dilaksanakan secara berperingkat mengikut kumpulan penerima dan ke semua mereka akan menerima sebelum raya.

Untuk wanita melayu - Baju Kurung
Untuk lelaki melayu - Baju Melayu
Untuk wanita bukan melayu - Kain Pasang
Untuk lelaki bukan melayu - Baju Kemeja 

Antara koleksi pakaian yang bakal disumbangkan kepada semua pengundi Tanah Merah adalah seperti yang telah digayakan oleh model di bawah :- 

Untuk koleksi pakaian baju melayu lelaki. 

Untuk koleksi baju kurung wanita. 

Kemeja khas buat bukan melayu lelaki. 

Adalah diharapkan dengan sumbangan baju raya ini dapat memberikan kegembiraan kepada pengundi Tanah Merah dan seterusnya menyambut Aidilfitri dengan meriah. Dan syabas juga buat Jakel kerana bersama-sama menyokong usaha serta tanggungjawab sosial dari pihak ADUN Kawasan Parlimen Tanah Merah merealisasikan penyediaan 60000 pasang pakaian untuk diagihkan tidak lama lagi. 


Untuk pengundi yang sudah mendaftar di kawasan Tanah Merah bolehlah mendapatkan borang seperti di atas. Perlu di isi oleh setiap mereka yang telah layak dan sudah membuat pendaftaran sebagai pengundi di kawasan tersebut. Dan perlu dihantar ke Pejabat UMNO Tanah Merah. Penebusan baju raya adalah bermula dari 10 Ramadhan sehingga 15 Syawal 2017. Melalui penghantaran borang penebusan baju raya ini juga secara automatik melayakkan pengundi untuk menyertai cabutan bertuah. Memang hebat-hebat hadiah yang ditawarkan. 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jakel untuk tahun ini telah menyediakan pelbagai rekaan dan jenis fabrik yang disediakan begitu berkualiti tinggi. Anatara duta Jakel bersempena dengan koleksi lebaran tahun ini ialah Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana, Harith Iskandar, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar serta 2 ikon kempen iaitu Janna Nick dan Rozita Che Wan. 

Untunglah orang Tanah Merah ek!! hehehhe